Halaman

Ahad, 25 November 2012

SABAR ITU MENENANGKAN


ALLAHU RABBI...


♥ Ujian & Cubaan Hidup ♥

Ketika termenung memanjatkan doa kepada Allah, curah kepadaNya.
'Ya Allah, begitu berat ujian hidup ini.
Air mata mengalir tanpa terasa. Dada terasa sesak, nafas terasa berat. Bahu seolah tidak sanggup memikulnya. Kaki tidak sanggup untuk bertahan. Lembik.

Berserah diri kepada Allah mampu menghilangkan segala keluh kesah dan akhirnya membuat jiwa kita menjadi tenang kerana menyerahkan segala urusan kehidupan hanya kepada Allah yang membuat hati kita merasa tenang dan tenteram.

Hanya kepada Allahlah kita berharap dan hanya kepada Allahlah kita memohon pertolongan. Ujian adalah latihan yang datangnya dari Allah. Setiap kali ujian hadir menghampiri beruntunglah bila anda bersabar selama masa latihan dan bertahan sampai lulus melewati semuanya maka kita berhak untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki, Allah akan sentiasa melimpahkan kebahagiaan hakiki bagi siapapun yang mencintai dan taat kepadaNya
Orang yang sabar akan mendapat ketenangan hati. Orang yang sabar akan mendapatkan kebeningan hati.
Juga mendapatkan yang terbaik dalam hidupnya. Jalan keluar dan kelapangan hati ada dalam keimanan dan keredhaan, sementara keresahan dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan kekecewaan sehingga Ali bin Abi Thalib menyebutkan

" Hanya orang yang bersabarlah akan mendapatkan yang terbaik dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala."

Sikap sabar dan kebaikan pada diri seseorang muncul ketika dirinya tertimpa musibah sebab dia akan menjadikan sabar sebagai senjata menghadapi musibah, Kesabaran menjadi kekuatan dan harapan agar mampu melewati musibah. Kerana kesabarannya dia melihat jalan keluar dan pertolongan Allah berada di depan matanya.

Ketika anda berada dalam tingkatan ini, Allah memberikan semua yang diperlukan. Allah menghilangkan semua kesulitan kita. Allah mengabulkan semua permintaan kita dan Allah menyelamatkan kita dari segala kepedihan dan derita di dalam hidup ini.

Ingatlah, Pertolongan Allah hadir menyelesaikan masalah hidup kita dengan cara yang tidak pernah kita duga dan tidak pernah kita sangka sebelumnya. Mari kita berdoa, memohon kepada Allah.

"Yaa Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami, bila kami lalai atau kami melakukan kesalahan.

Yaa Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami dengan beban yang berat sebagaimana beban orang-orang sebelum kami.

Yaa Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.

Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami maka tolonglah kami menghadapi orang-orang yang ingkar."
(QS. al-Baqarah : 286).
aamiin Yaa Robbal'aalamiin
Copy dr FB Mutiara Hati Santapan Rohani. Utk mengubat hati dan jiwa agar sentiasa bersabar menempuh ujian Allah.

Jumaat, 16 November 2012

JUMAAT DI PANTAI IRAMA

Alhamdulillh...pagi Jumaat minggu ni aku berpeluang membawa anak-anak menziarahi pusara ayahanda di kampung. Dah lama kami tak ke sana. Raya puasa dulu lagi. Raya haji tak berpeluang. Cuti-cuti macam ni la masanya yang sesuai.

Selesai baca surah Yasin, kami beransur ke pantai. Nak makan katanya. Aku park kereta dekat dengan masjid. Supaya lepas makan mereka boleh terus pergi solat Jumaat. Mereka pun dah berbaju melayu. Selesai je makan, terdengar dari corong pembesar suara masjid suara ustaz bagi ceramah. Aku terus halau mereka ke sana. Kalau dah ke pantai nanti kotor pulak baju.

Tinggallah aku dengan adik yang bongsu. Tengok kanak-kanak lain main layang-layang tak sampai hati pulak dia tengok saja. Aku belikan satu untuknya. Leka dia main sorang diri. Seronok nampaknya. Sambil-sambil aku menyelia si Fayyadh main layang-layang, sempat juga aku perhatikan orang sekeliling. Ada sekumpulan anak gadis sedang seronok dan leka bermain air. Di hujung sana ada seorang lelaki pertengahan usia asyik memerhatikan mereka. Ayah mereka agaknya. Bila azan berkumandang, si ayah bangun berjalan menuju ke masjid. Naiklah seorang perempuan. Ooo...emaknya. Bisik hati kecil aku. Maklumlah, dari jauh nampak semua sama. Bila dekat baru nampak raut wajah. Tahulah aku si ibu naik untuk menggantikan tempat si ayah. Bisik hati kecilku lagi; 'ooo...patut la aku tak dikurniakan anak perempuan'.

Dah faham satu cerita. Pandangan ku beralih pula ke arah lain. Ada dua tiga orang lelaki bersama anak-anak mereka. Lebih kurang sebaya Fayyadh budak tu. Yang peliknya pulak emaknya tak ada. Si bapak yang menjaganya waktu-waktu macam ni pulak tu. Hati kecilku berbisik: ' yang ni mungkin si ibu yang pergi solat Jumaat dan si ayah yang menjaga anak'. Sebab khatib kat masjid sedang membaca khutbah Jumaat. Kalau pun dia bapa tunggal takkan dia tak ke masjid untuk solat Jumaat. Emmm...entahlah... Macam-macam gelagat manusia yang aku tengok hari ini. Mudah-mudahan aku dapat ambil iktibar dan pengajaran daripadanya.

Sedang aku leka berbisik sendirian, tak aku sedar layang-layang si Fayyadh tersangkut di dahan pokok yang tinggi. Aku cuba tarik. Tapi layang-layang tu tak dapat diselamatkan lagi... Kesian Fayyadh. Selepas selesai menunaikan solat Jumaat, si abang datang ke tempat kami. Berusaha keraslah mereka berempat untuk turunkan layang-layang yang tersangkut tu. Sayangnya tak berhasil. Layang-layang terputus talinya...


Ahad, 11 November 2012

MASA DAN WAKTU

Ada ketikanya masa begitu cepat berlalu. Baru je aku pandang jam di dinding menunjukkan jan 2.00 petang. Pandang sekali lagi jarum dah pun menunjukkan 2.30 petang. Ya Allah...dah setengah jam berlalu. Aku belum buat itu, aku belum buat ini. Aku janji jam 3.00 petang.

Tepat jam 3.00 petang. Itu ini begitu begini sedar tak sedar jam dah pun menunjukkan 6.00 petang. Begitulah cepatnya masa berlalu pergi. Beratnya hati nak terima hakikat waktu itu. Kalau boleh nak sangat jam berhenti untuk seketika waktu. Duhai masa...mengapa kau begitu segera berlalu?  Duhai waktu...mengapa begitu mencemburui ku? Tapi apakan daya. Hati perlu akur dengan pergerakan masa.

Tapi berlainan pula aku rasa hari ini. Terasa lambatnya masa berjalan. Jam, minit dan saat seolah tidak bergerak. Mengapa begitu duhai masa? Tiada siapa yang boleh menjawabnya. Hanya aku yang tahu. Cuma aku yang punyai jawapan bagi soalan itu. Tapi biarlah jawapan itu ku simpan. Kemas di lubuk hati ku.

Cepat-cepat la bergerak duhai masa. Aku dah bosan melihat jam. Berkali-kali aku menoleh ke arah mu. Jarum mu solah berada di tempat yang sama. Tak bergerak. Kaku. Fahamilah aku duhai masa dan waktu...

APABILA ALLAH MENDUGA KITA

Aku tertarik dengan tajuk buku tu. Kali pertama aku lihat buku tu di tangan seorang kawan. Masa tu majlis pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2011. Semua guru dan murid diwajibkan membaca buku selama 11 minit. Jadi, masing-masing cikgu bawa buku sendiri. Aku intai-intai penerbitnya. Tajuknya begitu menarik minat aku. Rasa macam 'kena' dengan aku. Aku ke gedung buku di Alamanda. Nak cari buku tu. Terasa tak sabar nak milikinya. Nak baca isi kandungannya. Alhamdulillah...aku jumpa buku yang aku cari dan yang idamkan.

Baca sinopsisnya saja dah menarik minat dan memikat hati aku. Ku baca dan terus ku baca. Tajuk demi tajuk. Dadaku makin terbuka. Lapang. Tenang. Begitulah kita manusia. Bukan tak tahu sebelumnya. Hikmah di sebalik ujian dan dugaan yang Allah berikan pada kita. Kita tahu, tapi kita lupa dan alpa. Bila ada yang mengingatkan baru kita tersedar semula dari lena kita. Terima kasih pada penulis buku yang banyak memberi ku kesedaran dan ingatan. Terima kasih juga pada kawan yang menemukan aku dengan buku itu.

HATI YANG PILU

Ya Allah...kenapa aku terlalu sensitif? Mudah sangat terasa hati dengan kelemahan sendiri. Kuatkanlah aku Ya Allah...kuatkanlah semangat ku. Tabahkanlah hati ku.

Selasa, 6 November 2012

"JOOMLA" DI BTPN PAHANG


4 - 7 November 2012

Hari Kedua: Pembinaan Portal Wordpress

Hari Ketiga: Joomla
Hari keempat: Sedang aku leka sendiri, tiba-tiba nama aku dipanggil untuk membuat pembentangan tentang hasil kursus empat hari di sini. Joomla pulak tu. Apa lagi. Nak elakkan rasa takut dan gugup aku tunjuk la blog sendiri. Maknanya aku dah pun ada blog dan apa yang aku belajar empat hari ni untuk penambahbaikan. Terima kasih urusetia dan juga penganjur kursus ini.