Halaman

Jumaat, 24 Oktober 2014

EVENING IN KRAI

Rayanya Depaavali. Cutinya sampai enam hari. Bermula Selasa berkahir pula Ahad. Mulanya seronok. Lepas dua hari hilang seronok datang bosan pulak. Hari ni lepas tuisyen ajak si abang melawat adiknya. Minggu ni tak balik katanya ada program hari Ahad. Exam pun dah dekat. Alhamdulillah...semoga kejayaan sentiasa mendampingi anak-anak umi. Insya Allah...

Isnin, 20 Oktober 2014

KONVENSYEN DR. MUDA

Konvensyen Dr Muda Kelantan Kali ke 15 diadakan di BTPN Kelantan pada 20hb Oktober 2014, bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Sabtu, 18 Oktober 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan unit uniform SKTA telah diadakan selama 3 hari bermula 16 Oktober 2014 dan berakhir pada 18 Oktober 2014 di Pudi Resort. Walaupun terdapat banyak halangan dan kekurangan, namun perkhemahan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

Khamis, 16 Oktober 2014

KURSUS ASET DIGITAL GPM ZON TIMUR

Alhamdulillah, namaku terpilih dan tersenarai sebagai peserta kursus yang sepatutnya dihadiri oleh GPM. Mungkin Allah memilihku untuk memberi ilmu dan pengetahuan baru untukku. Persediaan untuk masa-masa akan datang. 


Kursus ini bertempat di BTPN dan berlangsung selama empat hari, bermula 13 Oktober hingga 16 Oktober 2014. Jadual kursusnya sangat padat. Mula jam 8.00 pagi hinggi 10.00 malam. Tengok pula pada tajuk kursus tu punn dah berdebar jantung. Kursus Aset Digital. Fulamak... 

Apa pun seronok sangat dapat hadir kursus ni. Banyak dapat ilmu. Dapat kawan baru. Cuma sayangnya slot Nilam Dalam SPS yang ditunggu-tunggu tak dapat dilaksanakan. Sayang seribuu kali sayang. Apa pun, syukur alhamdulillah. Semoga segala ilmu yang diperolehi memberi manfaat padaku sepanjang masa walau di mana berada.

Isnin, 13 Oktober 2014

PSPN @ BTPN

Tempat jatuh lagi dikenang. inikan pula tempat membanting tulang mencari rezeki. Biarpun belum cukup haulnya aku diarahkan berpindah ke tempat lain. Aku terima dengan tenang hati kerana ada hikmah disebalik sesuatu. Siapa sangka, hari ini buat pertama kalinya aku melangkah kaki ke sini selepas aku meninggalkannya pergi.