Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Selasa, 31 Januari 2012

PEMBUGARAN NILAM 2012


 Ucapan Tuan Guru Besar En Mustafa Kamal b Jamlus

 Acara memotog riben perasmian oleh En Mustafa Kamal b Jamlus

 Penyampaian sijil Jauhari & Sijil Rakan Pembaca kepada murid

Penyampain cenderahati & maklumat Nilam & RP kepada guru kelas

Ahad, 29 Januari 2012

28 JANUARI


Semalam, 28 Januari 2012. Hari lahirku yang ke 40. Rupanya dah genap 40 tahun usia ku. Rasa baru semalam aku dewasa. Begitu cepat waktu berlalu. Dah 20 tahun aku meninggakan alam persekolahan. Zaman yang cukup indah. Sarat dengan kenangan manis. Terasa ingin kembali semula ke zaman itu. Maknanya sudah 16 tahun aku bergelar guru. Patut la, dah berapa ramai anak didik ku yang dah berkerjaya. Tak sedar rupanya aku. 

Semalam, rasanya kali kedua aku sambut hari lahirku dengan mengadakan majlis kesyukuran di rumahku. Dulu, kalau tak silap aku 1993, aku sambut di kampung, bersama anak murid KAFA. Mereka yang sediakan kek hari jadi untuk aku. Bila dah kahwin, sambut dengan suami. Dia bawa aku makan di mana-mana saja.

Tahun ni, istimewa sikit majlisnya. Aku masak nasi dagang dan pulut kuning. Aku jemput semua abang dan kakakku, anak-anak saudara. Abangku yang sulong membuka majlis dengan membaca doa selamat. Tak sangka sebenarnya, dia datang dari KB. Kebetulan. Istimewa sungguh majlis aku kali ni.

Lebih istimewa lagi, dapat hadiah hari jadi. Dah 40 tahun pun masih dapat hadiah. Aku tahu mereka semua nak aku merasa bahagia di samping mereka. Mereka nak aku gembira di hari lahirku. Aku hargai semua tu. Ada blaus, perfium, kek dan makanan tambahan. Taukeh blaus bagi hadiah blaus, pakar kek buat kek istimewa untuk hari jadi aku. Kawan baik pulak bagi makanan tambahan untuk kekalkan 'keremajaanku'. Anak buah bagi perfium supaya aku sentiasa wangi. Wah!!!...semua tu nak suruh aku kekal muda jelita tu. Waka waka...

Tapikan...aku tak dapat hadiah dari insan TERISTIMEWA. Sedihnya. Apa pun, aku redha atas segala ketentuan Ilahi. Apa yang Dia berikan adalah yang TERBAIK untuk aku. Itu yang pasti. Insya Allah, segala yang terbaik menunggu ku di hadapan. Aku yakin...

Apa yang melucukan pula, bila mak bersuara. Banyak dapat hadiah hari jadi. Dia pun nak buat juga la majlis hari jadi nanti. Gelak kami semua yg mendengarnya. 

Sabtu, 28 Januari 2012

NASI DAGANG MIX



 Bahan untuk nasi:

1 kg beras lembut 
1/2 kg santan pekat / satu 1/2 hingga 2 gelas santan
garam secukup rasa
5 ulas bawang merah - dimayang
1 inci halia                   - dimayang
sedikit halba

Bahan untuk gulai:

1 kg ikan tongkol hitam (1 ekor sederhana besar)
Asam keping
Gula manisan (nesan) / gula melaka
1/2 kg santan
1 inci lengkuas           - kisar
1/2 inci kunyit            - kisar
3 labu bawang besar - kisar
4 sudu besar cili giling
4 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
4 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan untuk acar:

1 batang timun
1 batang lobak merah
1 labu bawang besar
Garam
Gula
Cuka

Cara masak nasi dagang:

1. Basuh beras dan rendam selama 12 jam. Biasanya kalau saya masak nasi pagi, saya rendam beras dari malam lagi.
2. Sebelum dikukus, rendam sekali lagi beras tadi dengan air panas seketika.
3. Kukus beras yang telah direndam hingga naik wap. Kalau ikut petua emak, sampai nasi tu boleh dilenyek atau pun nasi tu dah melengkung sedikit. Beraskan lurus je.
4. Angkat nasi dan masukkan santan yang dicampurkan dengan air. Santan yang tersangan cair. Biasanya saya ambil air yang saya basuh atau bilas plastik santan. Bila kita tuang santan dalam bekas, masih banyak santan melekat pada plastik. Masukkan air dalam plastik dan goncang2. Air tu la yang digunakan untuk arong (gaul) nasi selepas kukus pertama. Arong nasi tu biar sampai nasi hampir sejuk. Petua orang tua, katanya sampai rasa berat untuk arong.
5. Masukkan nasi dalam kukusan (pengukus) sekali lagi. Letakkan hirisan bawang merah, halia dan halba. Kukus sampai naik wap.
6. Bila dah naik wap, angkat dan arong sekali lagi bersama santan pekat. Jangan lupa santan tu dicampurkan dengan garam. Biar rasa masin santan tu. Kalau nak tahan lama nasi, santan tu dimasak terlebih dahulu.
7. Bila dah siap arong, masukkan dalam bekas yang hendak dihidang. Kemaskan nasi di bahagian atas biar nampak rata.

Cara masak gulai:

1. Bersihkan ikan tongkol dan rebus dengan air yang banyak. Bubuh air biar tenggelam ikan. Masukkan garam, asam keping dan gula manisan secukupnya. Biar sedikit masam dan masin. Kalau nak sedap lagi rebus ikan sehari sebelum masak gulai. Ikan tu akan terasa masam dan masinnya.
2. Mula-mula panaskan minyak dan tumis cili giling atau cili boh sampai masak.
3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan. Jaga2 jangan sampai hangit. Kalau nak sedap lagi, ketumbar kita goreng dan kisar sendiri. Aromanya lagi kuat. Serbuk2 ni sebagai ganti rempah nasi dagang Terengganu. 
4. Bila dah naik bau, masukkan bahan kisar (bawang, lengkuas dan kunyit). 
5. Bila dah masak bawang, masukkan bancuhan serbuk kari ikan. Tambahkan sedikit air supaya bahan-bahan tadi betul-betul masak.
6. Masukkan santan dan air rebusan ikan. Biarkan ia menggelegak agak lama. Kalau ikut orang terengganu sampai satu jam. Tapi pada saya sampai santan tu masak dan pecah minyak. Kalau kering tambahkan air.
7. Bila santan dah masak, masukkan ikan yang direbus tadi. Biarkan ia menggelegak dalam tempoh masa yang agak lama juga. Masukkan sedikit lagi gula manisan. Masin dan masam rasanya dah cukup sebab kita dah guna air rebusan ikan. Cara masak gulai ni memang lama. Bila kita makan, agak-agak tulang ikan pun boleh hancur.

Cara buat acar:

1. Potong timun dan lobak merah secara memanjang. Timun sedikit besar dan carrot halus-halus.
2. Mayang bawang besar.
3. Kacau gula, garam dan bawang bersama cuka. Kacau sampai gula hancur.
4. Masukkan hirisan timun dan carrot. kacau hingga sebati.


Selamat mencuba resepi nasi dagang saya. Nasi dagang kacukan. Nasi dagang Kelantan sebab warna merah, tapi gulai Terengganu. Kalau nasi dagang Terengganu putih je, dan kalau gulai Kelantan pulak macam gulai ikan biasa aje. Jangan bimbang, tak mabuk pun... Kalau orang mix lagicantik...hihi

Rabu, 18 Januari 2012

PULUT KUNING + RENDANG PARU



Semalam, ada kawan tempah pulut kuning dan rendang. Katanya sempena anaknya khatam al-Quran. Aku setuju aje. Tapi katanya nak makan jam 8 malam. Apa lagi, balik sekolah terus mulakan projek. Rendam beras pulut, kupas bawang dan ramuan untuk masak rendang. Pastu blend. Lepas siap semua bahan-bahan aku mula kukus pulut. Bila pulut dah masak, aku mula menumis bahan-bahan rendang. Sambil tu aku baru nak potong dagingnya. Pendek cerita lebih kurang jam 7.30 masaklah rendangnya. 

Sakit pinggang jugak la aku semalam. Maklum la, nak siapkan 3 kg pulut dan 3 kg rendang. Sorang diri. Masa pulak tu suntuk sesangat. Bila semua dah masak tu, aku letak atas meja makan. Tu je pun tempat yang paling strategik untuk letak makanan. Maklumlah 'rumah besar'. Anak-anak aku apa lagi, merengek-rengek minta nak makan pulut. Penat memujuk. "Nanti umi masak pulut kita". Memang biasanya pun kalau ada tempahan pulut dan rendang, aku terpaksa masak bahagian aku sendiri. Aku tak usik sedikit pun tempahan orang tu. Tepaksalah aku masak dua kali. Sampai jam 12 malam tadi barulah rendang aku masak. Tapi pulut sekejab je. Sempatlah si kenit tu makan pulut sebelum tertidur. 

Jadi, hari ni, berpeluang la aku ambil gambar penuhkan koleksi masterchef aku. Oleh kerana hujan lebat, siap petir, guruh dan ribut, aktiviti kokurikulum dibatalkan. Maka berkesempatanlah aku update blog. Sejak buka sekolah ni, aku tak pernah buka blog.

Ahad, 15 Januari 2012

MINGGU TRANSISI 2012

Setiap tahun







Khamis, 5 Januari 2012

FARHAN @ SMU(A) BADANG






Ahad, 1 Januari 2012

AMBANG 2012


Hari ni sebenarnya kami adik-beradik berkumpul di Putrajaya, rumah kakak aku. Esok 1 Januari 2012 anak kakak aku yang bongsu akan bertunang. Tengah sibuk menyiapkan barang-barang hantaran pertunangan, aku bersuara nak pergi tengok bunga api kat jambatan depan PICC tu. Tak sangka pulak ada yang setuju. Jadinya berduyun-duyun la yang mengikutnya. Hak tua semangat nak pergi, apatah lagi yang muda...


Ini je gambar bunga api yang sempat aku snap. Kami sampai tepat pada waktunya. Tapi susah nak park kereta. Jadinya bunga api meletup kami masih dalam kereta. Melepas laal-hasilnya. Abang aku kata ambil je la gambar lampu kat jambatan tu...takut nanti kempunan, balik rumah nanti menangis...hahaha


Al-hasilnya, kami bergambar aje la. Bunga api dah takder. Bajet kurang kut.  Apa-apa pun kami dapat keluar sambut tahun baru. Santai-santai macam ni pun jadi la kan!!! Aikkk...mana anak-anak aku yang lain? Sorang aje ni...Biasa la yang besar hilang berlari-lari main tepi tasik tu.


Wah...best melepak malam-malam, orang lain sibuk kat rumah. Ala...rileks la. Bila lagi nak curi tulang. Lagi pun kerja aku dah siap. Aku dah masak puding "Triffle". Gerenti hangpa semua berebut. Memang pun, lepas balik mengendap bunga api habis satu dulang. Tinggal satu dulang lagi untuk esok. Haaa...takper la kalau melepak pun malam ni. Semangat tu nak sambut awal tahun.

Haaa... ni dia. Mak sedara diapit anak sedara. Yang baju hitam tu menantu. Alamak dah dapat menantu? Isteri anak sedara aku. Yang baju pink ni pulak anak sedara aku. Kak Pija...tinggi lampai macam mak sedara dia. 

CATATAN POPULAR