Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Kita perlulah mencontohinya supaya dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang sejati.
Halaman
Sabtu, 23 Disember 2017
Ahad, 26 November 2017
SIMULASI HAJI CILIK
Isnin, 24 Julai 2017
MUKHAYYAM PERDANA PPIM KELANTAN
Jumaat, 14 Julai 2017
POLIGAMI
Suatu hari, seorang suami yang memiliki seorang isteri yang setia, sabar dan sangat taat, si suami hendak mengatakan keinginannya berkahwin lagi.
Suami : "Sayang, bagaimana pendapat mu, kalau abang nikah lagi...?"
Isteri : "Tapi kenapa bang...? Adakah saya sudah tidak menarik lagi...? Adakah abang sudah bosan...?"
Suami :(lantas menjawab) "..Eh, bukan sayang,.. Kau tetap isteriku yang paling cantik, dan berbakti pada suami..Abang hanya ingin membantu sesama islam, ibadah, dan melaksanakan sunnah Rasul..."
Isteri : "Hemm... Jadi itu alasannya..?"
Suami : "Iya sayang.."
Isteri : "Baik bang, saya setuju kalau alasannya untuk membantu, ibadah sunnah rasul.. nanti saya carikan dua isteri terus bang..!"
Suami : (dengan penuh semangat, dan hati berbunga-bunga),Kamu memang istri solehah, bila abang akan dikenalkan..?"
Isteri : "Esok pagi bang, sayang bawa abang ke rumahnya..!"
Pagi harinya sang isteri menepati janjinya, dia membawa suaminya pergi ke sebuah rumah,
Setelah pintu diketuk, keluarlah seorang perempuan.
Isteri : "Kenalkan Bang, ini kak Siti, janda Usia 70 tahun.
Suami : (terkejut)... "Tapi..?!"
Isteri : "Kenapa bang,..kenapa terkejut.?! Abang kata mau menolong, ibadah sunnah Rasul...? Sudah berapa banyak kitab hadis yg abang baca.? Takkan tdk sampai pada kisah siapa saja yg dinikahi Nabi...?"
"Calon yang kedua namanya kak Ijah, janda usia 65 tahun bang..! Dari sini kita terus ke rumh kak ijah.!"
Suami : (kebingungan) : Eee...sayang...Kalau begitu, abang tak jadi amalkan sunnah Rasul yg satu ini, yang lain saja..!!"
Isteri : "Jadi bang, kalau mau nikah lagi kerana nafsu, jangan bawa-bawa sunnah Rasul segala..
Antara nama-nama isteri Rasulullah ;
Nama : Saudah binti Zum’ah r.a.
Status : janda.
Usia dinikahi : 70 thn
Usia Rasulullah : 52 thn
Keadaan : Wanita kulit hitam, janda dari sahabat nabi yang menjadi perisai Nabi saat perang. Memiliki 12 anak dari pernikahan dengan suami pertama.
Alasan menikahi : Menjaga keimanan Saudah r.a. dari ancaman & gangguan kaum musyrikin.
Nama : Ummu Salamah r.a.
Status : Janda
Usia dinikahi : 62 thn
Usia Rasulullah : 56 thn
Keadaan : Anak pembantu Nabi, seorang janda yang pandai berpidato dan mengajar.
Alasan : Perintah Allah untuk membantu dakwah Rasulullah.
Nama : Ummu Habibah r.a.
Status : Janda.
Usia dinikahi : 47 thn
Usia Rasulullah : 57 tahun.
Keadaan : Bekas isteri Ubaidillah bin Jahsyi, cerai kerana suaminya tukar agama jadi nashrani.
Alasan : Untuk Menjaga Ummu Habibah daripada murtad.
Nama : Juwairiyyah bin Al-harits r.a.
Status : Janda
Usia dinikahi : 65 thn
Usia Rasulullah : 57 tahun
Keadaan : Tawanan perang yang dinikahi oleh Rasulullah, tidak memiliki sanak saudara, dan memiliki 17 anak dari pernikahan yang pertama.
Alasan : Petunjuk Allah, memerdekakan budak, pembebasan dari tawanan perang dan menjaga ketauhidan.
Nama : Shafiyah binti Hayyi r.a.
Status : 2 kali janda.
Usia dinikahi : 53 thn
Usia Rasulullah : 58 tahun
Keadaan : Wanita muslimah dari kalangan yahudi bani nadhir, memiliki 10 anak dari pernikahan sebelumnya.
Alasan : Rasulullah menjaga keimanan shafiyyah dari boikot & ancaman orang yahudi.
Nama : Maimunah Binti al-harits r.a
Status : Janda
Usia dinikahi : 63 thn
Usia Rasulullah : 58 tahun
Keadaan : Bekas isteri Abu Ruham bin Abdul Uzza.
Alasan : Untuk menjaga dan mengembangkan dakwah di kalangan bani nadhir.
Nama : Zainab binti Khuzaimah r.a.
Status : Janda.
Usia dinikahi : 50 thn
Usia Rasulullah : 58 tahun
Keadaan : Seorang janda yang banyak memelihara anak yatim dan orang yang lemah di rumahnya. Mendapat gelar ibu para masakin.
Alasan : Petunjuk Allah untuk bersama-sama melindungi anak yatim dan orang lemah..
ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢُ ﺑﺎﻟـﺼـﻮﺍﺏ
Jika dibandingkan dengan kebanyakan orang zaman sekarang yg amalkan sunnah poligami katanya, tapi hanya memandang gadis2 cantik dan usia muda belaka.
Lagi satu, kalau nak kawin atau poligami nak cari perempuan yang ada kerjaya sebab tak payah keluar duit poket bagi nafkah. Nak cari perempuan atau janda yang tak ramai anak bimbang kena sara dan tanggung beban membesarkan anak.
Banyak lagi la kategori yang jadi pilihan lelaki sekarang untuk poligami yang kononnya mengikut sunnah nabi.
Khamis, 15 Jun 2017
IHYA RAMADHAN PPIM
Semoga dengan hadirnya bulan Ramadhan kita menemukan fitrah sejati. Semoga kita bisa merasakan kebahagiaan bersama Allah dalam setiap amal ibadah, sehingga kita memperoleh ampunan, berkah dan rahmat dari Allah SWT. Amin.
Ihya Ramadhan atau menghidupkan Ramadhan dengan berbagai aktiviti yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bulan yang penuh berkah, rahmat dan ampunan ini hendaklah diisi dengan pelbagai ibadah kepada Allah swt, memperpanjang ruku’, sujud, solat tarawih, bermunajat kepada Allah, memperbanyak solat nawafil, sentiasa berzikir, tilawah dan tadabbur al-Quran, I’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, mengurangkan waktu tidur pada siang hari (Dimana Rasulullah dan Ummatnya selama Ramadhan begitu aktif dalam beramal ibadah).
Disamping itu aktiviti dalam bulam Ramadhan juga harus dapat memperkukuhkan hubungan dengan sesama Islam, seperti memberikan zakat, infaq dan sedekah, ifthar (buka puasa bersama) dll. Menjauhkan diri dari perbuatan lagha (sia-sia). Bulan Ramadhan adalah fursah (peluang) untuk memperbanyak ibadah sehingga kita dapat menjauhkan diri dari hal-hal yang mengganggu waktu ibadah, seperti menghabiskan waktu hampir seharian di dapur untuk menyiapkan makanan berbuka, kerana saat yang terbaik untuk pengisian roh dan penyucian jiwa akan hilang begitu saja dengan pengisian perut dan pengotoran jiwa seperti menghabiskan waktu di depan televisyen dan perbuatan lain yang cenderung kearah tersebut.
Khamis, 8 Jun 2017
TRAGEDI 7 RAMADHAN 1438H
Dalam nahas jam 9.30 pagi itu, lima pelajar termasuk seorang berasal dari Thailand, maut di lokasi, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Krai (HKK).
Lima pelajar yang meninggal dunia di lokasi ialah Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Muhamad Rahman Rozali, 17; Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, dan Sarifuddin Muhammad, 14, (Thailand) manakala Ahmad Farhan Zulkifli, 14, dan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17, meninggal dunia di HKK.
Kemalangan itu juga menyebabkan enam lagi pelajar tahfiz dan dua guru pengiring parah. Mereka kini dirawat di HKK dan Hospital Machang.
Sabtu, 3 Jun 2017
SOLAT SUNAT TASBIH
Jumaat, 2 Jun 2017
PERISTIWA 7 RAMADHAN 1438H
Khamis, 1 Jun 2017
KELEBIHAN CUTI RAMADHAN II
Ahad, 28 Mei 2017
KELEBIHAN CUTI RAMADHAN
Imam 2 bertugas |
Sabtu, 27 Mei 2017
KISAH SEORANG UMMI
Lebih kurang setengah jam menunggu, keretapi sampai. Muat beg dalam kereta. Kami bergerak meninggalkan stesen yang gelap tu. Masa tu masih sesak dengan penumpang yang baru sampai. Seperti yang dijanjikan kami akan singgah makan di kedai. Kami dah bincang nak makan apa dan di mana. Semua ikut umi nak makan kat mana, semua ok je. Pilihan umi kedai yang paling dekat ialah yang dekat dengan bulatan pasir pekan. Entah apa ke namanya umi tak ingat. Sayangnya tak ada yang special katanya. Makanan biasa-biasa je yang ada. Tak pulak umi Tanya kenapa. Tapi rasa-rasa umi tahu jawapannya, sebab pemilik dan pekerja kedai tu nak balik ke Pattani. Nak sambut puasa di kampong halaman agaknya. Makan aje la apa yang ada. Jam 10.00 malam lebih kurang kami balik.
Sampai di rumah jam 10.30 malam. Lebih kurang tetengah jam juga perjalanan kami. Slow agaknya umi drive sebab dah ngantuk sangat. Penat seharian tambah pulak dengan perut kenyang. Mata pun rasa nak terpejam. Di sinilah bermulanya cerita kepenatan umi. Sampai depan pagar rumah tengok kereta cik abang tak ada. Bukan apa pun, saja nak tahu pegi mana. Umi call la cik abahnya. Sambil bercakap on phone kami anak neranak masuk dalam rumah.Umi tiba-tiba jerit kat anak-anak. Phone umi mana? Ambik.. ambik...dalam kete. Jerit suruh ambil telefon dalam kereta. Bimbang nanti dah kunci pintu susah la nak minta tolong depa ambil dalam kereta. Tengah-tengah jerit tu, si abang gelak. why U ummi...why U ummi... Kedengaran sayup suara abah... "ada gapo"? Baru umi sedar dan perasan phone ada kat telinga tengah sembang ngan abah. Berderai hilai tawa anak-anak umi. Nak cover punya pasal, nak hilangkan malu pada anak-anak, umi kata...tu tandanya umi ni terlalu penat, sampai tak perasan. Nak suruh anak berenti gelak sebenarnya. Sedangkan umi sendiri tak boleh nak berenti gelak. Rasa nak guling-guling je...
Alahai umi... hari ni pun umi masih gelak bila teringat peristiwa malam tu...
Jumaat, 26 Mei 2017
Sabtu, 20 Mei 2017
KEM BESTARI SOLAT 1/2017
Jumaat, 19 Mei 2017
FAYYADH & TEAKWANDO
Khamis, 18 Mei 2017
PROJEK DENGUE PATROL II
Ucapan GB Tn Hj Mazlan b Mat |
Murid SKBP |
Gimik pelancaran |
Cermah oleh En Mohd Zainudin |
Ibu bapa yg turut hadir |
Persembahan dikir barat |