Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Jumaat, 30 Disember 2011

GAME CUTI SEKOLAH



Seronk betul anak-anak bila si ibu memenuhi permintaan mereka. Sepanjang sebulan setengah bercuti, sempatlah dua kali mereka bermain bowling. Ini merupakan kali kedua kami ke Pusat Bowling Metro Point Kajang.  Baru si ibu tahu harganya berbeza game siang dan malam. 


Si Fahman ni ada penyakit asma. Lemah sangat pererakannya. Maklumlah bola bowling tu berat. Dia main angkat dan gelek je. Nasib baik si ibunya pilih lorong berpagar. Sedih juga dia bila point dia paling sikit. Point Fayyadh pun lebih tinggi darinya. Mana taknya, Fayyadh main dengan uminya.


Ini Fawwaz. Malam ni tuah berpihak pada dia. Point dia paling tinggi. Abangnya kalah. Alasannya lapar. Memang si ibu tak masak untuk malam sebab nak makan di luar. Kai pergi sana pun selepas solat Maghrib. Lepas main bowling barulah kami pergi makan. Apa pun mereka gembira sangat. Ada la jugak peluang mereka keluar rumah. Kalau tak asyik terperap di rumah saja. Makan tidur je. Bila si anak seronok hati si ibu juga tumpang gembira.

Selasa, 27 Disember 2011

ASYURA KELANTAN



Alhamdulillah...akhirnya aku dapat juga merasa asyura setelah sekian lama aku idamkannya. Lebih terkenal dengan panggilan 'suro' di kalangan orang Kelantan. Dah lama benar rasanya aku tak makan 'suro' ni. Dah lima tahun agaknya. 'Suro' ni hanya terdapat pada bulan Muharram. Orang masak 'suro' ni pun bermula hari asyura. Dalam tempoh 20 hari tu sahaja orang buat kenduri masak 'suro' ni. Namanya diambil sempena hari Asyura. Itulah serba sedikit pengenalan tentang makanan ni. Kalau di negeri lain orang panggil bubur asyura. Nama lain sebab rupanya pun lain. Bila sebut bubur maknanya ia lembik. Macam bubur lambok. Agaknya la, sebab aku pun tak pernah makan bubur asyura tu.

Masak 'suro' ni agak lama. Dari pagi sampai petang. Aku tak banyak pengalaman tentang cara masak makanan ni. Rasanya cuma beberapa kali aje aku sertai orang masak. Masa kecik-kecik dulu. Rasanya macam orang masak dodol la. Bermula dari menumis rempah, hingga masukkan segala jenis ramuan dikacau sampai hancur. Lumat. Daging pun jadi urat halus-halus. 

Kalau di kampung, orang pakat-pakat masak 'suro' ni. Maklumlah, sekali masaknya satu kawah. Belanjanya pun besar. Tak sah kalau tak kenduri masak 'suro'. Itulah hebatnya orang kampung. Semua perkara bergotong-royong. Seronoknya tinggal di kampung. Bila agaknya Allah akan mengizinkan aku untuk merasai kehidupan di kampung? Hidup dalam suasana harmoni, aman damai, nyaman dan menghirup udara segar. Ya Allah...izinkan lah aku menikmati suasana itu...




Isnin, 26 Disember 2011

PULUT IKAN KERING



Satu lagi menu kampung yang menjadi hidangan aku pagi ni. Aku memang suka makanan kampung. Makanan yang aku makan zaman kanak-kanak dulu. Lebih-lebih lagi kalau musim-musim banjir dan hujan macam sekarang ni. Menu ni sekarang dah dihidangkan di hotel-hotel terkenal. Jangan kata kampung lagi. 

Tapi sekarang ni, aku jarang sekali makan pulut ikan kering ni. Bukan apa, sebab aku tak boleh makan ikan kering. Terus kena selsema. Itu yang tak tahan tu. Kalau ikutkan suka memang nak 'belasah' je. Tapi mengenangkan sakit selepas tu aku rasa tak sanggup. Cuma sekali sekala makan juga la, nak lepaskan gian. Lepas tu cepat-cepat telan ubat resdung. 

Pagi ni, aku buat pulut ikan kering bukan apa, sebab pulut malam tadi tak habis lagi. Malam tadi aku masak pulut nak makan pulut durian sekali lagi. Oleh kerana aku dan anak yang nombor 2 je makan pulut durian, tak habis la pulutnya. Malam tadi pun aku nak habiskan durian yang aku beli RM10 baru ni. Takut pulak lama-lama durian tu akan masam. Sayang pulak. Puncanya aku aje yang makan. Kalau yang depa tu suka makan, sekali ngap aje. Kadang-kadang aku hidang atas meja, aku ke dapur. Aku belik semula ke meja makan semua dah habis. Itu kalau yang mereka suka. Kalau yang tak suka macam ni la jadinya. 

Kadang-kadang terkilan juga, kenapa la anak-anak aku tak suka makanan yang aku suka. Makanan kampung. Kalau buka puasa pun macam tu juga. Aku suka yang tradisional. Onde-onde, butir nangka, puteri mandi. Anak-anak suka donat, karipap. Tapi aku tak pelik semua tu. Anak bapak. Ingat lagi dulu-dulu, bila aku masak pulut ikan kering, aku kena goreng ayam sekali. Aku makan ikan kering, suami aku makan dengan ayam. Aku rasa pelik mula-mulanya. Macam takde nikmat pulut bila makan dengan ayam. Tapi dah terbiasa.

Tahun demi tahun, aku tak masak dah apa yang aku suka. Aku cuma masak yang suami dan anak-anak makan aje. Sekali sekala bila mak bertandang rumah aku baru aku masak semua makanan kampung yang aku suka. Kalau hari-hari biasa aku masak, aku sorang aje yang makan. Rasa tak berbaloi. Baik aku masak yang mereka makan. Setakat ni, nampak gayanya Farhan sorang je yang mengikut selera aku. Suka makan ikan singgang, pulut durian. Cuma yang peliknya kenapa dia tak suka makan spagetti? Aku makan aje. 

Bulan disember ni selalu hujan. Keadaan tu menyebabkan aku teringat suasana kampung macam dulu-dulu. Aku teringat semua makanan kampung yang aku makan dulu. Antaranya pulut ikan kering, ubi kayu rebus, ubi kayu sira, pulut gadung. Alahai sedapnya... Mana nak cari pulut gadung sekarang ni?...

Sabtu, 24 Disember 2011

AKUKAH ITU?



ORANG yang paling CEPAT dalam MEMINTA MAAF
adalah 'ORANG YANG PALING BERANI' . . .

ORANG yang paling CEPAT MEMAAFKAN
adalah 'ORANG YANG PALING KUAT' . . .

ORANG yang paling CEPAT MEMAAFKAN kesalahan orang lain
adalah 'ORANG YANG PALING BAHAGIA' . . .

A&W DAN SEBUAH MEMORI

Waffal oh waffal...



Hari ni aku pergi KL. Niat aku nak pergi Sogo semata-mata. Aku nak cari hand bag. Puas aku jenguk Parkson Kajang dan Alamada. Tak ada yang betul-betul aku 'jatuh hati' padanya. Biasalah, musim dapat bonus ni aku akan beli 'sesuatu' untuk aku, sebagai hadiah untuk diri sendiri. Sebab aku berpegang pada kata-kata pakar motivasi Dato' Dr Fadzilah Kamsah, yang mana kita perlu menghargai diri kita sendiri. Berilah hadiah untuk kita sendiri. Untuk orang lain kita sanggup belikan hadiah. Tapi kenapa tidak untuk diri kita sendiri. Jadi aku nak diri aku tergolong dalam golongan insan yang menghargai diri sendiri.

Bila dah selesai memilih dan membayar, baru tersa lapar. Aku pantang kalau ke KL mesti nak makan A&W. Salah satu sebabnya ialah ia tak ada kat Kajang. Kalau KFC atau McD merata-rata kat area Kajang dan Bangi. Jadi hari ni pun aku masuk A&W. Aku oder la burger dan root beer float. Lagi... waffal ais krim. Masa aku makan waffal tu, orang meja sebelah jenguk-jenguk dan pandang-pandang pada aku. Aku senyum. Di meja tu ada tiga orang perempuan. Aku potong suku daripada waffal, aku makan. Tiga suku lagi aku letak tepi. Lepasa tu aku makan burger. Dia pandang lagi. Aku dengar salah seorang dari mereka kata "makan sorang je, lapor benor agaknya". Aku diam je la. Memang nampak macam makan banyak sebab banyak ada makanan atas meja. Habis makan suku waffal tu, aku bangun dan pegi oder lagi. Depa tu pandang lagi. Agaknya tak cukup lagi ke aku makan. 

Bila staff A&W hantar oder kat meja aku, depa tu tengok aku bungkus baki daripada waffal yang aku makan. Dia pandang aku, aku malas dah nak senyum. Aku tengok muka dia orang tu dengan pandangan yang hambar. Tawar. Malas nak senyum. Manusia ni suka sangat mengata orang. Depan-depan pun dia sanggup kata. Dia tak bimbang ke orang akan terasa hati. Sebenarnya aku telir sangat nak makan waffal tu. Tapi makan sikit je. Aku beli lagi tambah nak bawa balik untuk anak-anak. Jadinya aku bawa balik tujuh potong waffal untuk anak-anak. Yang besar dapat makan dua keping. Yang kecik sekeping sorang. Adil la tu. Rupanya jadi buah mulut orang aku hari ni sebab banyak makanan atas meja. Punya terasa hati, aku makan burger separuh je. Air separuh gelas aku tinggalkan. Macam orang kaya-kaya makan. Sebenarnya nak tunjuk kat depa bertiga tu aku bukannya lapar sangat walau pun oder  banyak makanan.

Bila balik rumah aku belikan aiskrim. Aku nak bagi anak aku makan macam mana aku makan tadi. Aku potong waffal dan aku letakkan aiskrim atasnya. Seronok mereka makan. Dah lama anak-anak aku minta aku buatkan waffal. Tapi aku cari acuannya takder. Aku pernah tengok tapi kat kedai mana. Bila masuk A&W nampak waffal aku beli la. Tapi teliur punya pasal aku makan kat situ terus. Nampak la banyak aku makan.  

Satu lagi sebab aku suka makan kat A&W kerana di sana banyak kenangan manis dan pahit dalam hidup aku. Kenangan lama dan baru. Sampai sekarang masih segar dalam ingatan aku. Sesegar embun pagi.

PULUT PAGI KELANTAN



Pulut pagi nama diberi, 
jadi santapan dipagi hari, 
rahsia orang kelantan kulit berseri, 
pulut jadi sajian setiap hari. 



Jumaat, 23 Disember 2011

PULUT DURIAN



Ini makanan tradisional orang Kelantan. Kami panggil pulut durian. Ya la, ada pulut dan ada durian. Bahan tambahan lain ialah santan yang ditambah secubit daram, gula atau gula melaka. Kalau betul-betul kelantan kami makan dengan gula je. Untuk dapatkan santan kami guna air panas. Sebab tak nak makan santan mentah. Kalau dimasak jadi tak sedap pulak. Paling-paling guna aje air masak ganti santan. Takut kolestrol tinggi. Durian dah tinggi kolestrolnya, tambah pula dengan santan. Kalau dulu-dulu makan pulut durian ni digaulkan semua sekali. Tapi sekarang rasa macam geli pulak. Jadi caranya makan cubit sikit demi sedikit. Nampak sopan dan tak muak.

Aku cukup suka pulut durian ni. Masa aku kecik-kecik dulu kalau makan durian tak sah kalau tak makan dengan pulut. Orang lain suka makan ratah macam tu aje. Aku tak. Makan ratah juga, tapi tak puas hati. Mesti minta mak buat pulut durian. Pernah suatu ketika aku pergi rumah saudara mak dan ayah, mak dan ayah kan sepupu. Dia orang hidang durian. Makan ratah, sedap aku tengok. Senyap-senyap aku bisikkan pada tuan rumah, "lah nak pulut durian"... hehe. Apa komen orang tu? "mu ni Lah, buleh gi mekoh taip-tiap tahun la mok ayoh mu". Ya la, jimat la kalau makan dengan pulut. Kalau ratah je habis sebiji belum tentu kenyang lagi. Sejak dari hari tu, keluarga tu akan sebut nama aku kalau ada hidangan pulut durian.

Zaman aku masih sekolah dulu, tak putus-putus makan durian. Arwah ayah aku tok guru ngaji Quran. Dari anak-anak kecik sampai orang dewasa. Orang tua-tua. Aku ingat lagi, masa aku di tingkatan menengah rendah, orang yang datang belajar mengaji Quran tu ada kebun durian. Kalau sorang bawa sepuluh biji, kalau dua tiga orang? Ha...paling-paling dia bawa seguni kecik tu. Ada la empat ke lima biji. Aku sorang aje anak mak ayah yang ada kat rumah. Abang dan kakak dah kerja semuanya. Bukan duria aje, ada manggis, rambutan,duku langsat dan macam-macam lagi. Aku la yang kena habiskan. Pernah aku sakit dada sebab makan rambutan banyak sangat. Sampai sekarang tak boleh makan rambutan banyak. Kalau nak makan banyak aku hiris buang selupat dia. 

Sebab tu masa anak dara dulu, niat di hati nak cari suami yang ada kebun durian. Sebab suka sangat makan pulut durian ni. Tapi Allah Maha Mengetahui. Dapat suami tak ada kebun durian. Kalau dapat macam yang dihajati, mungkin dah lama aku 'pergi'. Mana taknya, yang makan sekali setahun ni pun kolestrol dah tinggi melangit. Kalau ada kebun durian tak tau la aku nak cakap. Itulah kata orang apa yang Allah berikan pada kita tu adalah yang terbaik untuk kita. Betulkan?...

Aku pantang bau durian kat pasaraya, mesti nak beli. Kalau yang jual kat tepi jalan atau pasar malam aku tak akan beli. Sebab tak tahu nak pilih. Selalu terkena. Bawa balik duriannya tak elok. Sebab tu kalau nak beli durian aku beli yang dah dikopek. Yang dibungkus dengan plastik rapp tu. Biasanya kat pasaraya cantik-cantik isinya. Masa dok Puchong dulu aku selalu beli kat Jusco Puchong. Mahal pun berbaloi. Sekarang ni kat Tesco Kajang kadang-kadang ada. Tak pun kat billion depan tu. 

Ingatkan nak belajar pilih durian yang elok, tapi tak berkesempatan. Tok guru yang nak mengajarnya menghilangkan diri. Tentu ada hikmahnya. Kalau aku tahu pilih durian, mesti selalu beli durian. Takper la, redho aje. Kita beli la durian yang dah dikopek. Lagi senang. Nak bawak balik pun berat. Tak payah susah2 nak kopek. Kena duri tu sakit. Nak buang kulit pun payah. Penuh tong sampah nanti. Alhamdulillah...



KATA-KATA HIKMAH


Hidup memerlukan PENGORBANAN . . .
Pengorbanan memerlukan PERJUANGAN . . .
Perjuangan memerlukan KETABAHAN . . .
Ketabahan memerlukan KEYAKINAN . . .
Keyakinan menentukan KEJAYAAN . . .
Kejayaan pula akan menentukan KEBAHAGIAAN . . .

Jika benar bagai dikata,

Aku harus BERKORBAN . . .
Korbankan kasih yang ku pendam . . .

Aku harus BERJUANG . . .
Berjuang mendapatkan hak aku . . .

Aku mesti TABAH . . .
Tabah dalam menempuh ujian . . .

Aku mesti YAKIN . . .
Yakin dengan kasih sayang Tuhan . . .
Yang akan memberikan yang terbaik untuk aku . . .
Kerana Dia sayangkan setiap hamba-Nya . . .

Aku mesti BERJAYA . . .
Kerna kejayaan menentukan hidup ku . . .
Beroleh sebuah KEBAHAGIAAN . . .

Tapi hakikatnya . . .

Mampukah aku . . .
Untuk BERKORBAN dan BERJUANG . . .
Dengan penuh KETABAHAN dan KEYAKINAN . . .
Bagi menmperoleh KEJAYAAN serta KEBAHAGIAAN . . . ?



Khamis, 22 Disember 2011

PUDING ROTI CHEF DZILAH



Tahun 2003 dan 2004 aku niaga di pasar Ramadhan Putrajaya. Kat Presint 2. Aku jual segala jenis puding. Puding roti ni salah satu menunya. Antara yang menjadi pilihan orang ramai. Tapi tak ada la sos susu macam ni. Semata-mata puding roti. 

Hobi aku kan suka masak. Resepi ni aku ambik dalam majalah keluarga. Tak silap keluaran tahun 1994/95. Masa tu aku masih belajar di Maktab Perguruan Islam. Sambil cari-cari bahan assignment dalam perpustakaan, aku belek-belek majalah. Ada yang menarik dan mudah untuk membuatnya, aku salin. Kebanyakan resepi yang aku ambik dan aku cuba buat menjadi dan rasanya pun boleh tahan. Tapi kadang-kadang aku ubah suai sendiri. Macam puding roti ni, kalau ikut resepinya bakar. Bila dibakar ia sedikit kenyal. Kalau bakar orang panggil bengkang roti. Bila kukus dia sedikit lembut, jadi aku panggil la puding.

Sebab dia lembut, lemak dan manis la orang suka buat juadah berbuka puasa. Sejuk tekak bila makannya. Nak-nak tekak kering berpuasa seharian. Kadang-kadang bila makan di hotel, nampak puding roti dihidang bersama sos kastard atau susu. Aku cuba buat, biasanya pada hari raya dan majlis-majlis tertentu. Ia memang sedap dan menarik bila dihidang sebagai pencuci mulut.

Daripada resepi biasa, aku tokok tambah. Jadilah macam tu. Menarik, sedap dan lazat. Yang paling penting nak buatnya mudah. Rendam roti dengan air panas. Lenyek sampai hancur. Pukul 4 biji telur dan 3 sudu makan gula. Kemudian masukkan dalam adunan roti. Tambahkan pula 1 tin susu pekat manis. Tak nak bagi hanyir telur masukkan sedikit esen vanila dan secubit garam. Tuangkan dalam adunan roti tadi. Kacau agak-agak sebati, tuangkan dalam acuan, taburkan kismis atau buah campur. Akhir sekali kukus. Nak tau masak ke tak, cucukkan lidi dalam puding. Kalau tak ada yang melekat pada lidi tu maknanya dah masak. Mudahkan. Semudah 1 2 3. Bila dah masak, sejukkan. 

Untuk sosnya pula, masakkan 500 ml susu segar, 2 sudu kastard dan gula secukup rasa. Susu cair pun boleh. Tapi kalau guna susu segar lagi sedap. Agak-agak je kepekatannya. Kalau agak pekat tambahkan susu. Aku sendiri pun buat macam tu. Maklumlah resepi sendiri. Selamat mencuba...

NASI KERABU BIRU



Nah...ni dia nasi kerabu biru dengan sambal tumis dan daging bakar. Sebenarnya aku paling tak suka buat nasi kerabu. Malas yang amat. Cerewet, banyak benda nak kena buat. Masak sambal tumis, goreng kelapa, rebus ikan, blend sambal cili, hiris ulamnya. Tolonggg... Tapi pagi ni aku jadi rajin. Ada sebab la tu.

Sebenarnya, semalam kawan aku kat Semenyih jemput makan. Dia tempah nasi kerabu katanya. Masa balik tu dia bagi sambal kelapa tu. Banyak gak la. Tak payah la aku rebus ikan dan goreng kelapa lagi. Sambal tumis tu pulak, emak bagi. Aku simpan kat sejuk beku. Pagi ni, pagi-pagi lagi aku masak nasi biru. Aku blend bunga biru tu. Bukan pewarna tau. Bunga tu pun aku ambik rumah kakak. Lepas tu aku panaskan sambal tumis. Samabl kelapa tu aku goreng semula. Aku tambah sikit lagi ikan rebus. Sebab sambal semalam rasanya manis sikit. Aku tak suka manis-manis sangat, walaupun aku anak Kelantan jati. Aku bakar daging sikit. Sekejab je, bakar merah-merah lagi. Sedap tengok dalam Masterchef tu. Potong-potong ulamnya. Siap...

Sambal kelapa tu kalau nak sedap, goreng bersama hirisan bawang besar atau bawang merah, serai. Bila dah agak masak masukkan ikan rebus yang dah diramas atau tumbuk. Bila dah garing semuanya. Angkat dan blend. Gaul pulak dengan sedikit hirisan gula melaka atau nisan. Kalau gula kurang sedap. Bagi aku la.

Sambal tumis tu sebenarnya kalau tak buat pun takper. Opsyen sebenarnya. Pengganti budu. Tapi aku lebih suka sambal tumis daripada budu. Bahannya senang je. Bawang besar di blend, santan, serai, gula melaka atau nesan, garam dan sedikit budu. Masak sampai pecah minyak. Bila agak masak masukkan daun limau purut.

Yang lain-lain tu ulam je la. Kalau kat kampung sedap-sedap ulamannya. Macam-macam daun ada. Tapi kat sini kami guna daun salam, kacang panjang, timun, kobis, tauge dan sedikit daun kunyit. Kalau kat kampung kami tak guna pun tauge tu. Timun pun bukan ulaman nasi kerabu. Kata mak aku timun tu basah, nanti nasi jadi basah. Timun kami buat ulam dalam laksam atau laksa. Sebab menu tu memang basah dan berkuah. Baru sesuai guna timun.

Kalau nak makan nasi kerabu berlauk, boleh aje. Bakar daging. Tak pun goreng ikan celup tepung. Kalau ada telur asin (kami panggil telur jeruk) lagi sodap. 

Masak nasi macam biasa la. Kalau nak biru guna bunga biru. Tak pun pewarna biru. Ada gak orang buat nasi kerabu kuning. Kalau kuning lagi senang, aku masukkan sedikit serbuk kunyit. Jangan lupa bubuh daun limau purut sekali masa masak nasi tu. Baru ada aroma nasi kerabu.

Rabu, 21 Disember 2011

TQ PM NAJIB ...

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana semua keperluan anak-anak ke sekolah tahun depan dah pun lengkap. Banyak juga la yang habis dibelanjakan walaupun sikit-sikit sorang. Maklumlah, nak melengkapkan keperluan lima orang. Cuma tinggal baju sekolah Maahad yang belum beli. Bukan tak nak beli lagi, tapi baju tu tak ada kat sini. Yang ada cuma di kedai Jaafar Rawas Kota Bharu. Balik sana nanti baru boleh beli. Tinggal lagi yuran sekolah dan yuran asrama yang perlu aku sediakan.

Fayyadh pun dah mula masuk tadika tahun depan. Keperluannya dah pun dibelikan. Fayyadh la  yang pertama sekali aku belikan beg, kasut dan seluar. Tinggal lagi bayaran yuran tadika. Tu pun mahu RM400 termasuk uniform dan buku. Takder ke benda yang murah sekarang? 

Kali pertama aku bawa semua anak-anak pergi bandar. Masuk Parkson. Jadi perhatian gak la. Berderet ikut kat belakang. Orang lain aku tengok dua tiga orang aje semuanya. Tak nak bawa semua nak beli seluar dan kasut. Bukan senang kalau tak ada tuannya. Nak kena sarung pakai. Bila dah siap 'menerai' semuanya, pergi ke kaunter bayaran. Kira punya kira melayanglah lebih kurang RM600 untuk empat orang. Seluar dua helai seorang untuk sekolah menengah. Yang sekolah rendah dua pasang sorang. Kasut sepasang sorang je, sebab yang tahun lepas boleh pakai lagi untuk gilir-gilir. 

Hari ni aku keluar lagi. Tapi sorang diri je. Sebab dah tau semua saiz ampunya badan. Niatnya nak tambah kasut yang nombor 2 tu. Dia tinggal asrama. Mesti nak ada kasut untuk gilir-gilir. Bukan senang nak basuh. Tapi hari tu tak ada saiz. Sepasang je beli. Hari ni beli sepasang lagi. Lepas tu aku merayap tingkat atas pulak. Nak beli kelengkapan asrama. Tahun lepas aku beli semua tu di Kelantan. Sebab rasa macam susah nak bawa naik bas. Tapi susah jugak. Terkejar sana-sini pulak kat sana. Sedangkan aku balik sehari je. Aku fikir lebih baik aku beli siap-siap kat sini. Apa susahnya, letak aje dalam perut bas. Jangan hilang atau lupa dah. Kelengkapan asrama aku beli untuk dua orang. Yang sulung tu dah hilang kena curi katanya. Apa la...sekolah agama pun ada jugak perangai macam tu. Itu baru sekolah agama, kawan aku cakap anak dia sekolah Tahfiz pun hilang selipar. Biasa la tu...

Siap semua sekali, aku tengok jam dah pukul 9.00 malam. Mak oiii...Tak sempat lagi nak beg pakaian. Kat parkson ada tapi mahal. Paling murah offer 70% pun seratus lebih. Aku nak beli kat kedai luar tu je. RM60  pun dah besar. Padan la nak bawa gi sekolah je. Ukur baju di badan sendiri... Kalau dikira campur tolak kali bagi, tiga hari dok keluar beli kelengkapan anak-anak ni, habis RM1000 jugak la. Alamak, habis la bonus aku. Bahagian aku takder apa-apa lagi. Syukur alhamdulillah ada bonus. Terima kasih banyak-banyak PM Najib bagi bonus dan bantuan persekolahan. Eh-eh...bukan apa, orang berbudi kita berbahasa, kerana PM memberi dapat la kita merasa bonusnya. 

Kalaulah tiap-tiap tahun macam ni alangkah bagusnya. Takder la terbeban sangat aku rasa...

UNTUK APA LAGI???


Untuk apa aku menangis lagi...
Untuk apa aku ingati lagi...
Untuk apa aku menyayangi lagi...
Untuk apa aku merindu lagi...
Untuk apa lagi...

Satu persoalan yang tiada jawapannya...



Selasa, 20 Disember 2011

LEMPENG MINI 1MALAYSIA



Memandangkan adunan lempeng semalam masih ada, aku buat keputusan pagi ni makan lempeng lagi la. Sebab nak habiskan adunan semalam. Kalau simpan lama-lama tak sedap jugak. Semalam tak sempat habis sebab biasanya memang aku buat aduanan banyak untuk makan petang sekali. Tapi semalam kami keluar shopping kelengkapan sekolah. Kami keluar lepas zohor. Kami balik rumah lepas Isyak. Makan tengah hari kat pizza hut. Lepas tu pergi Parkson beli belah. Lama la jugak sebab nak lengkapkan keperluan empat orang. Nasib baik untuk Fayyadh aku dah belikan sehari dua sebelum ni. Siap kelengkapan anak-anak, umi sempat juga belikan keperluan umi.

Tak sedar, keluar aje dari parkson rupanya dah malam. Aku singgah metro point solat maghrib kat situ. Lepas tu sempat pulak menyoping. Dapat la sepasang kain kat Maya Silk. Ya la waktu-waktu bonus macam ni la aku boleh beli apa-apa untuk diri sendiri. Kalau tak habis untuk sekolah anak-anak aje. Tengok jam dah pukul 8 malam. Kalau balik rumah baru nak masak kul berapa nak makan. Penat lagi. Aku ambil keputusan makan di Bangi. Lagi pun sejak cuti sekolah aku dan anak-anak tak pernah keluar ke mana-mana. Kami dok rumah dan aku masak macam-macam di rumah. Hari ni, aku ambil peluang bawa anak-anak jalan-jalan, shopping-shopping dan makan-makan. Aku singgah di Rimba Klasik Bandar Baru Bangi. Anak-anak punya la gembira order macam-macam makanan. Masa nak membayarnya, mak oiii terkejut jugak aku. Tapi tak apa la, sekali sekala mereka berkumpul.

Keluar dari kedai makan kul 9 malam. Jom kita singgah kompleks PKNS. Sempat la jugak sejam kat situ. Beli seluar sekolah Farhan. Kat parkson takder saiz tadi. Sampai rumah jam 10.30 malam. 

Bangun tidur pagi ni si abang sound lapar dah. Nak cepata aku masak la lempeng. Katanya "semalam dah makan ni dah". Alahai... takper, aku bancuhkan ciklat van hauton dalam adunan lempeng. Dah masak aku tunjuk kat dia orang. "Wow...sedap tu" Amekau...hahaha aku tergelak sendirian. Senang aje anak-anak yang cerewet ni. 

Aku beri nama lempeng 1Malaysia, sebab ada putih ada coklat. Rakyat Malaysia kan berbagai warna. Melayu, Cina, India. 

Ahad, 18 Disember 2011

NASI AYAM CHEF DZILAH



Al-hamdulillah, pagi ni aku berkesempatan masak nasi ayam. Demi anak-anak, si ibu sanggup buat apa saja kan? Bila mendengar rungutan anak-anak, "umi... dah lama rasanya kita orang tak makan nasi". Oooo...rupa-rupanya teringat juga mereka dengan nasi. Maklumlah, dah berapa hari aku asyik masak spagetti aje. 

Awal-awal pagi lagi aku masak. Bila aku hidang atas meja. Panggil semua anak-anak makan. Yang sulung tu kemarut Masterchef. "Pada mulanya saya nampak ayam ni macam hangit. Tapi bila makan sedap. Maknanya tak hangit. Kenapa perlu ada daun-daun ni dalam sup? Yang paling saya suka nasinya. Lain daro yang lain. Sedap. Macam mana umi masak ni?" Aduh...banyak betul komen dia. Mengalahkan chef Zubir dalam Masterchef lak. 

Memang dia tak suka sayur. Jadi, kalau ada apa jenis sayur dalam makanan memang dia akan komplen sakan. Dia akan kutip satu persatu buang sayur tu. Tak pun dia ambil penapis santan atau teh dia tapis kuah. Tu kalau jenis berkuah. Kalau cekodok dikoreknya sampai habis sayur tu. Adik-adik dia takder la sampai macam tu sekali teruknya.

Nasi tu pulak memang ada kelaian dari segi rasanya. Mana taknya, aku guna beras basmathi. Lepas tu, masa tanak tuaku masukkan safron untuk jadikannya kuning. Cuma sebab sikit warnanya tak menyerlah sangat. Tapi rasanya masih terasa. Aku sendiri rasa kelainan pada nasi tu. Lain kali boleh la buat macam tu lagi. Tapi yang tak tahannya safron tu mahal sangat. Kotak sebesar ibu jari tu dah RM16. Aku beli safron tu untuk masak nasi briani dulu. Boleh la cuba kalau nak rasa keenakan nasi ayam safron...



Sabtu, 17 Disember 2011

REUNION MPI

Hari ni tanggal 17 Disember 2011, aku terasa seronok sekali. Bangun subuh-subuh sape'i masak spagheti untuk ditinggalkan pada anak-anak. Maklumlah, hari ni aku nak pergi MPI nak jumpa kawan sahabat lama. Dah 16 tahun kami berpisah membawa haluan masing-masing. Baru setahun dua ni kami berjumpa semula di laman sosial FB. 




Katanya jam 10 pagi majlis bermula. Elok-elok jam 9.00 makanan dah siap dan aku hidang siap-siap atas meja. Mereka nak makan nanti mudah nak ambil. Maklumlah majlis macam ni biasanya lama. Lagi pun, mana tau kut-kut nak merayap masa balik nanti. Selepas semua juadah untuk anak-anak siap, aku persiapkan diri la pulak. 9.40 pagi aku turun dari rumah.

Lebih kurang jam 10.15 keretaku menyusur masuk pagar IPG Kampus Bangi. Wah...dah berubah wajah. Maklum la, dah dua tahun aku tinggalkan kampus tu. Empat tahun lebih aku berulang alik ke sana masa sambung ijazah. Lepas park kereta, aku masuk ke dewan Nik Muhyiddin. Daftar. Tak seorang pun orang kat situ yang aku kenal. Tengok semuanya macam kakak-kakak dan abang-abang. Hehe...Jangan mare. Biasa la aku ni, jumpa orang tak kenal malu-malu dan duduk diam-diam. Senyap. Sepi. Selepas sejam, aku bangun dan keluar dari dewan. Nak balik. Malu, semua orang aku tak kenal. Dah keluar baru lah nampak orang yang sama kohot dengan aku. Tu la mereka. Kak Khairiah, kak Yat dan As. Yang bertudung pink tu senior jugak.

Bila dah jumpa dengan mereka baru la bercakap tak henti-henti. Gelak tawa. Sedih pun ada juga sebab kawan-kawan yang lain tak sudi datang. Tak nak jumpa kawan yang lama berpisah. Kami kohot 1994/96 cuma ada tiga orang aje. Bila majlis minta angkat tangan kami diam aje. Malu dan segan. Tapi bila waktu makan, tak tolak sebab kami bayar ape? Apa pun tak rugi aku ke sana sebab dapat jumpa dan beramah mesra dengan pensyarah kami dulu.

Khamis, 15 Disember 2011

MAKARONI DADAR



Semalam masa aku keluar ke Hentian Kajang, aku beli majalah RASA Januari 2012. Memang aku suka beli dan simpan buat koleksi. RASA kali ni mengenai resepi si cilik. Salah satu resepi yang menarik minat aku ialah resepi ni. Bahan-bahannya semua dah ada. Pasta, telur, susu segar, keju mozarella, mayonis, lobak merah, sedikit lada sulah dan garam. Cara membuatnya pun mudah sangat. Semudah goreng telur dadar. Sebab tu la agaknya diberi nama makaroni dadar. 

Petang ni aku cuba membuatnya. Rasanya ok la kalau makan makaroni dadar sebab tengah hari tadi dah makan nasi. Rupa-rupanya dah dua tiga hari kami anak beranak tak makan nasi. Aku asyik masak pasta aje. Tiba-tiba anak aku yang nombor tiga komplen "dah lama kita orang tak makan nasi". La... rupanya sedap-sedap makan makanan lain, terasa juga rindu nak makan nasi. Jadi tengah hari tadi aku masak la nasi. 

Bila masak makaroni dadar ni, aku cuba makan, sedap jugak. Terasa lemak-lemak susu dan keju. Satu adunan yang aku bancuh ikut sukatan dalam majalah tu dapat dua biji. Aku potong lapan. Aku cuma makan sepotong saja. Terasa dah kenyang. Kira 'ok' latu. Yang selebihnya tu dapat la mereka tiga keping sorang.  Mengenyangkan juga menu ni walau pun ringkas. Yang paling penting berkhasiat untuk anak-anak. Dan, sememangnya anak-anak aku menggemarinya. Kalau anda nak cuba resepi ni beli la majalah RASA keluaran Januari 2012.


Rabu, 14 Disember 2011

KERANA LAGU

Jiwa kacau, kepala serabut, hati tak tenang...apa lagi? Di sebabkan semua perkara tu, aku tak dapat meneruskan apa saja yang aku nak buat. Buka blog nak tulis sesuatu...sangkut, blank kata orang. Yang mampu aku buat sekarang hanyalah melayan perasaan. Ku ulang putar dan terus putar lagu Lestari. SEKELIP MATA KAU BERUBAH kerana liriknya menarik perhatian ku, menyentuh perasaan ku...dah berpuluh kali rasanya malam ni aku ulang mendengar lagu tu.


Syahdu nya ku rasa di saat ini
suasana sepi membisu
tersentuh hati ku dibuai kenangan lalu
ingin ku luahkan rasa di hati ku
sudikah mendengarnya...

sebenarnya engkau masih ku sayang
biar pun tak dapat bersama
kau masih ku rindu seperti waktu dahulu
aku mengharap agar kau mengerti
curahan rasa ini...

jika engkau sedang hidup bahgia
jangan kau lupakan diriku
yang terdampar kesepian
ku dilambung ombak rindu
yang hanyut dalam kelemasan
mengapakah aku masih menunggu
dan masih menagih kasihmu
dirimu di mana
cuma aku yg terus
sabar menantimu tnpa jemu...

dulu kau menumpang kasih
lalu ku beri harapan
sekelip mata kau berubah
ooo...begitu lah lumrahnya percintaan...

tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
ooo...mudahnya kau berubah...


SPIRALS BOLOGNISE



Makan malam semalam aku masak spageti bebola daging. Sosnya banyak sikit. Aku simpan dalam peti ais. Bebolanya habis. Tengah hari tadi aku rebus pasta spirals. Hangatkan sos dan tambah sos spageti kimball. Inilah hasilnya. Anak-anak nakkan kelainan. Kalau hari-hari makanan sama dia orang tak nak. Nah...amekaw...tak sama bukan? Kalau nak dikirakan sos dengan pasta memang la tak padan. Sosnya agak kurang. Kalau dihidangkan sepinggan-sepinggan pada anak-anak memang tak 'naik rumah' orang kata. Jadi aku gaulkan terus sos bolognaise dengan pasta. Ia nampak agak kering dan tak berkuah. Bebola daging pun tak ada. Ada la kelainannya. Sah-sah umi baru masak.

Dia orang tak nampak aku buat. Cuma dia tengok aku rebus pasta. Sibuk main la katakan. Tau-tau dah terhidang. Datang-datang je.."wah...apa ni umi? bila umi masak?" Bagus tak idea aku? Tapi ni kali pertama pun aku buat macam ni. Boleh la guna pakai seterusnya. Kitakan ibu berkerjaya, mesti bijak...Benda yang sama tapi hidangannya berbeza. Lagi pun takder la membazir. Kan-kan!!!



Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari


UNTUK INSAN TERSAYANG ... 
HAYATI LIRIK LAGU INI ...

Selasa, 13 Disember 2011

SPAGETTI BEBOLA DAGING



Kemarin kan dalam Master chef peserta kena masak spagetti. Anak-anak aku sibuk suruh aku masak spagetti. "Umi buat ni...". Aku jawab selamba..."boleh..". Kebetulan memang dah ada dalam list menu yang aku akan masak musim cuti ni. Bahannya semua dah ada la. Ya la, sekurang-kurangnya anak aku yang tinggal asrama tu dapat merasa semua jenis makanan. Dah setahun dia berjauhan dengan kami. Walau pun sekali sekala balik tapi sekejab aje. Cuti pertengahan tahun ari tu seminggu aje kat rumah. Dia terpaksa balik awal dengan abang aku yang tingal kat sana.

Kesian gak dia, makanan di asarama macam mana sangat. Nak-nak dia sangat cerewet bab makan ni. Anak bapak. Aku sentiasa tanya dia "abang nak makan apa lagi?"...sebab adik-adik yang ada di rumah ni selalu makan. Ada hari minggu yang mood aku baik, aku masak la lain sikit dari hari-hari biasa. Hari sekolah aku masak paling cincai. Kalau tak ayam kicap, ayam berlada, tak pun telur kicap. Pendek kata semua kicap la. Sebab tak payah masak kuah lagi. Kalau goreng biasa si Farhan tu tak makan kicap mentah katanya. Dia nak kicap yang dimasak. Pelik sungguh anak-anak ni.



KAU DAN AKU...



DULU... KAU DAN AKU, SEHATI SEJIWA, SEIA SEKATA, RAHSIA KU RAHSIA MU JUA. KAU AMAT MEMAHAMI AKU.  AKU SUKA, KAU KETAWA, AKU SEDIH KAU PUN PEDIH, KETIKA AKU KECEWA KAU BAKAR SEMANGAT AKU MEMBARA...

KINI... DIRIMU AKU TEMUI... SETELAH SEKIAN LAMA AKU MENCARI... SEINGATKU, AKU INGIN KHABARKAN BERITA GEMBIRA, SAYANGNYA, KISAH DUKA YANG KAU DENGARI PULA...

Isnin, 12 Disember 2011

ROTI KESUKAAN ABAH KHAN



Pagi ni aku masak roti celup telur je. Senang dan cepat. Sebabnya aku nak keluar. Ada urusan sikit dan yang paling besar nak jalan-jalan. Borring sangat dah terperap kat rumah. Roti ni banyak ceritanya dalam kehidupan aku. Sejak aku sekolah menengah lagi.

Dulu... aku sekolah agama Arab (SMUAIP). Kawan-kawan aku yang sekolah menengah biasa ada belajar ERT. Dia orang belajar memasak dan menjahit. Aku yang sekolah agama ni tak ada belajar semua tu. Bila tengok buku masakan kawan-kawan terliur juga nak cuba. Lagi pun aku memang suka memasak. Aku mula memasak sejak aku darjah enam lagi. Masak untuk ayah. Sebab mak selalu tinggal kami pergi rumah kakak jaga kakak bersalin. Aku belajar masak pun dengan kakak jugak. Masa tinggal rumah kakak 40 hari. Masa tu emak dan ayah aku pergi Mekah. Jadi, minat untuk masak tu dari kecil lagi. Bila selak-selak buku masakan mereka aku tertarik dengan menu ni. Aku selalu cuba buat roti celup telur ni tapi sayangnya tak pernah menjadi. Sebab terlebih minyak. Maklumlah, dulu-dulu mana ada kuali leper. Aku cuma guna kuali biasa aje. Bubuh pulak terlebih minyak. Tak lalu nak makan bila terlebih minyak. Belajar sendiri-sendiri la katakan. Tapi lama-lama menjadi jugak. apa lagi, selalu la aku masak untuk ayah.

Bila habis belajar sekolah menengah, aku dapat masuk maktab. Di sana, aku masuk unit uniform pengakap. Jadi selalu la aku kena pergi berkhemah. Ikut kumpulan. Dalam kumpulan, aku la tukang masaknya. Malam-malam abis aktiviti aku buat la roti ni. Ya la, setiap kumpulan dibekalkan dengan beras, gula garam telur. Itu yang wajib. Lauk pauk yang lain akan diberi bila setiap kali waktu memasak. Best juga makan sambil sembang-sembang makan roti celup panas-panas lagi. Dalam hutan pulak tu. Bertemankan bunyi cengkerik dan lain-lain serangga. Lebih sedap lagi ada bau-bau asap. Sebab kat hutan masak dengan kayu. Emmm...itu semua tinggal kenangan.

Tak sangka bila kawin, aku masak roti ni suami aku. Dia pulak suka sangat makan roti ni.. Tapi kali pertama aku masak dia komplen. "Abang suka, sedap, tapi lagi sedap kalau manis". Ya...itulah suami ku. Semuanya nak manis. Aku  ikut resepi zaman sekolah aku tu letak telur dan secubit garam. Takde pulak letak gula. Jadi itu la yang aku buat sampai aku kawin. Rupanya suami aku suka yang manis. Sejak dari hari tu, aku sentiasa buat yang manis. Emmm...nak suruh cik abang sayang. 

Sampai la aku ada anak lima. Masih lagi suka buat roti celup ni. Cuma, sekarang ni aku ubah sikit bahan-bahannya. Untuk anak-anak aku tambahkan susu segar. Tak pun susu cair. Ya la, susu kan bagus untuk kanak-kanak. Bukan setakat roti, tapi semua jenis makanan atau kuih yang aku buat mesti masukkan susu. 

Ahad, 11 Disember 2011

NASI KUNING CHEF DZILAH



Kebosanan dan keboringan menghasilkan hobi yang bermanfaat. Bagus jugak kan!!! Memang patut pun bosan duk rumah. Dah masuk tiga minggu cuti sekolah berlalu, maknanya dah dua minggu aku terperuk kat rumah ni. Cuma sekali terlepas ke sogo. Bangun pagi masak sarapan pagi, basuh baju, kemas rumah, pastu masak untuk tengah hari, solat, tidur, masak lagi untuk malam, tengok TV dan tidur lagi. Itu la rutin tugasan aku selama dua minggu ni. Patut la aku bosan semacam je. Kalau keluar pun pergi pasaraya atau pasar malam untuk beli bahan-bahan masakan. Hemmm...

Orang lain cuti-cuti macam ni semestinya yang utama balik kampung, tak pun bercuti ke mana-mana bersama keluarga. Tapi aku tak, bercuti di rumah semata-mata. Nak balik kampung nak duduk kat mana? Aku tak ada rumah di kampung halaman sana. Emak dah lama tinggal dengan aku atau kakak di sini. Ya lah, sejak arwah ayah meninggal lagi. Namun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Aku ada rumah sendiri, kereta sendiri, ada anak-anak lima teruna lagi. Juga ada emak yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan, keselamatan, dan kebahagiaan aku serta anak-anak. Alhamdulillah...





MENU SARAPAN SYAMIL



Alhamdulillah...pagi ni aku berkesempatan menyediakan sarapan pagi yang sedikit berat dan mengeyangkan. Biasanya pagi-pagi ni makan ringan-ringan je. Cekodok, roti, lempeng. Tapi hari ni rajin sikit master chefnya. Kebetulan tengah hari semalam aku masak banyak. Kononnya sampai malam. Malas nak masak 2-3 kali. Tapi anak-anak kenyang sebab petang tu makan ketupat sotong. Yang tak makan ketupatnya makan kuah dengan pulut. Malam tu makan roti aje. Nasi tak berusik walau pun aku masak rendang malam tadi. Aku simpan la nasi tu dalam peti ais. Ingat petua chef mana entah (dalam TV), kalau nak masak nasi goreng, nasinya mesti sejuk, lagi elok kalau simpan dalam peti ais katanya. Supaya nasinya pejal. Itu petua yang aku dapat. Kalau dulu-dulu, asal nak masak nasi goreng aku mesti masak nasi dulu sebab nakkan nasi baru dan panas. Rupanya terbalik. Nasi goreng nakkan nasi yang sejuk.

Musim ni musim demam master chef. Aku hidang la macam ni. Sampai anak sulung ku tanya "kenapa umi selalu buat macam ni?" "Saja suka-suka...kerja lain takder cuti-cuti ni, ini aje la kerja umi". Kata yang nombor 4 tu pulak, "Umi nak masuk master chef kan? sebab tu umi selalu belajar buat macam ni. Kalau chef Zubir tengok dia ambik umi masuk master chef". Aku gelak aje la. Kadang-kadang lucu jugak dengan kerenah mereka. Tapi yang penting aku seronok dapat masak dan sediakan makanan untuk mereka. Aku senang hati kalau mereka kenyang. Terutama bagi anak sulung aku yang tinggal di asrama. Inilah masa untuk dia makan dan merasa masakan aku ibunya. Masa cuti ni la aku nak jamu dia kenyang-kenyang. Bila persekolahan bermula, hilanglah peluang menjamah masakan umi lagi.

Bila dah siap hidang, aku panggil la dia orang makan. Aku ke dapur untuk bersihkan apa yang patut. Ke depan ke belakang, aku jengok meja, "Masya Allah..." terpacul keluar dari mulutku. Mana taknya, dah tinggal sebelah mangkuk. Baru tiga orang makan. Dua orang lagi masih tidur tak bangun-bangun. Tapi aku puas hati sebab mereka suka makan. Laju je. Macam tu lah anak-anak aku, kalau lama tak makan nasi goreng. Tapi kalau hari-hari aku masak menu yang sama mereka komplen pulak. "Asyik-asyik makan yang ni, takder yang lain ke?" Aku memang dah tahu perangai anak-anak, mereka nak makan menu berbeza setiap masa. Kalau asyik asak masakan sama sehari dua, mula la slow mereka makan. Kalau dah slow tu maknanya uminya kena la tukar menu. Dah tahu dah.

Tapi yang pelik bin ajaibnya, anak-anak aku tak pulak gemuk-gemuk walau pun makan tak berenti. Malahan aku pulak yang tambah berisi. Ini yang tak suka ni. Tolongggg...

Sabtu, 10 Disember 2011

KETUPAT SOTONG BONDA



Pagi tadi aku masak sotong sumbat maggi untuk anak-anak. Masa tu rasa teringin sangat nak makan ketupat sotong. Bukan apa sebab tengok rupanya hampir sama. Mungkin juga sebab dah lama tak makan. Mungkin juga. Jadi, sambil-sambil sediakan makanan untuk tengah hari, aku buat ketupat sotong yang ku idamkan ni. Hari ni hari bertema. Masakan aku bertemakan sotong. Pagi sotong maggi, petang ketupat sotong. Nasib baik makan tengah hari bukan gulai sotong.

Aku namakan ia 'ketupat sotong bonda' sebab resepi ni aku belajar dari mak aku. Masa aku kecik-kecik dulu mak selalu masak ketupat sotong. Tapi bila aku dah dewasa mak jarang lagi masak ketupat ni. Rupanya sebab masa dulu-dulu mak masih lagi makan sotong. Bila dah agak berumur mak tak boleh makan sotong pulak. Bila dah berkahwin, mak mertua aku selalu jugak masak ketupat sotong. Tapi cara masaknya lain sikit aje. Maklum la dia tukang masak tersohor di kampungnya.

Mak mertua aku masak pulut dengan santan terlebih dulu, kemudian baru dia sumbat dalam sotong. Dan masak dalam kuah manisan. Katanya sebab tak nak bagi sotong tu pecah semasa dimasak. Bila pulut dah masak ia tak akan mengembang lagi dalam kuah. Memang la kalau kita terlebih sumbat beras dalam sotong, sotong akan pecah. Jadi, bubuh beras pulut jangan penuh sangat dalam sotong. Kata mak aku pulak, kalau kita masak pulut dulu baru sumbat dalam sotong, pulut tadi tak sebati dengan kuah manisan. Betul jugak tu. Sebab tu mak rendam dulu beras pulut dengan santan. Bila beras kembang baru sumbat dalam sotong. Tapi kena la berhati-hati sikit kalau ikut petua mak aku ni. Kalau ketat sangat sotong akan pecah bila dimasak dalam kuah. Kedua-dua resepi ni sedap belaka. Kedua-dua cara ni aku dah buat sebenarnya. Memang cantik la sotongnya kalau ikut cara mak mertua aku tu. Kalau nak hidang pada tetamu aku akan masak ikut cara mak mertua aku. Hahaha...bijak-bijak.

Dulu aku selalu la masak ketupat sotong ni sebab suami aku suka sangat makan. Sekarang ni jarang-jarang sangat aku masak. Kalau teringin sangat baru aku buat. Macam hari  ni. Resepi tradisi nenek moyang ni, anak-anak tak berapa gemar. Sorang dua je yang makan. Farhan dan Fahman memang suka. Siap nak tambah-tambah lagi. Tapi kalau Fadhlin dan Fayyadh pandang pun sebelah mata aje. Belum cuba belum tahu nak oiiii...Fawwaz pulak makan pulut dengan kuah saja. Biasanya pulut yang kita masukkan dalam sotong tu akan lebih. Jadi aku tanak pulut tu. Yang tu dia suka. Sotong tak nak. Pelik sungguh anak-anak ni. Macam-macam ragam kan...


SOTONG SUMBAT MAGGI MASTERCHEF



Bismillahirrahmanirrahim...mulakan dengan bismillah dan doa makan. Menu yang ringkas tapi mengenyangkan. Tiap-tiap hari anak-anak aku minta aku masakkan sotong sumbat maggi. Ya la, sejak mereka tengok kuliah Masterchef 2 minggu lepas. Aku juga yang celupar mulut cakap "ala...senang je tu, umi pun boleh buat...". Amekau, hari-hari mereka tuntut bila nak masak sotong sumbat tu.

Kemarin aku pegi pasar beli sotong. Ingat nak masak semalam, tapi gas habis. Tengah hari baru sampai. Mood masterchef pun turut hilang. Hari ni pagi-pagi lagi aku siapkan bahan-bahannya. Sotong, mee maggi, telur, timun, lobak merah, dan sedikit lada sulah. Bahan-bahannya pun bahan yang sedia ada dalam peti ais. Bahan yang biasa digunakan untuk memasak. Dalam hati...baik juga kalau aku masak ketupat sotong. Tapi demi permintaan anak-anak, aku teruskan juga memenuhi kehendak mereka.

Anak sulung ku minta untuk menolong. Aku suruh la dia keluar ambil lidi kelapa di padang. Kebetulan kat padang permainan depan rumah aku ada pokok kelapa. Lama dia keluar. Masuk-masuk dengan tangan kosong. "Mana ada lidi umi..."."Astaghfirullah al-azim...ambik la daun kelapa tu, lepas tu buang daun dia, dapat la lidinya...". Aduhai, ini la anak-anak bandar. "Tu la...ruginya abang lahir di bandar, lidi kelapa pun tak tau nak ambik. Umi kecik-kecik macam abang dulu semua dah tau...". Mula la mulut membebel. Hehehe...Ya la, mana taknya, aku dulu-dulu sekolah rendah lagi dah tahu menganyam atap nipah. Lagi  payah kalau dibandingkan dengan meraut lidi kelapa. Emmm...

Dah dapat lidi kelapa, aku mula sumbat sotong. Mulanya tadi aku masak dua keping maggi. Rupanya sikit aje yang diperlukan untuk sumbat dalam sotong tu. Mungkin juga sebab sotong tu kecil. Jadi maggi selebihnya aku tambahkan keju mozarella, bawang besar dan lobak merah yang dipotong dadu. Kemudian aku bakar buat pizza maggi. Jadi hidangan sampingan. Aku fikir tadi dua ekor sotong sorang kenyang ke anak-anak aku? Tapi lepas dihidangkan bersama pizza maggi memang kenyang. Sedap juga sotong sumbat maggi ni walau pun tak dihidang dengan sambal tumis. Aku cuma hidang dengan sos cili dan mayonis. Menjadi juga...

Macam biasa la anak-anak aku, bila dah makan tu pujiannya pun melangit la. Biasa la budak-budak. Kalau orang tua makan belum tentu sedapnya. "Terima kasih umi...sedap umi masak sotong ni, macam masterchef. Lain kali umi masak lagi ya..." Ooooo tidakkkk...(dalam hati). "Ok, umi boleh masak lagi, tapi dengan satu syarat...". Biasa la, aku minta mereka basuh sendiri pinggan mangkuk yang mereka guna. "Umi penat dah masak, pinggan basuh sendiri-sendiri ya...". Sebenarnya aku nak melatih mereka berdikari...Takder la penat umi ni ha. Umi yang takder anak perempuan. Lelaki pun boleh buat kerja sendiri. Nabi Muhammad saw pun tolong Sayyidatina Aisyah kan!!!



Jumaat, 9 Disember 2011

SANDWICH TELUR CHEF DZILAH



Sebagai seorang ibu, rutin harian ialah masak untuk anak-anak. Bangun pagi lepas solat Subuh, terus berfikir pagi ni nak buat sarapan apa. Intai-intai bahan yang ada dan masak. Lepas bersarapan pagi fikir pula apa yang nak dimasak tengah harinya. Begitu juga makan malam. Ada juga ketikanya si ibu ni malas, letih, penat. Jiwa kacau pun boleh jadi jugak. Jadinya beli la di kedai, tak pun masak maggi je la. 

Macam jugak pagi ni, lepas fikir-fikir apa menu nak buat untuk sarapan, terus la masuk dapur. Buka dapur tak nyala-nyala apinya. Rupanya gas dah habis. Aku keluarkan untuk ditukar dengan balang gas kedua. Angkat terasa ringan. Habis juga rupanya. Kecewa ada, nak marah ada, sedih pun ada mengenangkan anak-anak mesti minta makan kejab lagi. Aku cuba call kedai gas. Katanya paling awal pukul 9 pagi baru dia hantar gas. Sebab gas takder. Tunggu lori hantar dulu katanya. Alamak...frustnyer...

Aku buka peti ais, ada la telur yang dah direbus sebiji dua. Alhamulillah. Hancurkan telur, tambahkan mayonis dan sedikit lada sulah. Boleh la aku buat sandwich telur. Memang pun anak-anak suka sandwich telur ni. Dapat la makan sekeping sorang buat alas perut nak menunggukan gas sampai. Disebabkan demam Master Chef, aku hias la macam ni. Bagus la Master Chef Malaysia ni, selain dapat menu-menu baru, teknik dan petua memasak, ia juga mengajar para ibu dan isteri menjadi kreatif menghidangkan makanan.

Kata kul 9. Sekarang dah 9.30 tapi tak sampai-sampai pun lagi. Nak keluar beli sendiri malas la pulak. Terpaksa la sabar menunggu...Tapi kan...best gak takder gas ni, sebab tak payah masak. Makan aje apa yang ada. Hehehe...

Roti telur ni pertama kali aku makan di rumah makcik Klang (mak mertua abang aku). Masa tu aku masih bersekolah lagi. Tak silap tingkatan 3. Aku tengok makcik buat. Makcik guna mayonis dan serbuk lada hitam. Bila aku makan sedap. Pertama kali makan. Maklum lah, orang kampung. Sarapan dengan nasi. Segala jenis nasi. Nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang pun ada. Paling kurang nasi goreng. Mana pernah buat roti ni. Roti gardenia pun tak pernah jumpa. Yang dok makan hari-hari roti bantal je.

Bertahun-tahun masa berlalu. Bila aku kawin, aku cuba buat. Memang suami aku suka sangat la sebab dia "hantu telur". Terima kasih makcik kerana memperkenalkan resepi ni pada saya, walaupun saya belajar secara tak langsung daripada makcik.

Rabu, 7 Disember 2011

FETTUCCINE CARBONARA


Hari ni satu lagi resepi telah ku cuba. Fettuccine, betul ke tak nama tu aku pun tak tahu. Yang aku tahu itu nama pasta tu dan aku masak sos putih. Rasanya sedap. Anak-anak cukup suka makan sebab sosnya berasaskan susu segar dan keju. Pulak tu ditambah dengan sosej ayam dan bebola daging. Memang kesukaan mereka. Resepi ni aku ambil dari kakak ipar juga. Kakak ipar ku yang sorang ni memang pakar masak. Banyak dah menu yang aku belajar dari dia. Rasanya habis rencah dulu dari pasta.

Sebagai seorang ibu tentunya senang hati bila melihat anaknya seronok makan. Makan dengan penuh minat. Yang aku paling bangga, setiap kali makan masakan umi yang sedap (pada mereka la) mesti tak lekang ucapan terima kasih dari bibir mereka. "Terima kasih umi, sedap sangat umi masak untuk kita orang". Siap pesan lagi, "lain kali umi masak lagi ya". Itulah anak-anakku...

Jom kita tengok bahan-bahan untuk masak resepi ni. Dalam buku atau majalah masakan memang banyak. Tapi ini resepi aku sendiri. Senang sikit kut...

Bahan-bahannya:-
1 labu bawang putih                 }potong dadu atau
4 labu bawang besar (kuning) } racik halus-halus
1 paket bebola daging
1 paket sosej
keju cedar
2 sudu mix herb
2 helai daun bay
1 liter susu segar
1 bungkus pasta fettuccine/spagheti
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:-
1. Rebus pasta hingga lembut. Masukkan sesudu minyak masak dalam air rebusan. Bila dah masak toskan.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau atau kekuningan.
3. Masukkan bebola daging dan sosej. Tambahkan sedikit air untuk masakkan kedua bahan tadi.
4. Tuangkan susu segar. Masukkan sekali mix herb dan bay leaf. Jangan masak susu terlalu lama, bimbang pecah minyak atau berketul.
5. Masukkan keju cedar untuk pekatkan sos.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Putarkan fetticcine atau spagheti dalam mangkuk. Tuangkan sos di atasnya. Hiaskan dengan daun sup dan hirisan cili jika suka.

#boleh juga kalau nak tambah hirisan daging ayam. lagi sodap. jangan guna daging dah sebab nanti sosnya tak jadi putih...selamat mencuba



Isnin, 5 Disember 2011

PIZZA MAGGI CHEF DZILAH

Kalau hari-hari sebelum ni aku masak cekodok aje. Cekodok bilis, cekodok nestum, cekodok bawang...sampai anak-anak naik muak makan cekodok. Hari ni satu kelainan aku buat. Aku masak pizza maggi. Tak tau la apa nama sebenarnya. Dulu pernah juga aku masak tapi orang panggil murtabak maggi. Ini pula resepi yang aku dapat dari kakak iparku semalam. "Ila cuba la buat pizza maggi, sedap, budak-budak mesti suka makan". Memang la pizza sebab ada masuk keju. Langsung dia bagi resepinya. 


Disebabkan demam Master Chef, aku hias la macan tu. Itu je pun hiasan yang ada. Hehehe...Kalau nak rasa cuba boleh la. 

Bahan-bahannya:
5 paket maggi
10 biji telur
2 labu bawang besar
25 gram keju (apa-apa jenis la)
1 paket sosej ayam direbus dan hiris nipis
mentega untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
1. Rebuskan maggi 2 minit (agak-agak sampai masak). Toskan.
2. Bancuhkan telur bersama perencah maggi. Kalau tak nak guna perencah maggi, boleh tambahkan garam dan sedikit serbuk kari. Sedap jugak.
3. Masukkan bawang yang telah dipotong dadu.
4. Masukkan pula maggi yang telah dimasak tadi.
5. Masukkan keju + hirisan sosej dan gaul rata.
6. Panaskan ceper dengan mentega dan bakar.

P/S kalau nak lebih rasa sedap lagi boleh ditambah dengan ayam, udang, sotong (dipotong kecil-kecil) atau lain-lain sea food. Tapi kenalah dicelur terlebih dulu. Sebab bila kita bakar tu sekejab je, bimbang udang dan sotong tak sempat masak.

Sabtu, 3 Disember 2011

COKODOK BASI


Dah dua minggu cuti persekolahan berlalu. Dua minggu tu juga lah aku buat cekodok untuk sarapan pagi atau minum petang. Tapi selang seli la. Hari ni buat cekodok bilis, esok buat cekodok nestum pulak. Lusa cekodok bawang, tulat cekodok pisang. Kalau tak jumpa cekodok pagi,  jumpa petang. Cekodok, jemput-jemput atau cucuq? Apa-apa aje lah...Asalkan boleh makan. Kalau tak, ada la kedengaran suara "lapar la umi". Nak dengar suara tu? oooo...tak nak...

Tapi kan, aku dah agak dah, kalau hari-hari makan cekodok mesti ada yang cakap "asyik cekodok aje umi ni...". Dan, memang aku dah dengar pun komen tu. "Makan aje la apa yang umi masak". Senang je jawapannya. Tapi dalam hati kesian gak kat budak-budak ni. Asyik makan cekodok aje, muka masing-masing pun dah macam cekodok aku nampak. Mana taknya, dalam masa dua dua minggu ni aku rasa dan 10 kilo ada tepung gandum yang aku beli. Sekali beli 3 paket. Habis beli lagi.

Tak apa la anak-anakku, cekodok umi penuh dengan zat dan khaziat. Mana taknya, dalam ramuan cekodok tu aku masukkan satu tin susu cair, sebiji telur, nestum dan susu pekat (cekodok nestum). Sama juga dengan cekodok bilis, susu cair dengan telur mesti masuk, ikan bilis dan sayur-sayuran. Semua jenis cekodok aku masukkan susu cair dan telur. Mana ada umi lain masak cekodok macam tu...

Satu jenis cekodok je lagi belum cuba. Cekodok brokoli. Terlintas dalam hati nak blend brokoli dan sawi buat cekodok. Nampaknya akan jadilah cekodok hijau kali ni...Tungguuu...

Jumaat, 2 Disember 2011

KAJANG BANJIR KILAT

Ke mana saja aku pergi mesti bersama 'wira' ku. Dia teman setiaku. Ke mana saja aku melangkah dia setia menemaniku. Aku juga setia dengannya. Biarpun dia sedikit tua dan uzur. Di kala hari panas dia memayungiku dari terik matahari. Pabila hujan, dia melindungiku dari basah. Sehati sejiwa bukan?...Tak sia-sia aku memilih mu 'wira' ku untuk menjadi teman hidupku. Kaulah 'WIRAKU'... Tapi hari ni aku hampir-hampir mencederakanmu 'wiraku'. Aku membawamu ke pekan Kajang. Malang tak berbau...


Dalam perjalanan ke kajang hujan turun lebat. Kalau parking kereta kat luar mesti basah ni. Parking bawah la. Aku tinggalkan 'wiraku' di situ. Nak pegi beli ubat untuk mak di farmasi sebenarnya. Beli kat farmasi dalam Metro Kajang la, cakap sorang-sorang. Masa nak naik atas nampak 2-3 orang je yang sedang bayar parking. Takper la, bayar nanti nak balik je. Naik atas terus masuk farmasi tanya ubat yang nak dibeli. Takde katanya. Cuba akak tengok farmasi kat luar mesti ada. Memang la, farmasi yang paling besar kat kajang kat sebelah CIMB tu. Aku jenguk keluar. Hujan lebat sangat. Masuk semula. Allah selamatkan aku rupanya.

Sambil tunggu hujan reda, baik pegi kedai Celcom. Turun bahagian LG kononnya nak bayar bil telefon dan broadband. Tiba-tiba nampak orang tutup pintu besi bahagian tangga turun. Aku tertnya-tanya sendiri. Kenapa ya? Kemudian terdengar pengumuman minta keluarkan kenderaan. Alamak!!!...aku terus berlari. Tak malu dah. Tiket parking pulak tertinggal dalam kereta. Ya Allah...Tuhan saja yang tahu perasaanku masa tu. Daripada orang 20 orang jadi la pulak orang ke 50 yang beratur. Sempat juga sembang dengan orang belakang. Katanya air lumpur dah memenuhi perkarangan CIMB. Ya Allah makin cemas aku rasa. Masa aku jenguk keluar tadi tak ada lagi atau tak perasan. Tak sampai 2 minit beratur, dengar lagi pengumuman: " keluar cepat, keluar cepat, tak payah bayar, tak payah bayar parking"... lagi cemas. Berlari lagi la aku menuju ke kereta. Masa tu air baru ada kat lantai simen. Masa beratur menunggu giliran nak keluar, air dah tenggelam buku lali (nampak orang berjalan kaki). Ya Allah...selamatkanlah 'wiraku'. Ya Allah...Ya Allah...kalimah itu saja yang mampu aku sebut. Tak tahu berapa puluh kali. Kaki dan tangan mengigil-gigil. Air cepat sangat naik. Nampak tayar kereta depan dah mengharung air. Ya Allah...janganlah wiraku semput dan mati di sini...

Sakit rasa dada. Jantung berdenyut kuat sangat kut. Sebanyak-banyak kereta berebut-rebut nak keluar. Ya Allah, aku nampak tayar kereta makin dalam tenggelam. Lamabtnya lagi nak lepas keluar. Lagi pulak aku tinggal wiraku jauh ke dalam sebab nak dekat dengan pintu lift. Takut kononnya. Kereta pulak banyak, masa masuk tadi susah juga mencari tempat yang sesuai. Alhamdulillah, dalam pada bercakap sendirian menyesal pun ada, takut pun ada. Akhirnya sampailah giliran wiraku menyusur keluar bangunan Metro Plaza. Masa tu la nampak air laju sangat masuk bawah bangunan. Rasanya kalau jalan kaki boleh hanyut. Macam air terjun. Pusing ikut belakang kedai Dzul de Classic, jem giler. Kalau ikut jalan tu mesti sangkut ni. Apa lagi, buat dajal la. Sekali sekala takpa kut? Tanpa buang masa aku pusing stering kereta ke kanan, keluar ikut bangunan kedai TNB. Jalan sehala ke kiri. Aku menuju ke kanan. Terus ke jalan Reko. Tergesa-gesa balik bimbang sangkut lagi bawah laluan komuter nak masuk ke Kajang Hill Golf. Biasanya situ air bertakung. Tapi alhamdulillah...takde air pun. 

Rasanya tak sampai setengah jam dalam Metro Plaza. Cepat sungguh air naik. Mana taknya...masa keluar tu baru perasan bangunannya tepi sungai.  Sebelum ni dok dengar cerita orang je kereta tenggelam banjir kilat. Amekau...hari ni nyaris-nyaris berlaku pada diri sendiri. Tapi kan...selalunya tak berani parking bawah bangunan kalau hujan-hujan macam ni. Hari ni pulak tiba-tiba jadi berani gara-gara takut kena hujan. Betul la kata orang malang tak berbau.

CATATAN POPULAR