Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Selasa, 29 April 2014

AMALI DI PONDOK NILAM


Jam 4.30  minit petang, tibanya waktu amali solat. Kena pula minggu ni amali sujud dan bacaannya. Sebelum ni waktu amali duduk kelas je.  Ya la, sekadar nak tunjuk cara berdiri betul, takbirratul ihram, rukuk dan iktidal boleh la. 

Teringat pulak PONDOK NILAM ku...buku penggunaan baru je siap. Boleh le jadi guru pertama yang menulis nama. Seronok juga ya, sendiri buat, sendiri tulis nama. Apa salahnya. Sebenarnya bukan itu niat di hati. Keperluan masa tu yang memerlukan murid membuat amali sujud. Di sini la tempat yang sesuai selain dari surau. Boleh la ustazahnya menyelia dan memerhati serta memperbetulkan kesilapan serta kesalahan murid. Murid boleh sujud dengan sempurna di atas lantai. 


Nak balik pun cepat. Tepat je jam 5 petang, ucap terima kasih, bagi salam je murid dah sampai ke pintu pagar. Mak ayah dah lama menunggu. Memang tak salah tanggapan ku. Belum pun sempat habis jawab salam, belum sempat ustazah dengar bunyi "wabarakatu"... murid dah pun berada di sisi motosikal ibu bapa masing-masing. Senyum...


Jumaat, 25 April 2014

PESTA BUKU KELANTAN KALI KE 39






CATATAN POPULAR