Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 10 Disember 2011

SOTONG SUMBAT MAGGI MASTERCHEF



Bismillahirrahmanirrahim...mulakan dengan bismillah dan doa makan. Menu yang ringkas tapi mengenyangkan. Tiap-tiap hari anak-anak aku minta aku masakkan sotong sumbat maggi. Ya la, sejak mereka tengok kuliah Masterchef 2 minggu lepas. Aku juga yang celupar mulut cakap "ala...senang je tu, umi pun boleh buat...". Amekau, hari-hari mereka tuntut bila nak masak sotong sumbat tu.

Kemarin aku pegi pasar beli sotong. Ingat nak masak semalam, tapi gas habis. Tengah hari baru sampai. Mood masterchef pun turut hilang. Hari ni pagi-pagi lagi aku siapkan bahan-bahannya. Sotong, mee maggi, telur, timun, lobak merah, dan sedikit lada sulah. Bahan-bahannya pun bahan yang sedia ada dalam peti ais. Bahan yang biasa digunakan untuk memasak. Dalam hati...baik juga kalau aku masak ketupat sotong. Tapi demi permintaan anak-anak, aku teruskan juga memenuhi kehendak mereka.

Anak sulung ku minta untuk menolong. Aku suruh la dia keluar ambil lidi kelapa di padang. Kebetulan kat padang permainan depan rumah aku ada pokok kelapa. Lama dia keluar. Masuk-masuk dengan tangan kosong. "Mana ada lidi umi..."."Astaghfirullah al-azim...ambik la daun kelapa tu, lepas tu buang daun dia, dapat la lidinya...". Aduhai, ini la anak-anak bandar. "Tu la...ruginya abang lahir di bandar, lidi kelapa pun tak tau nak ambik. Umi kecik-kecik macam abang dulu semua dah tau...". Mula la mulut membebel. Hehehe...Ya la, mana taknya, aku dulu-dulu sekolah rendah lagi dah tahu menganyam atap nipah. Lagi  payah kalau dibandingkan dengan meraut lidi kelapa. Emmm...

Dah dapat lidi kelapa, aku mula sumbat sotong. Mulanya tadi aku masak dua keping maggi. Rupanya sikit aje yang diperlukan untuk sumbat dalam sotong tu. Mungkin juga sebab sotong tu kecil. Jadi maggi selebihnya aku tambahkan keju mozarella, bawang besar dan lobak merah yang dipotong dadu. Kemudian aku bakar buat pizza maggi. Jadi hidangan sampingan. Aku fikir tadi dua ekor sotong sorang kenyang ke anak-anak aku? Tapi lepas dihidangkan bersama pizza maggi memang kenyang. Sedap juga sotong sumbat maggi ni walau pun tak dihidang dengan sambal tumis. Aku cuma hidang dengan sos cili dan mayonis. Menjadi juga...

Macam biasa la anak-anak aku, bila dah makan tu pujiannya pun melangit la. Biasa la budak-budak. Kalau orang tua makan belum tentu sedapnya. "Terima kasih umi...sedap umi masak sotong ni, macam masterchef. Lain kali umi masak lagi ya..." Ooooo tidakkkk...(dalam hati). "Ok, umi boleh masak lagi, tapi dengan satu syarat...". Biasa la, aku minta mereka basuh sendiri pinggan mangkuk yang mereka guna. "Umi penat dah masak, pinggan basuh sendiri-sendiri ya...". Sebenarnya aku nak melatih mereka berdikari...Takder la penat umi ni ha. Umi yang takder anak perempuan. Lelaki pun boleh buat kerja sendiri. Nabi Muhammad saw pun tolong Sayyidatina Aisyah kan!!!



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...