Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Ahad, 1 April 2018

KITARAN PDPC

Bagi merancang PdPc, guru perlu mengetahui kitaran (proses) sesuatu PdP itu.

Kitaran PdPc ialah:

1. SET INDUKSI
Guru perlu mengenal pasti set induksi yang sesuai dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan.

2. PENYAMPAIAN ISI PELAJARAN yang terdiri daripada:
i. PENERANGAN
ii. AKTIVITI MURID sama ada penerokaan atau perbincangan
iii. PEMBENTANGAN

Kedudukan antara aktiviti ini boleh berubah mengikut kesesuaian.

3. PENILAIAN
Pengukuran untuk melihat kemampuan murid menguasai isi pelajaran.

4. PENGUKUHAN, PENGAYAAN atau PEMULIHAN

5. RUMUSAN
Kaitkan dengan pelajaran akan datang atau pelajaran lain atau nilai dalam kehidupan atau kepentingan pelajaran tersebut dalam kehidupan.

Saya kongsikan secara ringkas LANGKAH PDPC yang boleh ditulis.

LANGKAH PDPC:

1. Murid bersoal jawab tentang video semangat kejiranan yang ditonton dan mengaitkannya dengan objektif PdPc.

2. Murid secara berkumpulan dibenarkan bergerak untuk meneroka maklumat di 4 stesen yang disediakan oleh guru untuk mendapatkan isi penting dan isi sampingan.
  - Stesen 1: E-book
  - Stesen 2: Laman web (tablet)
  - Stesen 3: Gambar
  - Stesen 4: Keratan majalah

3. Hasil kerja murid dicatat pada kertas mahjong dan dibentangkan secara Gallery Walk dan setiap kumpulan perlu menyemak dan menilai hasil perbincangan rakan. (Pentaksiran/TP)

4. Murid mendengar penerangan pembinaan perenggan isi oleh guru dan sesi soal jawab.

5. Murid menjawab soalan kuiz untuk mengenal pasti jenis ayat dalam binaan perenggan isi menggunakan Plickers.

6. Murid melengkapkan LPG penulisan perenggan secara individu. (Pentaksiran/TP)

7. Murid membuat peneguhan dan rumusan pelajaran bersama dengan guru.

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR