Halaman

Selasa, 26 November 2013

KDC (KELAS DALAM CUTI)


Cuti akhir tahun sudah pun masuk minggu kedua. Tibalah giliran cikgu Lah bertugas. Hari ni cikgu Lah ditugaskan mengajar murid LINUS. Alhamdulillah...takde masalah. Cikgu Lah kan serba boleh. Dengan penuh semangat cikgu Lah pergi ke sekolah. Biar pun jauh tetap pergi menjalankan tugas demi anak bangsa. Jauh bukan penghalang. Cikgu Lah sampai setengah jam awal. Pun begitu anak murid lagi awal. Bagus. Mereka lagi bersemangat rupanya. Bangga cikgu Lah rasa.


Kelas bermula jam 9.00 pagi. Murid semangat cikgu senang hati. Lepas sorang demi sorang cikgu Lah uji bacaan murid. Mana yang boleh membatang cikgu Lah minta ulang sampai lancar. Mana yang tidak dapat membatang diajar dengan menggunakan teknik 'mengulang' suku kata sampai boleh membatang. Sampai jam 10.30 pagi kelas berhenti rehat.  


Sesi kedua selepas rehat, murid diberikan set permainan seakan 'sahiba'. Mereka menyusun huruf mengikut suku kata yang dibaca. Ya la, murid dah jemu sejam setengah mengadap buku. Cikgu Lah bagi peluang mereka bermain pula. Sambil tu cikgu Lah membimbing murid yang belum boleh membatang. Diulang-ulang. Berkali-kali. Tak dapat juga. Mulalah nak tumbuh tanduk. Contohnya: kaku diaajar membatang, ka ku dibacanya kuku. Dari tanduk lama-lama tumbuh taring. Ya Allah...sabarkan aku...


Setengah jam sebelum kelas tamat, anak murid dah gelisah. Cikgu pun dah nak muntah. Bagi mengelakkan kucing bertanduk, cikgu Lah minta murid yang dah boleh membaca ajarkan murid yang belum boleh membatang. Hati cikgu Lah berbisik sendiri. Hebatnya cikgu LINUS. Sabar dengan kerenah anak-anak ini. Dua-tiga jam sehari bersama mereka. Sungguh penyabar dan sangat penyayang. Cikgu Lah 'tabik spring' pada cikgu LINUS. Tahniah cikgu.

Ahad, 24 November 2013

MAJLIS BERTEMU MATA

Sabtu, 23 November 2013 adalah hari bersejarah bagi pasangan Nurul
Mok & Moksu
Huda bt Romeli dengan suaminya Din. Itu je pun nama yang aku tahu. Yang tercatat pada kad cenderahati. Tarikh ini juga adalah hari pertemuan antara keluarga yang telah lama tidak berjumpa. Dalam masjlis tu pengunjung pertama yang datang adalah ibu saudaraku (satu-satunya adik arwah ayah) yang dikenali dalam keluarga kami sebagai maksu minah. Dah dua tahun kami tak bersua muka. Maksu datang bersama anak sulungnya. Kemudian seorang demi seorang sepupu (anak maksu) datang.


Bersama keluarga Tokcik
Keluarga kedua yang membuatkan kami adik beradik teruja sangat bila bertemu ialah sepupu arwah ayah. Pangkat mak sepupu bagi kami. Anak arwah tok saudara kami. Satu-satunya bapa saudara ayah yang aku kenal. Mana taknya, aku lahir di penghujung waktu. Ramai di peringkat datuk aku dah meninggal. Kali terakhir jumpa dulu pun di majlis kenduri kahwin jugak. Itulah hikmahnya setiap perkahwinan perlu dihebahkan pada saudara mara. Jumput mereka bersama meraikan majlis kesyukuran. Selain dari menjamu selera dapat juga bertemu mata dengan saudara mara ajauh dan dekat. Yang jauh di rapatkan yang dekat dieratkan. Alhamdulillah.

Selasa, 19 November 2013

PERMOHONAN KE MRSM


Assalamualaikum. Result UPSR dah pun keluar. Para ibu bapa yang mana anaknya berjaya mendapat 5A pastinya gembira dan bersyukur atas kejayaan anak masing-masing. Tahniah. 

Isnin, 18 November 2013

OH MATAHARI


Celik mata pagi ni ku lihat awan mendung. Bumi gelap. Awan dah sarat. Bila-bila saja
bakal menyiram bumi. Tengkujuh dah tiba. Tiba-tiba mutiara jernih mula bercucuran membasahi bumi. Tanpa petir dan taufan. Kelam pandangan. Kabur penglihatan. Mengapa hujan? Tanya hati. Berat sangat agaknya takungan air yang dikandung. Tak terpikul dek bahu awan. Bisik hati. Seharian suasa suram. Matahari langsung tidak menjenguk bumi hari ini. Bersembunyi. Bumi gelap tanpa matahari. Alangkah baiknya jika ada matahari dikala hujan begini. Kerana pasti akan muncul pelangi yang indah selepas hujan ditengah hari. Subhanallah...


Rabu, 6 November 2013

KU CARI DAMAI DI HATI

Musim tengkujuh dah pun tiba. mendung berpanjangan. Hujan lebat seketika. Tak ubah sebuah kehidupan. Sentiasa berubah. Sekali air bah sekali pantai berubah.

Semalam hujan lebat berlarutan, hari ni mendung berpanjangan. Hati terdetik untuk ke sini. Mencari damai di hati. Melihat ombak menghempas pantai. Mendengar deruan ombak menyapa pasiran pantai. Kata orang musim ni laut bergelora. Makin kuat gelora kian indah suaranya. Suara yang memberi ketenangan pada jiwa yang bergelora. Sampai bilakah aku harus di sini?... demi mencari mencari kedamaian hati. ketengan sanubari.