Halaman

Ahad, 22 Jun 2014

SERUNDING KAMPUNG LAUT


Alhamdulillah... sekali làgi berpeluang ke Kampung Laut, Tumpat Kelantan. Baru kali kedua saya ke sini. Sebuah perkampungan yang terkenal sebagai pusat pembuatan serunding di Kelantan. 

Sabtu, 21 Jun 2014

ÙMÌ DÀN ÀNÀK


Masa kecik berderet bawa ke mana-mana. Ramàinya anak umi orang tengok. Semua lelaki pulak tu. Pakai baju pulak sedondon. Itu cerita masa mereka masih kecik. Masih di alam sekolah rendah. Bila dah besar lain pulak ceritanya. Masuk je alaam sekolah menengah, pakaian mula pilih sendiri. Tak ada lagi sama dengan adik-adik. Si abang mula pakai baju dan seluar ala-ala remaja. 

Sekarang tinggal berdua je dengan umi. Tenang sikit agaknya. Tak juga. Bila tinggal berdua makin kuat gaduhnya. Dengki... Abang-abang dah masuk asrama. Lepas sorang, sorang lagi. Lama-lama tinggallah umi keseorangan. Baru tenang. Tapi pastinya sunyi waktu itu. Umi pun dah meningkat usia. Dah tua bahasa mudahnya. Cepatnya waktu berlalu pergi. 

Isnin, 2 Jun 2014

DINNER @ PUTRAJAYA



Sempena apa ya? Mungkin sempena bulan Mei, bulan kelahiran 'Tripple Khan'. Kami dibawa ke Putrajaya untuk makan malam. Di sebuah kedai nasi arab special. Mr Kabab & Biryani. Memang spcial, memang sodap nasinya. Tq abang besar & kak Siiima... Terima kasih daun keladi...