Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Ahad, 27 November 2011

SALAM MA'AL HIJRAH 1433H

Alhamdulillah...tahun ni kami berpeluang dan berkesempatan untuk turut sama menghadiri perhimpunan sambutan Maal Hijrah 1433H di PICC Putrajaya. Sebenarnya tak ada niat pun nak ke sana. Kebetulan hujung minggu, baru mula cuti pulak tu, selepas seminggu bertugas di sekolah. Aku dan anak-anak dah lama tak jumpa mak. Kami ambil peluang tu untuk bercuti di rumah kakak di Putrajaya. Dekat je...Tapi di sana lah tempat kami selalu bercuti pada musim cuti sekolah. Kebetulan kakak mesti hadir perhimpunan tu. Apa lagi aku cuba rebut peluang keemasan tu.


Best gak, sebab boleh jalan atas kapet merah ikut laluan VIP. Ikut kakak la katakan. Pada mulanya kami diarahkan ikut laluan lain. Tapi kakak perkenalkan aku pada petugas di situ. Adik katanya. Terima kasih kak...


Salam Ma'al Hijrah untuk semua umat Islam. Semoga tahun baru hijrah ini hidup kita sentiasa dipayungi dengan limpah rahmat dan berkat Allah seluruhnya. Sama-samalah kita perbaiki segala kekurangan sebelum ini, kekalkan segala amalan yang baik, dan pertingkatkan kualiti kehidupan ke jalan yang diredhai Allah SWT. Insya-Allah...

Isnin, 21 November 2011

AKU KALAH LAGI...

Setelah sekian lama, aku kuat. Aku lawan perasaan ku sendiri. Aku gagah berdiri melawan perasaan. Menerima takdir Ilahi. Aku kuat. Aku hebat. Aku tabah. Aku gagah. Kuat melawan rasa sedih di hati. Hebat menepis segala rasa duka menerpa diri. Tabah menerima qada' dan qadar ketentuan Ilahi. Gagah meneruskan kehidupan walaupun diri dilukai dan disakiti. Pasrah hanya kepada Ilahi. Hanya Dia yang mengerti. Dia saja yang memahami...

Namun, hari ini aku kalah. Aku rebah. Entah mengapa. Aku sendiri tidak ada jawapannya. Sampai saat ini aku belum melelapkan mata. Walau sesaat cuma. Hati ku menangis tersedu. Ya Allah, dalam keadaan begini seharusnya aku mendampingi Mu. Tapi aku leka, aku alpa. Aku asyik dengan perasaan duka ku. Aku asyik melayan rinduku. Walau ku tahu dia bukan milikku lagi. Mengalir air mata di pipi bila terdengar lagu-lagu kenangan. Bercucuran mutiara jernih bila lagu  "Tak ku sangka tak ku duga" berkumandang di radio. Liriknya begitu menyentuh perasaan ku. 

Perlukah aku menangis? Haruskah aku merindu lagi? ... 

Ahad, 20 November 2011

HI-TEA & BKG

Rutin tahunan, pada penghujung tahun Badan Kebajikan Guru akan mengadakan jamuan akhir tahun. Tahun ni 'grand' sikit. Kami dijemput ke Bangi Golf Resort. Menu yang dihidang memang sedap-sedap belaka, tapi tak menggiurkan sebab semua menu hidangan tu saya biasa buat. Antaranya nasi goreng cina, spageti, kambing bakar. Dessert pula puding jagung, puding roti + sos, kek coklat (kek coklat je tak biasa buat tapi biasa makan), ABC + aiskrim dan sandwich tuna. Satu lagi rojak buah. Yang paling biasa dibuat ialah spegeti, puding sagu, dan puding roti.


Tengok la GB pun berselera nampak menyeduk hidangan. Tu tandanya sedap. Terima kasih kami ucapkan kepada para AJK BKG 2010 - 2011 kerana telah bersusah payah menyediakan hadiah untuk kami ahli-ahli BKG SKBTK. Tengok...hadiah penuh di sekeliling cikgu-cikgu. Atas meja, bawah meja dan tepi meja. Belakang meja pun ada...sarat kereta cikgu bawa balik hadiah.


Ingatkan jamuan tahun ni turut meraikan saya. Terlintas juga dalam hati, ini jamuan terakhir saya bersama rakan-rakan di SKBTK. Rupanya tidak. Saya masih lagi terus berkhidmat di sini. Permohonan pertukaran saya tidak diluluskan. Aduhai...sedihnya hati...lemah semangat seketika. Putus harapan untuk jadi warga Kelantan. Nampak sangat Kelantan tak nak terima saya, dah dua kali mohon masih tak diterima...


Usik seorang kawan, kata dia...'macam tersalah hadir majlis je saya ni'. Saya faham maksudnya. Macam nak pegi kenduri kawin agaknya pakaian saya. Berbaju kurung dan tudung siti. Hehehe...Sebenarnya, hari ni sepatutnya saya pergi ke majlis lain. Majlis merisik untuk anak saudara. Pakain ni saya sediakan untuk ke sana. Tapi sayangnya tugas di sekolah lagi penting. Paginya ada Majlis Graduasi  dan Anugerah Cemerlang. Petangnya pula majlis ni. Musnahlah harapan untuk pergi merisik dan mengenali bakal menantu baru...Itulah sebabnya pakaian saya tersangatlah sopan...tak apakan walaupun tak sesuai dengan majlis?...

Sabtu, 19 November 2011

TOKOH NILAM 2011


HARI GRADUASI & HARI ANUGERAH CEMERLANG





Penyampaian Sijil Graduasi kepada murid Pra Sekolah
Penyampaian Sijil Graduasi kepada Meurid Tahun 6
Penyampain Hadiah Terbaik dalam aliran
Para Pentadbir SKBTK bersama YDP PIBG Dato,Hj Yunus,
NYDP PIBG En Mohd Daud (baju batik) dan AJK PIBG
Segak berdiri para pentadbir SKBTK.
Berdiri di tengah GB En Mustafa Kamal Hj Jamlus,
diapit sebelah kiri GPK Kurikulun En Mohd Razak Kanapiah,
apit kanan GPK HEM Puan Romna Rosli,
kiri sekali GPK KOKO En Masran Khalil
dan hujung sebelah kanak GPK Petang Puan Noraizah Awang

Khamis, 17 November 2011

UPSR2011

TAHNIAH diucapkan pada mereka yang telah berjaya mendapat 5A dan 4A. Dengan bangganya nama anda telah disebut dan dipanggil ke depan. Kepada yang lain jangan putus asa, cuba lagi di masa akan datang. UPSR hanyalah permulaan. Rebutlah kecemerlangan masa depan anda agar cemerlang dalam PMR dan SPM.

22 orang murid mendapat 4A
20 orang mendapat 5A

Rabu, 16 November 2011

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

         RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Memang bertepatan dengan slogan diatas. Tahun ini,setiap orang murid dibekalkan dengan wang sumbangan awal persekolahan. Bermula murid Tahun 1 hinggalah Tingkatan 5. Terima kasih PM. Terima kasih daun keladi...

3 orang guru dijemput untuk mengiringi pentadbir (diwakili oleh GPK HEM)
 menghadiri Majlis Simbolik  Penyerahan  Sumbangan Awal Persekolahan 
untuk sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat. Benarlah sebagaimana yang telah
 dijanjikan oleh PM Dato' Sri Najib Tun Abd Razak dalam belanjawan 2012 yang lepas. 
Majlis ini diadakan di SJK(C) Kg Baru Semenyih dan wang sumbangan
telah disampaikan oleh YB Dato Hj Johan b Abd Aziz.
Sekembalinya kami di sekolah, team yang mengiringi GB ke bank sudah pun sampai.
Pihak pentadbir tekun mengira wang sumbangan untuk diagihkan kepada guru kelas.
Ini pula cikgu-cikgu yang telah bersedia menjalankan tugas mereka
mengagihkan wang sumbangan untuk murid masing-masing.
Tersenyum ceria cikgu tumpang gembira, kerana tentunya keperluan anak-anak didik
ke sekolah tahun depan lengkap dan mencukupi keperluan masing-masing. Terima kasih CIKGU...

Selasa, 15 November 2011

JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6

Majlis perpisahan Tahun 6 kali ini bertemakan majlis perkahwinan. Ada pengantin cilik dan pengapit yang comel. Takder la terasa sedih dan pilu macam majlis-majlis tahun lepas, menyaksikan dan mendengar ucapan-ucapan yang memilukan. Meremang bulu roma dan bergenang juga air mata. Tapi kali ini, majlis dimulakan dengan penuh kemeriahan. Mana tidaknya, berarak masuk pasangan pengantin cilik diiringi ibu bapa mereka yang dilakonkan oleh pentadbir sekolah. 

Perarakan diiringi paluan kompang


Pihak pentadbir sebagai ibu bapa pengantin

Tetamu jemputan terdiri daripada murid Tahun 6

Saudara mara pengantin lelaki sebab pengantin lelaki tu anak cikgu

Acara menepung tawar pengantin oleh GB
Tahniah kepada guru-guru Tahun 6 kerana telah berjaya mengadakan majlis yang meriah dan menarik ini. Kami dapat rasakan kemeriahannya seperti kenduri yang sebenar. Dan...terima kasih atas jemputan. Makanannya 'ssodap' sangat...macam majlis kenduri sebenarlah.

Jumaat, 11 November 2011

MAJLIS KHATAM QURAN j-QAF


Murid Tahun 6 diarak ke dewan bersama para pentadbir SKBTK


Add caption
Persembahan nasyid oleh Johan 'Mencari Permata Raudhah'
Tokoh Permata Raudhah (Lelaki).
Adik Muhammad Yasir
Tokoh Permata Raudhah (Perempuan)
Adik Hannan binti Anuar

Khamis, 10 November 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Pertama kalinya SKBTK mengadakan pertandingan kawad kaki antara unit beruniform. Buat pertama kalinya juga saya dilantik sebagai pengacara majlis. Tujuh kumpulan telah mengambil bahagian. Masing-masing terdiri daripada satu pasukan Tunas Puteri, Pengakap, Pergerakan Puteri Islam Malaysia, dua pasukan daripada Tunas Kadet Remaja Sekolah, dan dua pasukan daripada Bulan Sabit Merah Malaysia. Setiap kumpulan bertungkus lumus berlatih dalam masa beberapa hari sahaja. Pun begitu hasilnya amat membanggakan pemimpin pasukan masing-pasing.

i) P1 - Tunas Puteri
ii) L1 - Pengakap
iii) P2 - Pergerakan Puteri Islam Malaysia
iv) P3 - Tunas Kadet Remaja Sekolah
v) L2 - Bulan Sabit Merah Malaysia (kategori lelaki)
vi) P4 - Bulan Sabit Merah Malaysia (kategori perempuan)
vii) L3 - Tunas Kadet Remaja Sekolah (kategori lelaki)
Dalam masa 2 jam berlangsung, pertandingan ini telah diadili oleh panel hakim yang arif lagi bijaksana iaitu ketua hakim En Bahrul Shah, dibantu oleh En Mohd Faizal dan En Shahrul Nizam. Keputusannya, pertandingan ini telah dimenangi oleh...jeng jeng jeng... tahniah diucapkan kepada Juara kategori lelaki Tunas Kadet Remaja Sekolah dengan memperolehi 149 markah. Manakala juara kategori perempuan ialah Pergerakan Puteri Islam Malaysia dengan 158 markah. Manakala komanden lalaki terbaik disandang oleh komanden bagi pasukan Bulan Sanit Merah Malaysia. Dan, komanden Terbaik Perempuan pula disandang oleh komanden bagi pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Sabtu, 5 November 2011

UTUSAN @ SKBTK



2 November 2011, PSS menganjurkan pertandingan mewarna bersama Utusan Malaysia bertempat di Foyer SKBTK. Setiap murid yang menyertai pertandingan ini diberi senaskhah akhbar Utusan dan berpeluang bergambar. Gambar ini keluar dalam akhbar keesokan harinya. Bagi murid yang menang dalam pertandingan ini berjaya membawa pulang sebuah basikal BMX.

Rabu, 2 November 2011

PERTANDINGAN MEWARNA 1MALAYSIA

PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TEKNOLOGI KAJANG DAN UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BHD







CATATAN POPULAR