Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Selasa, 27 Disember 2016

PROJEK DOBI



Ini projek makcik bermula musim hujan tahun ni. Al-maklumlah, musim cuti sekolah semua anak-anak makcik berkumpul kat rumah. Rumah pulak terhad kawasan jemurannya. Kalau basuhan biasa kat rumah kena jemur untuk kering. Tak muat jemur di luar, sidai di segenap kerusi supaya kena angin kipas. Silap-silap yang dijemur dalam rumah lagi cepat kering dari ampaian. Sebabnya cuasa mendung tak pun hujan sepanjang hari.

Kalau basuh kat sini makcik terus keringkan. Siap lipat sebelum bawa balik. Lebih kurang sejam pakaian yang dibasuh dah kering.

Biasanya makcik datang sini waktu pagi. Orang tak berapa penuh macam ni. Penuh tempat duduk yang disediakan. Tukang dobi makcik tu terpaksa duduk atas lantai. Kesian kan...






Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR