Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Khamis, 31 Disember 2015

AGENDA CUTI SEKOLAH 2015

Aktiviti bersama anak-anak penghujung cuti sekolah. 







Ahad, 27 Disember 2015

MAJLIS PERLANTIKAN GURU KAFA 2016





Jumaat, 25 Disember 2015

CUTI-CUTI 2015

Apabila cuti sek bermula, beginilah kebiasaan kami. Bermusafir ke Kuala Lumpur. Sejak kebelakangan ni dunia kami terbalik. Dulu-dulu cuti sekolah je umi drive kereta balik ke Kelantan ditemani anak-anak. Sekarang dah berbeza. Dari Kelantan ke Kuala Lumpur pulak. Rasa rindu anak-anak pada tempat tumpah darah mereka, taman prrmainan mereka, tempat mereka membesar dalam segala kepayahan dan keperitan. Duhai anak, semoga dewasa kelak engkau tak lupa dari mana asal usul mu...

MH1427


KLIA
Pantai Port Dikson
Pantai Bagan Lalang
Restoran Seafood di Bagan Lalang
Berangkat pulang
MH 1402

Rabu, 16 Disember 2015

JADUAL GAJI 2016

Untuk perancangan kewangan dan bajet tahun depan.

Khamis, 3 Disember 2015

MAKHRAJ HURUF





SEJARAH NEGERI KELANTAN

Keturunan Nik, Wan. Tuan, Che, Tengku ( Kelantan, Pattani, Terengganu) bersal dari Syed Hussin Jamadil Kubra. Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama ‘Jiddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban. Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.

Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini ‘tersorok’ dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.

Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan.

Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.

Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.

Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa.

Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.

Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan.

Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.


Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.

RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu. Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong. Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.


Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.

Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji. Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.

BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak.
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawatdan ahli-ahli kaji sejarah.Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.
Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.
Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.
Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.
Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.
(Brikut petikan dari: http://pkrjk.blogspot.com/2007/07/sejarah-kerabat-raja-jembal-kelantan.html)
JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH
Pengenalan
Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.
Sejarah Awal Kelantan
Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.
Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan ‘Medang Kemulan’.
Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.
Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’. Kelantan Abad Ke 15
Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam).
Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.
Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465.
Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah.
Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur.
Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur. Kelahiran Cik Siti Wan Kembang
Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu sepupu Raja Hussin.
Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.
Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.
Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.
Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.
Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.
Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.
Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.
Asal-usul Kerajaan Jembal
Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.
Pertabalan Raja Sakti
Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
Raja Adiluddin (Raja Loyar)
Raja Bahar (Raja Udang)
Raja Omar (Raja Ekok)
Raja Sungai
Puteri Sayu Bari
Puteri Unang Melor
Puteri Cempaka Bongsu
Kelantan Di Bawah Raja Loyar
Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
Raja Omar sebagai Raja Muda.
Raja Sungai sebagai Temenggong.
Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.
Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.
Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah
Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
Namun pinangan itu ditolak.
Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota, sekarang).
Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.
Peperangan Dengan Angkatan Siam
Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
Angkatan Siam mara pula ke Melor.
Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.
Kemangkatan Raja Loyar
Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar
Puteri Saadong Berangkat Pulang
Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
Satu pertengkaran telah berlaku.
Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.
Pemerintahan Raja Abdul Rahim
Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.
Kemangkatan Raja Abdul Rahim
Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
Baginda mangkat di situ.
Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar
Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.
Kedatangan Anak Raja Pattani
Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
Mereka ialah;
Tuan Sulong (Long Sulong)
Tuan Senik (Long Senik)
Tuan Besar (Long Bahar)
Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.
Sultan Omar Mangkat
Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
Baginda mangkat pada tahun 1721
Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.
Raja Kecil Sulong
Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.
Peranan Raja Pah
Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.
Jembal Hari Ini
Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
Suasana itu kekal hingga ke hari ini.
Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal
Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.
*Penulis telah memberi izin dan ehsannya untuk mempaparkan hasil penyelidikan dan pengkajiannya ini dengan (peringatan) bahawa isi kandungannya adalah tanpa prejudis dan prasangka.

TIPS MASUK RUMAH BARU

Tips Duduki Rumah Yang Baru
samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap.

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Selasa, 24 November 2015

CIKGU HAMID NASI ULAM


Cikgu Hamid
Inna Lillahi Wa'ínna Ilaihirajiún...

24 November 2015. Jam 6.30 pagi. Pergi yang tak akan kembali. Seorang guru dan pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu yang tersohor di Kelantan khasnya, dan di seluruh negara amnya telah kembali ke Rahmatullah.  Semoga cikgu di tempatkan bersama orang-orang yang soleh.


Ikhlasnya, pertama kali aku bertandang ke Restoran Nasi Ulam Cikgu pada tahun 2011. Sejak dari itu aku menjadi rindu untuk ke sana lagi dan lagi. Sebabnya... akulah pencinta ulam dan budu. Kalau tak ke Kota Bharu, di Pengkalan Chepa pun jadi. Asal dapat makan nasi ulam cikgu. 

Takziah buat keluarga Allahyarham Cikgu Hamid.

Selasa, 17 November 2015

RESULT UPSR 2015

Alhamdulillah... kalimah keramat itulah yang terpacul keluar dari mulutku yang sekian lama diam membisu. Takut. Bimbang. Risau. Allahu Akbar, Tuhan saja yang tahu. Agak terlewat sebenarnya kami menggunakan khidmat sms. Katanya biarlah rasa terusa dan suspen untuk ambil result seperti biasa. Ikutnya. Tapi bila tiba di sekolah ramai rakan-rakan yang dah tahu result mereka, akhirnya kami akur untuk menggunakan khidmat sms. Lebih kurang sejam kemudian baru dapat jawapannya. Dalam tempoh satu jam tu kami anak beranak diam tanpa sepatah kata. Asyik pandang handphone masing-masing. Tak sabar menanti jawapan sms. Macam-macam perasaan yang datang. 

Tiba-tiba...ting-ting bunyi handphone si abang. RM0.20 UPSR:030805... DA3211... 5A. Keputusan penuh boleh dapatkan di sekolah. Terima kasih.

Alhamdulillah... baru dapat nyawa rasanya. Barulah kami bertiga macam orang ramai lagaknya setelah kaku sekian lama. Si ampunya bacan pun baru nampak cerah dan ceria. Sebelum ni pucat lesi je muka. Syukur Ya Allah. Terima kasih cikgu-cikgu yang telah mendidik Fawwaz selama 3 tahun di SK Datu Hashim 1 sehingga beroleh kejayaan. Tidak lupa terima kasih juga pada semua guru di SK Bandar Teknologi Kajang yang telah mengajar dan mendidik Fawwaz mengenal nombor dan angka. Teima kasih cikgu... Jazakallahu khairan kathira...



DEBAR UPSR 2015



Duhai anak, kau tak pernah tahu... debar hati seorang ibu setiap kali anak-anak memduduki peperiksaan. Lebih kencang lagi disaat keputusan diumumkan. Ya Allah...semoga Engkau makbulkan segala doaku agar anak-anak ku beroleh kejayaan cemerlang. Khususnya untuk keputusan UPSR yang bakal diumumkan esok. 

Sabtu, 14 November 2015

TRIP KE UTARA




Selasa, 10 November 2015

Khamis, 24 September 2015

RUMAH TERBUKA EIDUL ADHA





Rabu, 23 September 2015

BERCUTI DI SUDARA BEACH RESORT







Sabtu, 19 September 2015

KATA HATI

Selasa, 8 September 2015

HARAPAN UPSR 2015


2015...giliran Syamil IV menduduki UPSR. Macam biasa, macam tahun-tahun sudah, anak exam umi yang lebih-lebih berdebar. Ampunya badan selamba menanjang. Apa pun doa dan harapan umi agar Syamil IV beroleh kejayaan dapat 5A sama dengan Syamil I dan Syamil III. Usaha yang sama, doa yang sama, harapan juga sama. Umi tidak punya harta berjuta untuk ditinggalkan kepada anak-anak umi. Apa yang umi mampu sekadar memberikan yang termampu untuk anak-anak umi menuntut ilmu dunia dan akhirat. Semoga Allah memberi kejayaan kepada anak-anak umi...Insya Allah...

Khamis, 3 September 2015

MAJLIS RESTU ILMU 2015



CATATAN POPULAR