Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Khamis, 31 Mac 2011

FAYYADH PERGI SEKOLAH


Fayyadh baru masuk empat tahun. Tapi dia bernasib baik sebab dah boleh pergi sekolah. Masuk kelas. Belajar. Dan bermain. Sebenarnya, Fayyadh belum pun masuk tadika. Dia duduk rumah dengan nenek. Tapi sekarang neneknya pergi Mekah tunaikan umrah. Sebab tak ada orang jaga, saya bawa aje dia datang sekolah duduk dan main game dalam bilik guru. Tapi tak tahan lama. 


Fayyadh dalam bilik guru main game handphone. Tapi masa ni dia asyik sebut nama orang yang dirinduinya. Tengoklah, muka pun semacam. Sebut saja nama orang yang dia rindu terus menangis. Sayangnya, hanya dia yang rindu...

 Fayyadh di tapak perhimpunan waktu pagi. Tengoklah, berdiri sama tinggi dengan murid tahun satu. Tapi muka je nampak belum matang.


Oleh kerana badannya pun boleh tahan,sama saiz dengan murid tahun satu, saya bawa dia masuk ke kelas. Mula-mula tak ada buku. Bila waktu murid lain menulis dia tak menulis. Ustazah jQAF tanya kenapa Fayyadh tak tulis. Jawabnya Fayyadh tak ada buku.


Wah...seronok Fayyadh di kelilingi kakak-kakak. Maklum saja kat rumah Fayyadh tak ada kakak. Semua abang. Seronok kan Fayyadh!...Sekurang-kurang rindu Fayyadh tu boleh hilang.


Lama juga la Fayyadh belajar kat sekolah. Dua minggu nenek di Mekah. Sebulan nenek berehat. Penat baru balik. Demam dan batuk semua ada. Waktu pagi cikgu Dayah selalu bawa dia pergi PJ. Kebenyakan waktu sebelum rehat Fayyadh akan PJ bersama murid tahun satu. 


Tapi, yang paling dia seronok, waktu pagi sebelum rehat. Mamang sepenuhnya dia pergi PJ dengan Cikgu Dayah. Uminya siap beli baju T dan seluar PJ untuk Fayyadh. 

Ahad, 27 Mac 2011

MASIH ADA YG SELALU MENGABULKAN PERMINTAAN ANDA ...dipetik dari buku La Tahzan...

Siapakah yang berhak menjadi tempat mengadu orang-orang yang dilanda kegelisahan, kesempitan, kesulitan dan kesedihan? Kepada siapakah mereka harus memohon pertolongan? Siapakah yang layak menjadi tempat bergantung, memohon, meminta dan meratap semua makhluk? Siapakah yang berhak menjadi gantungan hati dan selalu diucapkan oleh lidah manusia? Tidak lain, adalah hanya Allah yang tiada Tuhan selain Dia.

     Bagiku dan juga anda, adalah suatu kewajipan untuk berdoa dan meminta kepadaNya dalam keadaan lapang mahupun sempit, dalam keadaan mudah mahupun ketika susah. Kita harus menumpahkan semua permasalahan ke pangkuanNya dan kita juga tetap harus bertawassul kepadaNya. Kita harus duduk bersimpuh di depan pintu gerbangNya sambil memohon, menangis merendah diri dan meminta ampunanNya. Dan kemudian tunggulah! Kerana pada saatnya nanti akan datang PERTOLONGAN, MA'UNAH (HULURAN) BANTUAN dan KEMUDAHAN yang bersumber dariNya.

Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya...
 (An-Naml: 62)

     Jawapannya adalah bahawa, Allahlah yang menyelamatkan orang yang tenggelam, memberi jalan keluar orang-orang yang mengalami kesultan, menolong orang yang dizalimi, membei petunjuk orang yang sesat, menyembuhkan orang yang sakit, dan meringankan beban orang yang mendapat cubaan.

Maka apabila mereka naik kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya...
(Al-'Ankabut: 65)

     Di sini, tidak dipaparkan doa-doa pengusir rasa dukacita, gundah dan sedih. Bagaimana pun, sebaiknya anda mempelajari sendiri kalimah-kalimah doa yang indah dalam kitab-kitab hadith. Setelah itu, mengadulah, merataplah, berdoa dan memohonlah kepadaNya. Dan bila anda sudah berhasil menemukanNya, bererti anda telah mendapatkan segalanya. Akan tetapi, jika anda kehilangan iman kepadaNya, nescaya anda telah kehilangan segalanya. 

     Doa anda kepada Rabb terhitung sebagai wujud lain dari ibadah dan bukti ketaatan besar yang akan mendatangkan suatu pemberian yang lebih dari apa yang anda minta. Maka dari itu, seorang hamba yang benar-benar mengetahui hakikat berdoa kepada Allah, nescaya ia tidak akan pernah resah, gundah, dan berserabut fikirannya. 

     Semua tali akan mengerut kecuali taliNya, dan semua pintu akan tertutup kecuali pintuNya. Allah Maha Dekat, Maha Mendengar dan Maha Menjawab. Dia mengabulkan doa setiap orang yang berada dalam kesulitan. Dia memerintahkan anda - kerana anda manusia yang selalu memerlukan dan lemah, dan Dia Maha Kaya, Maha Kuat, Maha Tunggal dan Maha Terpuji - agar sentiasa berdoa.
ادعوني استجب لكم...
...berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu... (Al-Mu'minun: 60)

     Ketika musibah dan bencana datang silih berganti menimpa anda, berzikirlah kepadaNya, sebutlah namaNya, mohonlah pertolonganNya, dan mintalah jalan keluar dariNya. Tunduklah wajah untuk mengkuskan namaNya demi mendapatkan mahkota kemerdekaan dariNya! Angkat kedua tangan anda, buka kedua tapak tangan anda, perbanyakkan memohon kepadaNya, jangan anda bosan meminta kepadaNya dan jangan berpaling dari depan pintunya! Harapkanlah kelembutan kasih sayang dariNya, nantikan pertolonganNya! nyaringkan suara anda tatkala menyebut namaNya, dan selalu lah berbaik sangka kepadaNya! Curahkan seluruh waktu anda untukNya dan beribadahlah kepadaNya dengan tekun agar anda mendapatkan kebahagiaan dan kemenangan.

Sabtu, 26 Mac 2011

SESUNGGUHNYA SETELAH KESULITAN ADA KEMUDAHAN (dipetik dari buku La Tahzan)

Wahai manusia: setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur nyenyak, setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti KETEMU, dalam kesesatan akan ada PETUNJUK, dalam kesulitan ada KEMUDAHAN, dan setiap kegelapan ada TERANG BENDERANG.

...mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RAsulNya) atau sesuatu keputusan dari sisiNya... (Al-Maidah: 52)

     Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa, sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak gunung dan dasar-dasar lembah; kepada orang-orang yang dilanda kesusahan bahawa, pertolongan akan datang secepat kilatan cahaya dan kedipan mata; kepada orang yang ditindas bahawa kelembutan dan dekapan hangat akan segera tiba.

     Saat anda melihat hamparan padang Sahara yang sseolah memanang tanpa batas, ketahuilah bahawa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahuilah bahawa, tali itu akan segera putus.

     Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman, dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian. Kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim 'Alaihissalam. Dan itu, kerana pertolongan Ilahi membuka "jendela" yang mengalirkan...

...بردا وسلما...
...kesejukan dan keselamatan...(al-Anbiya': 69)

     Lautan luas tidak kuasa meneggelamkan Kalimur-Rahman (Musa 'Alaihissalam). Itu, tidak lain  kerana suara kebenaran yang kuat berkata:

      Sesekali tidak akan tersusul; sesungguhnya Rabbku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku. (Asy-Syu'ara': 62)

     Ketika bersembunyi dari kejaran kaum kafir dalam sebuah gua, Nabi Muhammad saw yang ma'sum mengkhabarkan kepada Abu Bakar ra, bahawa Allah Yang Maha Tunggal dan Maha Tinggi ada bersama mereka. Sehingga, rasa aman, tenteram dan tenang pun datang menyelimuti Abu Bakar ra.

     Mereka yang terpaku pada waktu mereka terbatas dan pada keadaan mereka yang (mungkin) sangat kelam, umumnya hanya akan merasakan kesusahan, kesengsaraan dan keputusan dalam hidup mereka itu. Itu, kerana mereka hanya menatap dinding-dinding bilik dan pintu-pintu rumah mereka sahaja. Padahal, mereka seharusnya menembuskan pandangan sampai ke belakang tabir dan berfikir lebih jauh tentang hal-hal yang berada di luar pagar rumahnya.

    Maka dari itu, janganlah anda merasa terhimpit sejengkal pun, kerana setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah dalam menanti kemudahan dengan sabar. Betapa pun, hari demi hari akan terus berganti, tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun akan silih berganti. Meski pun demikian, yang ghaib akan tetap tersembunyi, dan yang Sang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan sifatNya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua, tetapi sesungguhnya setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan.

Khamis, 24 Mac 2011

ALLAH SATU-SATUNYA PENOLONG (dipetik daripada buku La Tahzan)

Menyerahkan semua urusan kepada Allah, bertawakkal kepadaNya, percaya terhadap janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka kepadaNya, dan menunggu dengan sabar pertolongan dariNya, merupakan sebahagian daripada buah keimanan yang paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat mukmin yang paling mulia. Dan ketika seorang hamba merasa tenang bahawa apa yang akan terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya hanya kepada Tuhannya, maka ia akan memperolehi pengawasan, perlindungan kecukupan, kekuatan serta pertolongan dari Allah SWT.

Ketika Nabi Ibrahim as dilempar ke dalam api, baginda mengucapkan  "Hasbunallahu wani'mal wakil (cukuplah Alah sebagai Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)", maka Allah pun menjadikan api yang panas itu dingin seketika dan nabi Ibrahim as pun selamat (tidak terbakar).

     Demikian juga halnya yang dilakukan Rasulullah saw dan para sahabatnya ra tatkala mereka mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, di mana mereka juga mengucapkan "Hasbunallahu wa ni'mal wakil".

  ...cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti kerehdaan Allah. Dan mereka mempunyai kurnia yang besar. (Ali Imran: 173-174)

     Manusia tidak mampu melawan setiap bencana, menakluk setiap derita, dan mencegah setiap mala petaka dengan kekuatannya sendiri. Ini adalah kerana, manusia diciptakan sebagai makhluk yang sangat lemah. Mereka hanya mampu menghadapi semua itu dengan baik apabila mereka bertawakkal kepada Tuhannya, percaya sepenuhnya kepada pelindungnya, dan menyerahkan semua perkara kepadaNya, maka ia akan memperolehi kekuatan.

     Sebaliknya jika mereka tidak bertawakkal, jalan mana lagi yang boleh dilakukan oleh hamba yang hina dina ini dalam menghadapi berbagai-bagai macam ujian dan cubaan?

 ...dan hanya kepada Allahlah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman. (Al-Ma'idah:23)

     Oleh kerana itu, wahai orang-orang yang menyedari kelemahan dirinya, bertawakkallah kepada Yang Maha Kaya dan Yang Maha Kuat, yang mempunyai kekuatan yang amat besar, yang tiada bandingannya agar diri anda selamat dari berbagai kesusahan dan keluar dari bencana! Jadikanlah "hasbunallahu wa ni'mal wakil" syair dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup anda. Jika harta anda kekurangan, hutang anda banyak, sumber penghidupan anda berkurang, dan mata pencarian anda menyepit, mengadulah kepada Tuhanmu seraya mengucapkan "Hasbunallahu wa ni'mal wakil".

     Apabila anda takut menghadapi musuh, cemas terhadap perlakuan orang zalim, atau khuatir terhadap permasalahan kehidupan, maka ucapkanlah dengan tulus kalimah ini: "Hasbunallahu wa ni'mal wakil".

   ...dan cukuplah Rabbmu menjadi Pemberi Petunjuk dan Penolong. (Al-Furqan: 31)

Sabtu, 19 Mac 2011

MADAH CINTA


ISTERIKU SAYANG...
Tatkala ku baca coretan...
luahan isi hatimu...
hatiku makin sayu...
mengenangmu yang jauh...

SAYANGKU...
ku tatap potret mu...
senyummu...jelinganmu...
buat aku makin resah...
merindui mu setiap detik...

SAYANGKU...
indahnya saat kita bersama...
berpeluk erat mengukir janji...
dan kita bersama...
melayari bahtera di laut kasih...

SAYANGKU...
aku jua ingin bersamamu...
setiap detik dan ketika...
kuingin bahgia di samping mu...
mengecapi kebahgiaan yang abadi...

SAYANGKU...
telah ku temui PERMATA...
yang hilang sekian lama...
masih bersinar...
kaulah PERMATA ku...

SAYANGKU...
ku genggam tangan mu...
ku peluk diri mu...
adakalanya ku lepaskan...
ku genggam dan ku peluk janji kita...
takkan ku lepaskan buat selamanya...

MENGINGATI ALLAH AKAN MENTENTERAMKAN (dipetik daripada buku 'La Tahzan' Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni))

      Kejujuran itu kekasih Allah. Keterusterangan merupakan sabun pencuci hati. Pengalaman itu bukti. Dan seorang pemandu jalan tidak akan membohongi rombongannya. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan agung pahalanya selain berzikir kepada Allah. Maksud firman Allah:

Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku nescaya Aku  ingat (pula) kepadamu... (Al-Baqarah : 152)

Berzikir kepada Allah adalah syurgaAllah di bumiNya. Maka siapa yang tidak pernah memasukiny, ia tidak akan  dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan goncangan. Dan zikir merupakan jalan pintas paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Untuk melihat faedah dan manfaat zikir, cuba perhatikan kembali beberapa pesan wahyu Ilahi. Dan cubalah mengamalkannya pada hari-hari anda, nescaya anda akan mendapat kesembuhan.

Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kegalauan, kecemasan dan kesedihan akan sirna. Bahkan dengan berzikir kepadaNya segunung segunung tumpukan beban kehidupan dan permasalahan hidup akan runtuh. 

Tidak menghairankan bila orang-orang yang selalu mengingati Allah sentiasa bahagia dan tenteram hidupnya. Itulah yang memang seharusnya terjadi. Ada pun yang sangat menghairankan adalah bagaimana orang-orang yang lalai dari berzikir kepada Allah itu justeru menyembah berhala-berhala dunia. Padahal...

(Berhala-berhala) itu mati tidak hidup dan berhala-berhala itu tidak mengetahui bilakah        penyembah-penyembahnya akan dibangkitkan. (An-Nahl : 21)

Wahai orang yang mengeluh kerana sukar untuk tidur, yang menangis kerana sakit, yang bersedih kerana sebuah tragedi, dan yang berdukacita kerana sebuah musibah, sebutlah nama yang kudus.

Semakin banyak anda mengingat Allah, fikiran anda akan semakin terbuka, hati anda semakin tenteram, jiwa anda semakin bahagia, dan nurani anda senakin sentosa. Itu, kerana dalam mengingat Allah terkandung nilai-nilai ketawakkalan kepadaNya, berbaik sangka kepadaNya, dan pengharapan kebahagiaan dariNya. Dia sentiasa dekat ketika si hamba berdoa kepadaNya, sentiasa mendengar ketika diminta, dan sentiasa mengabulkan jika dimohon. Rendahkan dan tundukkan diri anda ke hadapanNya, lalu sebutlah secara berulang-ulang namaNya yang indah dan penuh berkah itu dengan lidah anda sebagai pengakuan akan keEsaanNya. Sampaikan pujian, doa, permohonan dan permintaan ampunan anda kepadaNya. Dengan begitu nescaya anda - berkat kekuatan dan pertolongan dariNya akan mendapatkan kebahagiaan, ketenteraman, ketenangan, cahaya penerang dan kegembiraan. Dan...

...kerana itu Allah memberikan mereka pahala di dunia, dan pahala yang baik di akhirat... (Ali Imran : 148)

CATATAN POPULAR