Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Ahad, 31 Julai 2011

SEPETANG BERSAMA RABBANI

Memandangkan hujung minggu kali ini tidak ada program di sekolah dan di mana-mana, ku ambil kesempatan untuk bawa anak-anak jalan-jalan. Terdengar di radio IKIM.FM, ada karnival ANA FOR GAZA di Stadium Kajang. Timbul rasa untuk ke sana. Tidak sia-sia rupanya, di sana kami berkesempatan berjumpa dengan artis nasyid terkenal iaitu kumpulan Rabbani. Fawwaz yang paling bertuah kerana dapat bersalaman dan bercakap serta bernasyid bersama Rabbani. Fawwaz agak berani daripada yang lain, kebetulan dia memang suka nyanyi lagu-lagu nasyid. Kebetulan Ustaz Azadan minta kanak-kanak menyanyikan salah satu lagu Rabbani. Fawwaz tidak melepaskan peluang itu. TAHNIAH Fawwaz...

Rabu, 27 Julai 2011

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 2011

Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2011 / 1432H telah disambut pada 22 Julai 2011 (Jumaat) yang lepas. Penceramah jemputannya ialah Al-Fadhil Ustaz Idzhar bin Jumali, merupakan ahli kumpulan nasyid terkemuka tanah air iaitu kumpulan Nowseeheart.


Isnin, 25 Julai 2011

BISKUT RAYA @ BREADFELLAZ BAKERY

ALHAMDULILLAH...syukur kepada Allah kerana memberi aku semangat dan peluang untuk belajar dan menyertai kursus pastry dan biskut raya di Breadfellaz Bakery. Selama dua hari berkursus di sana banyak ilmu dan petua yang diperolehi daripada chef. Aku berbangga kerana aku mempunyai semangat untuk belajar semua ini. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga. TERIMA KASIH CHEFF... dan...TERIMA KASIH juga kepada PENGANJUR kursus ini. Terima kasih daun keladi, kalau ada kursus jemputlah saya lagi...
i) Kuih Bangkit
ii) Almond Crispy
iii)Biskut Suji
iv) Coconut Pleasure Cookies
v) Chewy Choc Chip
vi) Apple Pie
vii) Cornflake Shortbread

Ahad, 24 Julai 2011

TART & PUFF @ BREADFELLAZ BAKERY

Buah tangan buat insan kesayangan, ibu dan anak-anak yang ditinggalkan seharian. Biarpun hari minggu, mereka ku tinggalkan demi menjalankan tugas untuk anak bangsa. Kalian juga ku tinggalkan demi memenuhi minat dan impian untuk menyertai kelas masakan. Inilah hasilnya. Ku harap mereka berbangga dengan buah tangan ini...

i) EggTart

ii) Fruit Tart
iii) Blueberry Cheese Tart
iv) Apple Crumble Tart
v) Cream Puff
vi) Hot dog Puff
vii) Tuna Puff
viii) Curry Puff

Ahad, 17 Julai 2011

JAMUAN PERPISAHAN MANTAN GB

BINGKISAN HATI

Engkaukah di sana...
Merenung jauh garisan langit dan lautan...
Meredah belukar hingga ke penghujung tunjangnya akar
Perjuangan hidupmu bagaikan terlalu jauh...
Kerna kejayaan dan nilai hidup adalah cagarannya...
Kau tetap teruskan usaha
Biarpun usia membatasi jiwa
Kau semakin kental meredah masa
Biarpun ujian mendatang duga...
Apakah kau sedar pengorbanan mu tidak ternilai
Bermusim menabur bakti
Bertahun memiliki gelaran terpuji
Biarpun kini...
Kau terpaksa lelewati monsun perpisahan
Kau harus meninggalkan saki baki kenangan...
Namun air mata sedih yang mengalr itu
Anggalah sebagai bingkisan...
Bingkisan hati yang indah tersulam
Bahawa kau tetap kami kenang...
Di lubuk hati yang paling dalam...



KEM MEMBACA 1MALAYSIA

TEMA: MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1MALAYSIA

Kem Membaca 1Malaysia merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalanan rakyat Malaysia. Sekolah-sekolah perlu mengadakan aktiviti galakan membaca secara berperingkat dan berterusan meliputi aktiviti asas, aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan.

Ucapan perasmian yg telah disampaikan
oleh Pn Norzilawati selaku  Setiausaha Kurikulum
Gimik Pelancaran

   Bengkel Penulis Kreatif 
   i) Melibatkan 30 orang Rakan Pembaca aktif 2011
   ii) Berlangsung selama 1 jam bersama penulis 
   Ain Maisarah

Tukar Suka Sama Suka
i) 15 minit sebelum masuk kelas
ii) Murid menukarkan bahan bacaan dgn rakan sebelah
iii) Seorang murid dipilih utk membacakan petikan
Kuiz Bacathon
i) 11 minit sempena tahun 2011
ii) 10 soalan kuiz berpandukan bahan bacaan
iii) 10 hadiah disediakan utk murid yg brjaya mnjwb soalan
Pertandingan Celik Jawi
i) Menulis semula petikan dlm tulisan jawi
ii) Penilaian brdasarkan ketepatan/kekemasan ejaan jawi

Petandingan Membaca Skrip Cerita
i) Berlangsung ada jam 11 pagi
ii) 3 orang wakil dari setiap kelas
iii) Murid membaca skrip cerita dgn sebutan antonasi,
 memek muka serta gaya yg menarik

Selasa, 12 Julai 2011

FLORIA PUTRAJAYA 2011

MAWAR UNTUK SELAMANYA

Idamkan rumah kayu dan suasana kampung...
Indah... nyaman...

Hilang stress duduk kat taman ni





Rebana dan wau bulan daripada bunga-bungaan


Tenang hati rasanya 



Sabtu, 2 Julai 2011

LARIAN 1MALAYSIA

1MURID 1SUKAN

Semarakkan 1MURID 1SUKAN
Bersatu kita wujudkan PERPADUAN
Tingkatkan kecemerlangan 1BANGSA MALAYSIA

Berdisiplin bersukan meningkatkan IMEJ NEGARA
Melahirkan bangsa sihat 1MALAYSIA
Demi mencapai WAWASAN negara

Semarakkan 1MURID 1SUKAN
Menjadi contoh pelajar TERBILANG
Peningkatan ILMU dan BERAMAL
1MURID 1SUKAN terus CEMERLANG

Amalkan semangat kesukanan
Tingkatkan mutu sukan Malaysia
Semangat SETIAKAWAN amalan kita
Semoga rakyat makmur sejahtera MALAYSIA

Berdisiplin bersukan meningkatkan imej negara
Melahirkan bangsa sihat 1MALAYSIA
Demi mencapai wawasan negara

Semarakkan 1MURID 1SUKAN
Menjadi contoh PELAJAR TERBILANG
 Peningkatan ILMU dan BERAMAL
1MURID 1SUKAN TERUS CEMERLANG
KITA JAYAKAN



CATATAN POPULAR