Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 20 Disember 2014

GEGE-GEGOK BERSAMA UAI


Tahun berganti tahun, umi tetap menjalankan tugas yang sama. Tak pernah berubah. Yang berubahnya anak-anak umi. Kalau tahun-tahun yang berlalu mereka masih kecil. Tapi sekarang meeka dah besar-besar belaka. Bila akhir tahun macam ni tugas umi membeli dan menyediakan kelengkapan pesekolahan untuk tahun baru yang akan datang beberapa hari saja lagi. Hari ni entah kali keberapa umi ke KB Mall. Rasanya hari Khamis dah dua kali. Ohhh... hari ni kali ketigalah umi melawat KB Mall. Tujuan yang sama. Membeli kelengkapan sekolah tapi untuk orang yang berbeza. 

Lepas solat Zohor umi turun dari rumah. Hujan agak lebat. Jalan sesak di KB. Mungkin sebab hujan lebat sepanjang hari. Sampai depan KB Mall kereta tak bergerak nampaknya. Alamak... mesti orang ramai nak beli baju sekolah anak-anak. Umi mengomel sorang-sorang. Dua kali pusing jugak la baru dapat parking. Tu pun jauh. Terpaksa meredah hujan untuk masuk ke KB Mall. Masuk-masuk... mak oiiii, ramainya orang. Rupanya orang ramai sedang menungguu kedatangan Us Azhar Idrus. Umi pun boleh tumpang sekaki. Sambil-sambil shopping sekali-sekali menjengah ke ruang tengah untuk melihat program yang sedang berlangsung. Sambil-sambil menunggu kedatangan UAI, ada qasidah, nasyid, tazkiah dan macam-macam lagi. 

Lebih kurang jam 5.30 petang, barulah UAI sampai. Orang ramai sangat. Tak boleh masuk pun. Intai-intai jenguk-jenguk je. Apa pun nasib baik kami belum balik. Sempatlah juga dengar soal jawab orang ramai bersama UAI. Bertambah juga ilmu walaupun sedikit. Alhamdulillah... 

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR