Amanah
adalah salah satu sifat wajib bagi rasul. Ia bermaksud menunjukkan kejujuran
dan sikap tidak menyimpang daripada arahan dan amanat yang diterima.
1.1
Amanah Terhadap Individu
Seorang yang amanah
ialah mereka yang mampu menjalankan tugas tanpa mengutamakan kepentingan diri
sendiri. Tugas dan tanggung jawab dilaksanakan secara yang terbaik walaupun
tanpa ketua yang memerhatikan setiap gerak-gerinya.
Firman
Allah S.W.T. dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud:
Sesungguhnya kami Telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan
gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka
khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia.
Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,
1.2
Amanah
Terhadap Keluarga
Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab melaksanakan amanah. Dalam
sesebuah keluarga, suami mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap isteri dan
keluarganya. Manakala seorang isteri pula mempunyai tanggungjawab yang barat
terhadap suaminya. Apabila mempunyai anak tanggungjawab semakin bertambah bagi
kedua mereka dalam melaksanakan amanah Allah terhadap anak mereka. Begitu juga
amanah yang perlu dipikul oleh sianak terhadap kedua ibu bapa mereka.
1.3
Amanah
Terhadap Kerja
Amanah juga dapat dilihat melalui tindakan individu umpamanya kakitangan
awam dan swasta. Setiap daripada mereka mempunyai tanggungjawab terhadap kerja
masing-masing, tanggungjawab terhadap majikan, harta benda dan peralatan di
tempat keja, juga penggunaan masa dalam kehidupan seharian. Hal ini bertepatan
dengan firman Allah dalam surah an-Nisaa’ ayat 58:
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak
menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia
supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang
sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha
Melihat.
1.4 Amanah Terhadap Masyarakat
Amanah dalam masyarakat
dan Negara merupakan tanggungjawab besar yang mesti dipelihara oleh setiap
individu sama ada berbentuk fizikal atau berbentuk kebendaan. Sebagai contoh
tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh individu sebagai anggota masyarakat
seperti mengendalikan urusan berkaitan barangan, kewangan dan sebagainya atau
tanggungjawab moral seperti bekerja dengan amanah, adil, melaksanakan kerja
dengan cekap, layanan yang ramah dan mesra, serta menepati masa dan menunaikan
janji.
Umat Islam dianjurkan
supaya berpegang teguh kepada sifat amanah walaupun terhadap orang yang
mengkhianatinya. Kita dinasihatkan supaya tidak bertindak balas dengan cara
khianat terhadap orang yang mengkhianati kita. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Berlakulah amanah terhadap orang yang mempercayaimu.
Jangan mengkhianati orang yang
mengkhianatimu”.
Jelas di sini sifat amanah adalah tunggak kepada kemuliaan akhlak umat
Islam. Justeru, tunailah amanah itu dengan seadil dan sesempurnanya kepada
golongan yang berhak. Sekiranya tidak dapat dilaksanakan sebagaimana
sepatutnya, balasan yang menanti di akhirat kelak amatlah pedih. Sebaliknya
jika kita dapat melaksankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna
dan ikhlas, ganjaran yang dijanjikan amatlah besar.
2 FATONAH
Fatonah
bermaksud bijaksana. Walaupun Rasulullah bersifat ummi, namun kebijaksanaan
mereka terpancar melalui sifat sabar, tabah, cekal hati dan bijaksana
dalam menghadapi rintangan dan ujian. Kebijaksanaan Rasulullah mencakupi
kepimpinan agama dan sahsiah. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. membina
nilai-nilai murni dan mulia, berhati busi yang luhur sebelum baginda menjadi
rasul lagi. Baginda telah terdedah alam pelbagai pengalaman seperti pengalaman sebagai
engembala kambing, melibatkan diri dalam urusan perniagaan, menjadi pendamai
dalam peritiwa perletakan Hajarul Aswad. Kebijaksanna baginda dalam peristiwa
tersebut telah menambat hati penduduk Mekah yang sedang berbalah.
2.1 Bijak Mengurus Diri
Kejayaan
individu dalam mengurus diri dan membentuk keluarga yang berjaya kerana
kebijaksanaan mengatur kehidupan dalam berkeluarga. Masa depan anak-anak yang
dirancang dengan cemerlang akan menghasilkan generasi yang gemilang di dunia
dan di akhirat.
Kejayaan
juga dapat dilihat dalam kehidupan seharian apabila individu itu bijaksana
dalam merancang masa depan, mengurus masa dalam beribadah, meningkatkan
sumber kewangan. Kesemua faktor di
atas akan menjadikan individu itu berada dalam keadaan yang selesa dan mendapat
kesejahteraan.
2.2 Bijak Merancang Pembangunan
Masyarakat
yang bijak dan cemerlang dalam merancang pembangunan sama ada dari segi sosial,
ekonomi dan kerohanian akan memajukan negara. Pengurusan pentadbiran negara
yang mantap yang diamalkan oleh barisan pemimpin negara mampu menyelamatkan
Negara daripada kemelut politik, ekonomi dan sosial. Amalan pentadbiran yang
bertunjangkan ajaran agama akan membentuk masyarakat Islam yang cemerlang.
2.3
Bijak Memimpin
Kebijaksanaan
kepimpinan para rasul terserlah semasa menyebarkan dakwah Islam. Kebijaksanan
ini wajar diikuti dan diaplikasikan dalam kepimpinan masa kini. Layanan yang
baik,bertolak ansur, berfikiran terbuka,memaafkan kesalahan orang lain, adil
terhadap semua golongan merupakan faktor penyebab orang-orang kafir memeluk
Islam. Keindahan ini dilihat melalui amalan orang-orang Islam dalam menjalani
kehidupan seperti bekerjasama, tolong menolong, hormat-menghormati dalam
situasi dan tempat.
2.4
Bijak Berdakwah
Cara menyampaikan
dakwah secara beransur-ansur dimulai dengan perkara-perkara yang mudah,
kemudian diikuti dengan perkara-perkara yang sukar merupakan bukti para rasul
mengaplikasikan kebijaksanaan mereka. Sebagai contoh Nabi Muhammad s.a.w.
mengajak orang Islam mempelajari ayat-ayat al-Quran satu persatu hingga mereka
faham dan dapat menghayati ajaran tersebut dengan baik. Baginda mendidik
orang-orang Islam melakukan sesuatu perkara secara berjamaah seperti ibadat
solat. Ia memberi kesan yang baik kepada jiwa orang-orang Islam dalam kegiatan
dakwah.
2.5
Bijak Dalam Mendidik
Kebijaksanaan perlu
diaplikasikan dalam pendidikan. Teknik serta kaedah, serta pendekatan
pengajaran perlu dirancang oleh para pendidik sama ada ibu bapa atau pihak
institusi pendidikan. Prinsip pengajaran yangdiaplikasikan perlu berdasarkan
kebijaksanaan dan ketelitian dalam merancang mampu menjayakan proses pengajaran
yanglebih berkesan.
Secara kesimpulannya sifat fatonah para rasul wajar diaplikasikan dalam segenap
bidang dan ruang kehidupan umat Islam kini, bagi memperolehi kajayaan dalam
segenap sector kehidupan yang berlandaskan Islam.