Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Isnin, 10 November 2014

KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2014



Surat dari JPN dan PPD mengarahkan pihak sekolah melaksanakan KM1M diminitkan atas nama Pn Fadzilah. Tercatat di atasnya Pn Fadzilah sila ambil tindakan. Mengikut perancangan awal KM1M akan dilaksanakan selama tiga hari serentak seluruh Malaysia iaitu bermula 4 - 6 November 2014. Walau bagaimanapun terpaksa ditunda kepada 9 - 10 November 2014 kerana cikgu Fadzilah diarahkan berkursus di ILIM Wilayah Timur sepanjang tarikh tersebut. 

Walaupun tempohnya dipendekkan, KM1M berjaya juga dilaksanakan dengan kesungguhan murid dan guru yang terlibat. Tujuh acara dipertandingkan. Antaranya pertandingan mewarna abjad bagi murid tahun 1 dan 2. Pertandingan mewarna poster untuk murid tahun 3. Bagi Tahap 2 acaranya lebih mencabar. Pertandingan Ulat Buku untuk Tahun 4, Pertandingan Big Book bagi murid Tahunn 5, Pertandingan Melukis Kulit buku dan Pohon Nilam bagi murid Tahun 6. Kesemua acara pertandingan diadakan pada 9 November 2014. 

Hari kedua adalah hari perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Tak ketinggalan penyampaian sijil dan cenderahati kepada murid yang layak menerima sijil Pengiktirafan NILAM. Majlis dimulakan dengan Membaca Bersama selama 14 minit. Diikuti dengan ucapan persmian dan seterusnya penyampaian hadiah dan sijil. Seramai enam orang murid Tahap 2 yang layak menerima sijil pengiktirafan. Dua orang menerima Sijil Gangsa, dua orang sijil Perak dan dua orang sijil Emas. Tahniah murid-murid cikgu. 

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR