Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Kita perlulah mencontohinya supaya dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang sejati.
Halaman
Khamis, 31 Disember 2015
Ahad, 27 Disember 2015
Jumaat, 25 Disember 2015
CUTI-CUTI 2015
MH1427 |
KLIA |
Pantai Port Dikson |
Pantai Bagan Lalang |
Restoran Seafood di Bagan Lalang |
Berangkat pulang |
MH 1402 |
Rabu, 16 Disember 2015
Khamis, 3 Disember 2015
SEJARAH NEGERI KELANTAN
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak.
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawatdan ahli-ahli kaji sejarah.Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.
Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.
Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.
Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.
Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.
(Brikut petikan dari: http://pkrjk.blogspot.com/2007/07/sejarah-kerabat-raja-jembal-kelantan.html)
JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH
Pengenalan
Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.
Sejarah Awal Kelantan
Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.
Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan ‘Medang Kemulan’.
Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.
Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’. Kelantan Abad Ke 15
Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam).
Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.
Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465.
Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah.
Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur.
Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur. Kelahiran Cik Siti Wan Kembang
Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu sepupu Raja Hussin.
Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.
Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.
Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.
Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.
Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.
Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.
Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.
Asal-usul Kerajaan Jembal
Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.
Pertabalan Raja Sakti
Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
Raja Adiluddin (Raja Loyar)
Raja Bahar (Raja Udang)
Raja Omar (Raja Ekok)
Raja Sungai
Puteri Sayu Bari
Puteri Unang Melor
Puteri Cempaka Bongsu
Kelantan Di Bawah Raja Loyar
Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
Raja Omar sebagai Raja Muda.
Raja Sungai sebagai Temenggong.
Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.
Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.
Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah
Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
Namun pinangan itu ditolak.
Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota, sekarang).
Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.
Peperangan Dengan Angkatan Siam
Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
Angkatan Siam mara pula ke Melor.
Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.
Kemangkatan Raja Loyar
Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar
Puteri Saadong Berangkat Pulang
Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
Satu pertengkaran telah berlaku.
Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.
Pemerintahan Raja Abdul Rahim
Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.
Kemangkatan Raja Abdul Rahim
Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
Baginda mangkat di situ.
Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar
Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.
Kedatangan Anak Raja Pattani
Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
Mereka ialah;
Tuan Sulong (Long Sulong)
Tuan Senik (Long Senik)
Tuan Besar (Long Bahar)
Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.
Sultan Omar Mangkat
Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
Baginda mangkat pada tahun 1721
Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.
Raja Kecil Sulong
Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.
Peranan Raja Pah
Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.
Jembal Hari Ini
Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
Suasana itu kekal hingga ke hari ini.
Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal
Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.
*Penulis telah memberi izin dan ehsannya untuk mempaparkan hasil penyelidikan dan pengkajiannya ini dengan (peringatan) bahawa isi kandungannya adalah tanpa prejudis dan prasangka.
TIPS MASUK RUMAH BARU
Tips Duduki Rumah Yang Baru
samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap.
1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.