Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Ahad, 28 Oktober 2012

AL-KISAH MALAM IDUL ADHA


Tiap kali raya aku mesti balik ambil anak di asrama. Cuti tujuh hari tu habis untuk perjalanan ambil anak.  Tahun ni pun sama. Cuma yang tak samanya aku balik malam raya. Selepas solat Maghrib Isyak (jamak taqdim) kedengaran alunan takbir raya. Tuhan saja yang tahu sayunya hati waktu tu. Teringat anak-anak yang masih berada di sana. Teringat semua insan yang disayangi. Takpa...pujuk hati. Esok sempat lagi kita beraya bersama. Sebab subuh-subuh hari besok kami sampai la di rumah.

Rupanya tidak. Lebih kurang jam 8.30 malam aku terima SMS dari syarikat bas. Aku baca dan aku faham. Bas yang kami tunggu belum sampai dari KL sebab jalan terlalu sesak. Mana taknya, raya hari Jumaat. Ramai la orang KL balik beraya di kampung sebab bersambung hari Sabtu dan Ahad. Bas kami dijangka tiba jam 12.30 malam nanti. Ya Allah...Lamanya lagi aku kena tunggu. Belum tentu tepat jangkaan tu. Beraya atas bas la kami tiga beranak. Siannya. Hati rasa bertambah sayu. Sedih ditinggalkan di stesen bas. Sedih pulak terpaksa beraya atas bas. Hati ku dah berbelah bagi nak teruskan rancangan balik KL atau nak beraya aje di KB. Serba salah. Anak-anak aku dah nak balik ke bilik semula. Tak nak balik KL dah. Boring katanya. Aku pun.  Tapi kesian pulak dengan tiga orang kat KL beraya tanpa aku. Ya Allah...Tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu. Nak menitis air mata. Sayu, sedih, geram, semua ada.

Tengok la mereka berdua. Tertidur. Mana taknya, jam 10 /11 malam memang waktu tidur. Lebih-lebih lagi penat boring duduk melanguk kat situ. Kalau di rumah ada jugak TV pengubat mata. Habis makan makanan yang aku beli untuk bekal, tidur je la. Aku duduk la melanguk menunggu bas sampai. Nak bercakap bersembang takder kawan. Orang lain saudara-mara yang hantar mereka tak balik. Boleh la lawan bercakap. Aku? Emmm...


Penat tidur sambil duduk, akhirnya tumbang jugak si abang. Tapi tangannya tak lepas pegang beg laptop. Tengok la tu... Aku puas dah dok telek jam. Tak tau berapa ratus kali dah rasanya. Ya la, dari jam 8.30 malam sampai jam 12.00 malam seperti yang dijanjikan. Bas tak jugak sampai-sampai. Sakit belakang aku duduk lama tak bersandar. Semua kaunter tiket dah tutup. Kecuali bas yang kami naik. Rupanya bas 'LIPAT' yang aku naik ni. Bas balik dari KL ke KB dan balik semula ke KL. Aku bercakap sorang-sorang. Kononnya nak sampai awal beli la tiket bas ni. Rupanya makin lambat. Bas lain semua dah bergerak ikut masa.

Jam 12.45 baru la sampai bas kami. Katanya bas  dari KL belum sampai, tapi bas ni dari Rantau Panjang. Apa-apa je lah. Lebih kurang jam 1.00 pagi kami bertolak ke KL. Terus aku tertidur. Mengantuk ada penat apatah lagi.

Kami sembahyang Subuh kat mana tau? Di Merapuh. Biasanya bas berhenti makan jam 2.00 pagi kat situ. Tapi hari ni subuh baru sampai situ. Ya Rabbi...kul berapa la aku nak sampai rumah ni? Itu je la kalimat yang aku ucapkan. Lepas selesai semua bas bertolak meneruskan perjalanan ke destinasi. Aku tidur lagi. Sedar-sedar jam 8.30 pagi. Aku jenguk ke luar. Baru di Raub. Aku nampak orang ramai berpakaian baju melayu dan bersongket. Mereka menuju ke masjid. Oh...mereka nak pergi menunaikan solat sunat Idul Adha. Kami??? Melepas la tahun ni. Nasib-nasib...

Khamis, 25 Oktober 2012

PENGALAMAN JADI MC


Boleh percaya ke??? Bak kata Dato' Siti Norhaliza...PERCAYALAH... Jangan tak percaya. Baru dua minggu aku bertugas di sini aku dah pun diberikan tugas yang amat berat bagi aku. Mana taknya, aku ditugaskan menjadi pengerusi majlis bagi acara peringkat daerah. Bila 'bos' arahkan aku jadi MC aku angguk je la. "Sami'na wa ato'na". Masa tu aku terus berdoa supaya aku diberi kekuatan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Insyaalah...

Pendaftaran GPB
Guru Penyelaras Bestari
KUICT dan PTP1
Pengerusi Majlis

Bukan tak pernah jadi MC. Selalu. Tapi di peringkat sekolah je la. Depan anak murid. Apa nak takut budak-budak je. Berleter pun laju. Majlis kali ni lain. Mesyuarat guru-guru penyelaras bestari peringkat daerah lagi. Orang-orang yang begitu asing bagi aku. Bukan makhluk asing tau!... 

Tengok tu, dalam dewan pun sempat lagi mereka-reka pantun. Yang paling susah ialah macam mana nak buat ayat nak ulas ucapan-ucapan yang disampaikan oleh perasmi atau penceramah. Ya Allah...sungguh mencabar. Inilah pengalaman pahit yang manis bagi aku. Apa pun Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Berkat doa, usaha dan ikhtiar.

Rabu, 24 Oktober 2012

TRW vs ATM











Isnin, 22 Oktober 2012

BENCHMARK KE BTPN N9










Jumaat, 19 Oktober 2012

RINDU SI DIA

Dalam kesibukan bersama rombongan BTPN ke N9, tiba- tiba dalam kesunyian malam begini aku dibuai rasa rindu. Rindu padanya. Entah mengapa. Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Di mana dia sekarang? Dia buat apa sekarang? Dia bersama siapa sekarang? Macam-macam persoalan bermain difikiran. Adakah si dia juga merindui ku disaat ini?



Rabu, 10 Oktober 2012

YANG BARU-BARU

Minggu ni adalah minggu pertama aku bertugas di tempat kerja baru. Jadi...semuanya pun baru. Kerja baru, pejabat baru, bos baru, kawan baru, suasana baru, persekitaran baru. Pendek kata semuanya baru. Aku je yang lamanya...hihihi

Hari pertama aku masuk kerja bos tak ada di pejabat. Bos berkursus. Jadi kerja aku hanya selak-selak fail. Baca itu dan ini untuk memahamkan kerja baru ni. Hari kedua, pergi meeting. Diberi tugas baru juga. Hari ni hari ketiga. Bos dah ada. Jumpa bos. Berkenalan. Lepas tu meeting dengan bos. Untuk lebih mudah memahamkan skop kerja aku, bos bawa aku pergi memantau. Ooo...ini rupanya tugas aku. Bukan senang dan bukan juga susah. Terima kasih bos atas kepercayaan dan tunjuk ajar bos pada saya. Insyaallah saya akan buat segala yang terbaik. Ya Allah...jadikanlah aku pekerja yang terbaik untuk majikan ku. Aminnn...

Pengalaman di sekolah bersama pusat sumber selama empat tahun sedikit sebanyak membantu aku dan memudahkan aku faham skop tugas aku di sini. Terutama pasal NILAM. Alhamdulillah. Terima kasih 'J' GPM SKBTK, kerana memberi kepercayaan kepada aku sebelum ini. Tugas yang aku pegang sebelum ni banyak membantu kerja aku kini. 


Selasa, 9 Oktober 2012

SKBTK & SK BUNUT PAYONG


Selepas ke SK Zainab (2), kami menyusul pula ke SK Bunut Payong. Nak melawat Pra Sekolah bertaraf 5 bintang.


Alaaa...siannya rombongan kami terpaksa berjalan kaki masuk ke SK Bunut Payong. Macam rombongan ke rumah pengantin. Tema pakaiannya hitam merah. Tapi tak nampak la pulak dulang-dulang hantaran. Ketua rombongan kami (bapa pengantin) yang depan sekali tu, En Mustaffa Kamal bin Haji Jamlus. Hik-hik-hik...


Tuan rumah pula pakaiannya bertema hitam putih. Yang berbaju batik hitam putih tu la tuan rumah yang sedia menyambut kedatangan rombongan kami.  Kami disambut dengan penuh mesra. Ramah tamah gitu. Tersenyum senang En Mustaffa Kamal selaku ketua bila rombongannya disambut baik. Ramah mesra orang Kelantan ni. Terima kasih warga SK Bunut Payong kerana sudi menerima dan menyambut baik kedatangan kami.


Selepas jauh berjalan, kami dipelawa masuk ke bilik jQAF. Alhamdulillah...tersenyum lebar cikgu-cikgi SKBTK bila ternampak gelas-gelas yang siap berisi air oren. Masuk-masuk je semua menuju ke meja air. Semua menarik nafas lega selepas dapat minum air. Mana taknya, kami didera pemandu bas berjalan di bawah terik panas matahari. Berapa kilometer agaknya ya? Habis juga air sebalang tu. Tuan rumah pun macam tau-tau kami kering tekak. Dihidangnya air kat situ. Terima kasih sekali lagi...


Guru Besar SK Bunut Payong, Puan Sharifah Rahayah bt Syed Ahmad memberi ucapan aluan dan taklimat tentang Pra Sekolah yang mencapai 5 bintang. Keramahan dann kemesraan yang ditunjukkan oleh kak Pah menjadi bualan dan disebut-sebut oleh warga SKBTK. 



Ucapan balas dari Guru Besar kami En Mustaffa Kamal. Tidak kurang hebatnya. Balik Kajang lepas ni mesti banyak perubahan yang bakal dibuat. Ya la, nak mencapai taraf 5 bintang bukan senang. Selepas ucapan taklimat tuan rumah dan ucapan balas ketua rombongan (tak ubah majlis meminang), kami dibawa melawat kedua-dua kelas Pra dan kelas pemulihan. Memang hebat kelasnya. Ceria, padat dengan bahan. Tak ada langsung ruang kosong. 


Ni la dia taiko-taiko pra. Yang sebelah kanan tu cikgu Azizah salah seorang guru Pra di Sk Bunut Payong. Yang sebelah kiri berbaju merah tu pula taiko Pra SK Bandar Teknologi Kajang cikgu Zainab. Selamat berkenalan la ya. Dan selamat bertukar-tukar idea. Jangan lupa ambil nombor telefon sekali ya!...


Selepas selesai sesi lawatan, kami dihidangkan dengan hidangan makan tengah hari yang cukup istimewa. Nasi yang tersohor di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Nasi kerabu dengan lauk pauknya sekali. Lengkap. Terima kasih sekali lagi warga SK Bunut Payong.


Memang sedap nasi kerabunya. Tengok tu...semua cikgu dan cikgi Bandar Teknologi Kajang tunduk khusyuk menikmati keenakan dan kelazatan nasi kerabu kuning. Kata orang mak mertua lalu ikut belakang pun tak nampak. Memang la dah namanya pun lalu ikut belakang. Kalau nak suruh nampak lalu sebelah depan la.  



Selesai menikmati hidangan makan tengah hari, kini tibalah acara kemuncak. Acara menyerahkan cenderamata (buah tangan) sebagai tanda perkenalan. GB menyampaikan cenderamata yang kami bawa jauh khas untuk SK Bunut Payong. Istimewa dari kami sebagai tanda ucapan terima kasih kerana sudi menerima lamaran kami beberapa bulan yang lepas. Dan kini tiba masanya menerima kunjungan kami. Takder apa sebenarnya, cuma frame gambar cikgu-cikgi SKBTK. Kalau rindu kami renung-renunglah gambar tu ya!...



Ni pula sesi penyampaian cenderamata dari pihak SKBTK kepada En Alim dan En Rostan wakil JPN Kelantan yang sudi mengiringi rombongan kami selama dua hari ke Kelantan. Terima kasih daun keladi kepada encik berdua.

SKBTK @ SK ZAINAB (2)










Isnin, 8 Oktober 2012

CIKGU DI RESTORAN NASI ULAM CIKGU


Luas langkah cikgu. Lapar la katakan...
Wah...hidangan lauk pauk kampung yang menyelerakan
Cikgu Hamid pemilik restoran. Handsome. Makan ulam banyak.
Makan ulam banyak2...awet muda cikgu!...
Baru boleh bergaya, dah kenyang. Alhamdulillah...

CATATAN POPULAR