Halaman

Sabtu, 31 Mac 2012

KERINDUANKU...

Ku duduk di bangku keseorangan mengamati suasana dingin rintisan hujan. Saat ini jiwa ku kian bergetar menahan rasa rindu yang kian berlabuh pada mu kasih. Adakah engkau di sana turut merasakannya jua??? Adakah engkau bisa merasakan etaran rinduku??? Hatiku dipanah rasa,mindaku disik bayanganmu, dan setitis haruman kasihku mewangi tanpa sedar. YA TUHAN...jika rasa ini hadir atas izin Mu, maka halalkanlah rasa rindu ini, lindungilah kasih sayang antara kami, bantulah kami mengharungi perjalanan cinta ini dan bimbinglah kami dalam mencari keredhaan MU...





e-GTukar

Cikgu dan cikgi yang berminat untuk memohon bertukar ke mana-mana negeri atau daerah boleh mula online 1 April 2012. Semoga kali ini nasib menyebelahi kita. Kali ni adalah kali ketiga aku membuat permohonan bertukar ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Negeri kelahiranku. "Ya Allah...perkenankanlah doa dan permohonan ku kali ini. Izinkan aku berpindah ke Kelantan. Dan...jadikanlah Kelantan tempat yang terbaik untuk kehidupanku sekeluarga. Aminnn...". 

e-GTukar


Jumaat, 30 Mac 2012

KURSUS PERTAMA 2012

Semalam 29 Mac 2012. Aku hadiri Kursus Kepengadilan Bola Jaring Daerah Hulu Langat di SK Dusun Nandin. Inilah kursus pertama aku untuk tahun ni. Seronok. Dapatlah aku tahu serba sedikit tentang undang-undang bola jaring. Ada teori dan praktikal. Priiiitttt...

 Yang baju merah tu la penceramah. Puan Nahdatul Salwa bt Mohd Zaki. Seorang pengadil bola jaring peringkat kebangsaan tu. Hebatkan!!! Beliau juga seorang guru dan mengajar di SK Taman Rakan. Hebat penyampaian dia. Tak membosankan. Mudah faham. Priiiittt...

Gamabar ni aku ambil semasa sesi minum petang. Sambil tu Pn Wawa buat ulasan tentang pencapaian kami semasa sesi amali atau praktikal di padang. Katanya suara kena jelas. Jangan berbisik dengan tiang. Tu yang semua dok gelak tu...

Sempat jugak aku bergambar. Buat kenangan. Kat padang tadi tak sempat. Maklumla...seronok main bola jaring. Hihihi...Tak sampai sepuluh minit pun main. Yang lama tu tengok orang lain main. Tapi sekurang-kurangnya masa main tu la aku dapat lupakan segala masalah. Tengok tu...merah padam muka aku. Mana taknya, panasss...Priiiittt...

Khamis, 29 Mac 2012

JAMUAN KESYUKURAN KTQ DAERAH

Alhamdulillah...orang kuat Panitia Agama Islam menarik nafas lega atas kemenangan kumpulan nasyid dan hafazan di peringkat Daerah Hulu Langat. Sekaligus mewakili daerah ke peringkat negeri. So...Ketua Panitia mengadakan sedikit jamuan kesyukuran bagi meraikan kejayaan murid-murid. Cikgu-cikgu tumpang sekaki la. Apa pun terima kasih la ya Puan KP kita...Terima kasih daun keladi, lain kali...(sambung la sendiri pantun ni...)




Rabu, 28 Mac 2012

BENGKEL ADAP BERSAMA UTUSAN

Merupakan aktiviti serampang dua mata iaitu melibatkan NILAM dan menjana kecemerlangan akademik murid menerusi penggunaan akhbar dalam bilik darjah. Ia juga merupakan salah salah usaha menyemai tabiat membaca dengan menjadikan akhbar utusan sebagai medium ilmu pengetahuan tanpa sempadan. Sisipan AdaP yang diperkenalkan diharapkan dapat digunapakai dalam proses P&P sebagai bahan sumber latihan di rumah tanpa memerlukan kos yang tinggi.







Setinggi-tinggi penghargaan buat team Utusan yang diketuai oleh En Fahmi iaitu Eksekutif Kanan Bahagian Pemasaran Utusan Melayu Malaysia Bhd yang sudi menerima pelawaan untuk bekerjasama buat kali yang ketiga di SKBTK.

Isnin, 26 Mac 2012

HARI JADI NADHIRAH

Nadhirah ni cucu sulung. Adoi...dah ada cucu ke aku ni? Cucu saudara la. Cucu saudara sululung dari anak saudara sulung, anak abang aku yang sulung. Panjang ceritanya, tiga kali sulung.  Hari ni hari jadinya yang ke 6. 

Inilah Nadhirah. Macam puteri. Pemalu dan pendiam orangnya. Selamat hari lahir kakak...Sebelah tu sepupunya Alia. Anak saudara aku jugak. Bila bercakap laju tapi pekat Gganu. Doh nnape Alia ccakak ggitu? Dok pahang Tok Su...aku selalu usik Alia.

Ni emak aku dengan cucu-cucunya sedang santap nasi kerabu. Nasi kerabu tu aku yang masak. Anak saudara aku minta tolong masak nasi kerabu untuk seratus orang. Kelam kabut aku menanya orang berapa banyak nak masak. Aduh banyaknya...10kg. Dalam keadaan otak serabut, jiwa kacau, aku masak juga. Sekurang-kurangnya aku boleh lupakan seketika 'keserabutan itu' waktu aku sibuk. 

Yang ni pulak anak-anak, anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara aku. Yang 'besar-besar' tu anak saudara la.  Majlis dah nak bermula. Acara memotong kek hari jadi...

Wahhh...ada cabutan bertuah untuk kanak-kanak. Tengok anak-anak aku, serius mukanya, tengah tunggu nombor masing-masing disebut.

Haha... baru boleh senyum. Dah dapat hadiah. Yang bertuah dapat hadiahnya besar sikit. Yang nombornya tak bertuah pun dapat jugak, tapi kecik sikit la barangnya. Cabutan bertuah untuk dewasa pun ada. Aku dapat sudu dan garfu. Best kan??? Tapi gambar aku takder ler...Terima kasih Along...Ni la anak saudara sulung aku. Anak abang aku yang sulung. Macam anak dara lagi...hihi

Ahad, 25 Mac 2012

PADA SIAPA NAK KU MENGADU???


Ya Allah...
pada siapa nak ku mengadu?
Mengapa hidup ku sering dirundung malang?
Tidak adakah ruang bahagia buat ku?
Aku ingin hidup bahagia
seperti insan lain...
sungguh hebat ujian Mu untukku
tapi aku redha Ya Allah...
kerana aku beriman dengan qada' dan qadar Mu...
cuma...
harapan ku pada Mu Ya Rahman
kasihilah aku sayangilah aku
dengan Rahman dan Rahim Mu...
berilah aku peluang
untuk mengecapi kebahagiaan
sebagaimana hamba Mu yang lain...
cukupkanlah ujian Mu terhadapku...
aku sudah tidak mampu menghadapinya
aku tak mampu lagi mengharunginya
aku bimbang aku kalah...
aku takut aku akan rebah
TERSUNGKUR di bumi Mu...


JOHAN KTQ DAERAH

Dalam pertandingan peringkat Zon Semenyih bulan lepas, SKBTK meraih pingat JOHAN dalam tiga acara. Iaitu nasyid, bercerita kisah al-Quran (L), dan hafazan (P). Pertandingan peringkat daerah telah berlangsung semalam. Dan SKBTK mewakili Zon Semenyih. Dalam ketiga acara tersebut, dua acara mendapat johan iaitu acara nasyid dan hafazan. Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada semua yang terlibat, guru-guru dan murid-murid. Juga kepada semua yang menyokong ke arah kejayaan SKBTK. Dan... ribuan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang memberi sumbangan wang, tenaga serta idea. Syukran Jazilan...

 Johan Hafazan adik Najwa Madihah bt Abd Jalil

 Johan Nasyid Kumpulan As-Syafi

Gambar kenangan Sang Johan 
bersama Guru Besar & GPI/jQAF

Kedua acara ini akan berjuang lagi di peringkat Negeri dua minggu dari sekarang. Yang pastinya, semua warga SKBTK, warga Zon Semenyih serta warga Daerah Hulu Langat akan mendoakan kejayaan mereka. Latihan berpusat akan diadakan di Sekolah Menengah Agama Batu 10, Cheras. Selamat berjuang anak-anak SKBTK bagi mengharumkan nama sekolah. Juga untuk kecemerlangan diri sendiri.

Sabtu, 24 Mac 2012

SEKITAR KTQ DAERAH 2012

Beginilah rutinnya setiap kali kami akan pergi bertarung. Kesungguhan guru-guru Pendidikan Islam & jQAF untuk memastikan anak-anak didik tampil kemas dan menarik, bertenaga dan bersemangat pada hari pertandingan. 

 Persiapan awal sesudah subuh pakaikan sampin

 Siap suapkan madu lagi, nak bagi power

Wah...siap bersolek lagi, macam pengantin

Pesanan & kata-kata semangat dari KP Pn Najihah

Bacaan doa sebelum bertolak

Peserta Hafazan adik Najwa Madihah (Tahun 3)

Kumpulan As-Syafii

Peserta Bercerita Adik Mohd Edzar Naim

Jumaat, 23 Mac 2012

REHEARSAL KTQ DAERAH

Dalam pertandingan peringkat zon yang lepas, SKBTK mendapat johan dalam tiga acara iaitu nasyid, hafazan (P) dan bercerita (L). Sepanjang cuti pertengahan penggal yang lepas, guru dan murid yang terlibat bertungkus lumus berlatih. Pertandangan peringkat daerah akan berlangsung pada 24 Mac 2012. Tinggal sehari sahaja lagi. Dua hari diperuntukkan untuk mereka membuat persembahan di hadapan murid.

 Peserta Bercerita Mohd Ezar Naimb Adenan

 Vokalis Kumpulan As-Syafii

Percusion Sekolah


Pentadbir SKBTK turut sama turun padang memberi sokongan kepada peserta. Kami para guru mendoakan mereka berjaya dalam pertandingan nanti. Cantik aksesori kan?... Itulah tugas yang dipertanggungjawabkan pada Ustazah Fadzilah...

Rabu, 21 Mac 2012

USTAZ NIK JAAFAR BIN HAJI NIK ISMAIL

Seorang tokoh tarannum yang terkenal di Kelantan dan seluruh Malaysia. Bahkan di peringkat antarabangsa. Beliau ialah Tuan Haji Nik Jaafar bin Haji Nik Ismail. Lahir pada tahun 1936 di Kampung Keraak, Bunut Susu, Pasir Mas Kelantan. Perkahwinan beliau dengan ajjah Rafiah binti Sheikh Haron dikurniakan sepuluh orang cahaya mata, iaitu empat lelaki dan enam perempuan. Semua anak-anaknya mewarisi kemahiran bertarannum. Salah seorang dari anak Haji Nik Jaafar yang turut terkenal ialah Ustaz Nik Azizan bin Nik Jaafar.




Selasa, 20 Mac 2012

RINDU NASI ULAM CIKGU


Pertama kali aku makan di restoran Nasi Ulam ni kat Pengkalan Chepa. Setiap kali balik Kelantan aku akan rindu untuk makan di restoran tu. Tapi agak jauh dari bandar Kota Bharu. Ada sekali, teringin dan kepingin sesangat nak makan nasi ulam, aku pegi la makan di cawangan Kota Bharu. Sebelah dengan Bazar Tengku Anis tu. Kali ni, kepulangan ku agak bertuah. Seorang sahabat baik di Kajang ni (Norlaila Mat Nor) janji nak bawa aku makan kat situ. Nak melompat rasanya. Kata orang rezeki jangan ditolak. Dah lama benar tak makan nasi ulam. Maklum la...biarlah ia menjadi kenangan.

Penuh meja dihidangkan dengan makanan kampung yang sungguh istimewa. Ayam kampung goreng, ikan keli (sebesar betis), ulam sepinggan penuh, budu saja dua pinggan. Masya Allah...

Air sirap pula sangat istimewa bagi aku. Nak tau kenapa? Ada telur katak (biji selasih). Masa kecik-kecik, zaman sekolah rendah aku dok minum air sirap selasih ni. Sejuk tekak. Air sirap ni aku sering kali cari pada bulan puasa. Mana jumpa tau? Nun...di Putrajaya. Sanggup tu...

Inilah keluarga Pn Norlaila. Dulunya kami sama mengajar di sekolah lama. Tinggal setaman pulak tu. Bila dia berpindah ke sekolah sekarang, aku ikut pindah selang tiga bulan. Sekarang ni kami berdua berebut-rebut nak balik kampung. Tiap kali isi borang pindah, tiap kali tu lah kami tersenyum hambar. Sebab dah tau jawapannya. GAGAL. 

La Ilaha Illa Allah...Licin. Budu depan aku je tak habis. Alhamdulillah... Terima kasih Muzazah Laila. Itu panggilan istimewa anakku yang bongsu. Kiranya terubat seketika rasa rindu untuk makan di restoran nasi ulam.


YA ALLAH...JIWA KU RESAH LAGI
MENGALIR AIR MATA TANPA HENTI
AMPUNKAN AKU YA RABBI
KIRANYA DOSA-DOSA KU YANG LALU
DERITA YANG TERPAKSA AKU TANGGUNG KINI...

Sabtu, 17 Mac 2012

AKU DAN A&W


Jiwa ku dan A&W dah sebati rasanya. Dari umur ku belasan tahun hingga sekarang umur ku puluhan tahun, pantang nampak A&W jiwaku tersentuh. Ada rasa rindu, ada rasa sedih, ada rasa kesal, pendek kata ada macam-macam perasaanlah. Aku mula berhijrah ke KL ni tahun 1993. Sekarang 2012. Hampir 20 tahun. Tapi tiap kali aku balik ke kampung halaman tak pernah aku lupa untuk singgah makan di sini. Bersama keluarga atau seorang diri. Lebih-lebih lagi kalau nampak bangunan ni...

Petang tadi, selepas aku hantar anak-anak aku ke asrama, aku turun teksi di bandar KB. Aku lalu depan bangunan ni. Tiba-tiba saja hati aku sebak. Tak dapat aku tahan. Sampai seorang anggota polis yang sedang bertugas di sekitar situ menegurku. Ya Allah malunya aku rasa. Aku tak sengaja. Tanpa aku sedar. Perasaan itu datang sendirinya. Memori oh memori. Suka dan duka, semuanya bermula di sini...

Akhirnya, aku masuk ke dalam bangunan tu. Aku beli burger untuk makan malam aku. Burger oh burger...dulu aku malu nak makan burger. Tapi sekarang ok dah...


Sabtu, 10 Mac 2012

PASUKAN ANGKLONG SKBTK

Tahniah diucapkan kepada Ckgu Nazlie, Sir Shamsul dan Ustaz Faizal kerana telah berjaya melatih murid untuk membuat persembahan pada 8 Mac 2012 yang lepas, sempena Program Pembudayaan Patriotik Membentuk Integrasi Nasional Dalam Memantapkan Jati Diri Rakyat Malaysia di Ampang. Sekalung TAHNIAH juga diucapkan kepada semua murid kerana telah berjaya membuat  persembahan Angklong. Lagu yang dimainkan ialah lagu "Kemegahan Negaraku" dan "Tanah Pusaka".








Jumaat, 9 Mac 2012

PROGRAM PEMBUDAYAAN PATRIOTIK 1MALAYSIA


Program Pembudayaan Patriotik Membentuk Integrasi Nasional Dalam Memantapkan Jati Diri Rakyat Malaysia adalah anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pejabat Penyelaras Parlimen Ampang. Program ini telah  diadakan di Dewan Dato Seri Mufti Shuib, Bangunan UMNO Bahagian Ampang pada 8 Mac 2012. Sekolah-sekolah daerah Hulu Langat telah dijemput untuk membuat persembahan, termasuklah Sekolah Bandar Teknologi Kajang. Seramai 21 orang murid dipilih.

Barisan VIP

Tarian Cina 

Tarian Inang 

Persembahan Boria SK Taming Jaya

Persembahan Angklong SK Bandar Teknologi Kajang

Persembahan Dikir Barat