Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 26 Oktober 2013

TERATAK IDAMAN

Pagi yang mendung. Sesekali hujan renyai membasahi bumi. Suram. Kelam. Bukan sekadar kelam di luar tapi di hati ku jua. Alam ini seolah dapat merasakan perasaanku. Kejab mendung kejab renyai sesekali hujan lebat. Tidak ada langsung cerah sinar mentari. Begitulah kelamnya hatiku. Ada ketikanya hatiku tenang. Tersenyum gembira. Ada waktunya pula jiwaku mendung. Bibir payah mengukir senyuman. Banyak perkara berlegar di fikiran. Ada masanya pula air jernih mengalir deras. Kuyup di pipi. Entah mengapa...

Namun...ada satu perkara yang boleh mengembalikan sinar cahaya di hati. Khayal, berangan-angan, berimaginasi keindahan kampung halaman. Indah. Tenang. Nyaman. Alangkah bahagianya jika rumah pusaka masih ada. Alangkah baiknya jika aku ada rumah di kampung halaman. Alangkah senangnya kalau aku ada rumah seperti ini. Ya Allah...izinkan aku memilikinya...


Tiba-tiba aku tersenyum sendiri. Alangkah antiknya rumah idamanku. Menunjukkan betapa antiknya jiwaku. Tak seperti insan lain yang mahukan banglo mewah tersergam. Sebaliknya aku inginkan rumah sebegini. Indahnya. Belakang dan depannya ada sungai yang mengalir. Ahhhh... Tak terucap dengan kata-kata. 

Khamis, 24 Oktober 2013

RASA & RAHSIA HATI


Alhamdulillah...sudah setahun rupanya aku di sini. Kalau dulu tempat ini baru bagiku. Sekarang tidak lagi. Dah setahun. Kalau anak kecik dah boleh berjalan. Tapi aku masih lagi bertatih di sini. Baru nak bersuai kenal. Dalam tempoh setahun ini bermacam ragam manusia ang telah aku hadapi. Pahit dan manisnya aku telan semuanya dengan harapan yang manis itu penyedap dan yang pahitnya sebagai penawar.


Dalam tempoh ini juga pelbagai rasa yang telah ku telan. Pahit, manis, tawar, tak kurang juga yang hambar. Silih berganti. Inilah ujian Allah. Masa mengecapi kemanisan rupanya itu ujian untukku. Allah menguji sejauh mana aku bersyukur kepadaNya semasa menikmati kemanisan itu. Dikala menrasai yang pahitna pula, rupanya Allah sedang mengujiku sejauh mana aku bersabar dalam menelan kepahitan. 

Ahad, 13 Oktober 2013

D'KORBAN 2013




Sabtu, 12 Oktober 2013

MASTER CHEF CILIK



MURAL PSS


CATATAN POPULAR