Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Selasa, 30 September 2014

UPSR SIRI 2

UPSR dah lama berlangsung. Bermula 9 September 2014 lagi. Berlangsung selama tiga hari. Kertas terakhir ialah Bahasa Inggeris pada hari Khamis 11 September 2014.

Walau bagaimanapun, seluruh rakyat Malaysia khususnya warga pendidik, anak-anak calon UPSR sndiri, tidak ketinggalan para ibu bapa dikejutkan dengan berita soalan Sains bocor dan ditangguh kan kepada 30 September. Anak-anak calon UPSR cuma menjawab dua kertas sahaja pada 11 September 2014 iaitu BI kertas 1 dan 2. 

Malangnya, sebelah petang diwawarkan dalam berita kertas BI juga bocor. Murid perlu menduduki ujian semula pada hari yang sama dengan kertas Sains. Hari ni 30 September. Nampak pada raut wajah anak-anak ketidakcerian. Mereka dah pun bercuti ke pelbagai destinasi pada  cuti pertengahan penggal 2 yang lepas. Selepas seronok bercuti mereka terpaksa mendudki ujiana semula. 

Selasa, 16 September 2014

SELAMAT HARI MALAYSIA


Khamis, 4 September 2014

TIPS UNTUK CALON UPSR

Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi murid-murid tahun 6 akan menduduki UPSR. Tips ini amat berguna untuk dikongsikan bersama. Selamat berjuang dan selamat berjaya bagi semua calon UPSR 2014.

CATATAN POPULAR