Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Rabu, 28 Disember 2016

TRIP TO TER






Selasa, 27 Disember 2016

PROJEK DOBI



Ini projek makcik bermula musim hujan tahun ni. Al-maklumlah, musim cuti sekolah semua anak-anak makcik berkumpul kat rumah. Rumah pulak terhad kawasan jemurannya. Kalau basuhan biasa kat rumah kena jemur untuk kering. Tak muat jemur di luar, sidai di segenap kerusi supaya kena angin kipas. Silap-silap yang dijemur dalam rumah lagi cepat kering dari ampaian. Sebabnya cuasa mendung tak pun hujan sepanjang hari.

Kalau basuh kat sini makcik terus keringkan. Siap lipat sebelum bawa balik. Lebih kurang sejam pakaian yang dibasuh dah kering.

Biasanya makcik datang sini waktu pagi. Orang tak berapa penuh macam ni. Penuh tempat duduk yang disediakan. Tukang dobi makcik tu terpaksa duduk atas lantai. Kesian kan...






Isnin, 26 Disember 2016

PERTANDINGAN BOWLING 2016




Selasa, 20 Disember 2016

PELAPORAN PENTAKSIRAN PT3 2016



GALERI NOOR ARFA BATIK

Percutian akhir tahun memang betul-betul akhir tahun. Kali ni kami datang sendiri anak-beranak. Pandu sendiri. Luas la langkahnya. Apa lagi, waze la mana tempat yang nak pegi. Apa kata kita ke Noor Arfa Batik. Jom waze...


Dengan senang hati Mr Waze membawa kami ke destinasi. Umi sibuk menjelajah. Anak-anak boring. Ada yang ketiduran. Ada juga yang leka dengan game. Biasalah umi kalau tak meninjau tak sah. Pusing puas-puas baru beli. Mana tau berkenan terus beli, tengok-tengok ada lain yang lagi berkenan. So, jalan selamat pusing dan tinjau habis-habisan dulu. 



Sebenarnya, yang dibeli tu yang jatuh cinta pandang pertama. Mahal ke murah ke hati dah suka. Memang betul la kata orang yang "CINTA ITU BUTA". Memang buta hati la bila tengok yang kita berkenan. Bikin susah hati. Tapi bila membeli pilih yang puas hati.

Alang-alang datang jauh-jauh, beli la sepasang kain batik untuk kenangan. Itu untuk uunya. Anak-anak takkan nakk beli baju batik. Mana la dia orang pakai. Umi belikan mereka sehelai sorang kain pelekat Noor Arfa. Bukan kain pelekat biasa tau. Cantik-cantik. Lembut lagi. Tak rugi la pendek kata beli untuk anak-anak. Hadiah penat menunggu. Penat mengomen, "umi beli kain sepasang je tapi pilih berjam-jam". Itulah umi, kalau tak cerewet bukan umi namanya...


Lepas membeli dan membelah gudang, kami ambil peluang bergambar kenangan di gudang Noor Arfa Batik. Saja suka-suki anak-beranak. Ada masa ada rezeki kita datang lagi...


MTQSS 2017

Tajuk-tajuk serta jadual pelaksanaan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Sekolah Rendah 2017.

Alhamdulillah Kelantan menjadi pilihan menjadi tuan rumah peringkat kebangsaan.

Semoga bermanfaat kepada semua para ustaz dan ustazah.

Isnin, 19 Disember 2016

TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT

Cuti sekolah dah tinggal beberapa hari saja lagi. Kami baru berkesempatan untuk bercuti. Kali ni kami pilih destinasi yang dekat je. Almaklum la umi kena drive sendiri. 


Destinasi pilihan kami kali ni di Terengganu Equestrian Resort. Maklumat tentang resort ni dapat dari kawang-kawang Ganu sama sekolah. Teruja nak datang sini. Bila dah sampai petang tadi rupa-rupanya resort ni kami dah datang 6 tahun lepas. Masa tu bersama rombongan SK Bandar Teknologi Kajang bawa anak-anak didik selepas UPSR. Apa pun anak-anak seronok. Sebab masa 2010 dulu yang datang kami bertiga je. 





Khamis, 8 Disember 2016

RESTORAN KAPAL TERBANG

Sbnrnya dah bbrp kali aku makan kat RKT ni. Tiap kali rasa penat serabut otak rasa padat, aku pegi la makan kat sini. Selepas pesan menu yang aku nak aku tenung ikan2 yang cantik sambil mendengar deruan air terjun. Tak ubah rasa macam aku sedang duduk di jeram. Tenang nyaman aman tenteram semua dapat aku rasa.


Ahad, 6 November 2016

CUTI-CUTI KE PANGKOR

Cuti Deepavali lama jugak. Kami ambil peluang untuk bercuti ke Perak. Menginap di Lumut. Lamanya tak dating ke sini. Dah 20 tahun lebih. Zaman maktab dulu 3 ke 4 kali juga ke sini. Lumut-Pangkor ni tempat kami ahli kelab Teknopen berbengkel. Buat pengambaran dan fotografi mesti ke sini. Selepas sekian lama tinggalkan zaman student, inilah kami pertama melangkah dan menjejakkan kaki ke sini.
Teluk Batik

Marina Island

Teluk Nipah

Kota Belanda

Membeli-belah ikan kering

Ahad, 11 September 2016

QURANHOUR

Satu jam bertadabbur bersama seluruh dunia. Jom mengaja beramai-ramai. Moh ler kiter ngaji...

Khamis, 2 Jun 2016

NIAT SOLAT JAMAK & QASAR




JADUAL UPSR 2016

CUTI-CUTI DI AGRO RESORT SETIU

Alhamdulillah, Allah kurniakan umi diberi rezeki untuk bawa body guard umi bercuti lagi.







CATATAN POPULAR