Halaman

Sabtu, 27 Mac 2010

CARA MEMPRAKTIKKAN SIFAT AMANAH DAN FATONAH DALAM KEHIDUPAN

1.    AMANAH

            Amanah adalah salah satu sifat wajib bagi rasul. Ia bermaksud menunjukkan kejujuran dan sikap tidak menyimpang daripada arahan dan amanat yang diterima.

1.1        Amanah Terhadap Individu

Seorang yang amanah ialah mereka yang mampu menjalankan tugas tanpa mengutamakan kepentingan diri sendiri. Tugas dan tanggung jawab dilaksanakan secara yang terbaik walaupun tanpa ketua yang memerhatikan setiap gerak-gerinya.

 Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud:
Sesungguhnya kami Telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,


1.2        Amanah Terhadap Keluarga

Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab melaksanakan amanah. Dalam sesebuah keluarga, suami mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap isteri dan keluarganya. Manakala seorang isteri pula mempunyai tanggungjawab yang barat terhadap suaminya. Apabila mempunyai anak tanggungjawab semakin bertambah bagi kedua mereka dalam melaksanakan amanah Allah terhadap anak mereka. Begitu juga amanah yang perlu dipikul oleh sianak terhadap kedua ibu bapa mereka.

1.3        Amanah Terhadap Kerja

Amanah juga dapat dilihat melalui tindakan individu umpamanya kakitangan awam dan swasta. Setiap daripada mereka mempunyai tanggungjawab terhadap kerja masing-masing, tanggungjawab terhadap majikan, harta benda dan peralatan di tempat keja, juga penggunaan masa dalam kehidupan seharian. Hal ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah an-Nisaa’ ayat 58:

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.

1.4    Amanah Terhadap Masyarakat

            Amanah dalam masyarakat dan Negara merupakan tanggungjawab besar yang mesti dipelihara oleh setiap individu sama ada berbentuk fizikal atau berbentuk kebendaan. Sebagai contoh tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh individu sebagai anggota masyarakat seperti mengendalikan urusan berkaitan barangan, kewangan dan sebagainya atau tanggungjawab moral seperti bekerja dengan amanah, adil, melaksanakan kerja dengan cekap, layanan yang ramah dan mesra, serta menepati masa dan menunaikan janji.

            Umat Islam dianjurkan supaya berpegang teguh kepada sifat amanah walaupun terhadap orang yang mengkhianatinya. Kita dinasihatkan supaya tidak bertindak balas dengan cara khianat terhadap orang yang mengkhianati kita. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Berlakulah amanah terhadap orang yang mempercayaimu.
 Jangan mengkhianati orang yang mengkhianatimu”.

Jelas di sini sifat amanah adalah tunggak kepada kemuliaan akhlak umat Islam. Justeru, tunailah amanah itu dengan seadil dan sesempurnanya kepada golongan yang berhak. Sekiranya tidak dapat dilaksanakan sebagaimana sepatutnya, balasan yang menanti di akhirat kelak amatlah pedih. Sebaliknya jika kita dapat melaksankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna dan ikhlas, ganjaran yang dijanjikan amatlah besar.

2       FATONAH

            Fatonah bermaksud bijaksana. Walaupun Rasulullah bersifat ummi, namun kebijaksanaan mereka terpancar  melalui  sifat sabar, tabah, cekal hati dan bijaksana dalam menghadapi rintangan dan ujian. Kebijaksanaan Rasulullah mencakupi kepimpinan agama dan sahsiah. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. membina nilai-nilai murni dan mulia, berhati busi yang luhur sebelum baginda menjadi rasul lagi. Baginda telah terdedah alam pelbagai pengalaman seperti pengalaman sebagai engembala kambing, melibatkan diri dalam urusan perniagaan, menjadi pendamai dalam peritiwa perletakan Hajarul Aswad. Kebijaksanna baginda dalam peristiwa tersebut telah menambat hati penduduk Mekah yang sedang berbalah.

2.1    Bijak Mengurus Diri

            Kejayaan individu dalam mengurus diri dan membentuk keluarga yang berjaya kerana kebijaksanaan mengatur kehidupan dalam berkeluarga. Masa depan anak-anak yang dirancang dengan cemerlang akan menghasilkan generasi yang gemilang di dunia dan di akhirat.

            Kejayaan juga dapat dilihat dalam kehidupan seharian apabila individu itu bijaksana dalam merancang masa depan, mengurus masa dalam beribadah, meningkatkan
sumber kewangan. Kesemua faktor di atas akan menjadikan individu itu berada dalam keadaan yang selesa dan mendapat kesejahteraan.

2.2    Bijak Merancang Pembangunan

            Masyarakat yang bijak dan cemerlang dalam merancang pembangunan sama ada dari segi sosial, ekonomi dan kerohanian akan memajukan negara. Pengurusan pentadbiran negara yang mantap yang diamalkan oleh barisan pemimpin negara mampu menyelamatkan Negara daripada kemelut politik, ekonomi dan sosial. Amalan pentadbiran yang bertunjangkan ajaran agama akan membentuk masyarakat Islam yang cemerlang.

2.3        Bijak Memimpin

Kebijaksanaan kepimpinan para rasul terserlah semasa menyebarkan dakwah Islam. Kebijaksanan ini wajar diikuti dan diaplikasikan dalam kepimpinan masa kini. Layanan yang baik,bertolak ansur, berfikiran terbuka,memaafkan kesalahan orang lain, adil terhadap semua golongan merupakan faktor penyebab orang-orang kafir memeluk Islam. Keindahan ini dilihat melalui amalan orang-orang Islam dalam menjalani kehidupan seperti bekerjasama, tolong menolong, hormat-menghormati dalam situasi dan tempat.

2.4        Bijak Berdakwah

Cara menyampaikan dakwah secara beransur-ansur dimulai dengan perkara-perkara yang mudah, kemudian diikuti dengan perkara-perkara yang sukar merupakan bukti para rasul mengaplikasikan kebijaksanaan mereka. Sebagai contoh Nabi Muhammad s.a.w. mengajak orang Islam mempelajari ayat-ayat al-Quran satu persatu hingga mereka faham dan dapat menghayati ajaran tersebut dengan baik. Baginda mendidik orang-orang Islam melakukan sesuatu perkara secara berjamaah seperti ibadat solat. Ia memberi kesan yang baik kepada jiwa orang-orang Islam dalam kegiatan dakwah.

2.5        Bijak Dalam Mendidik

Kebijaksanaan perlu diaplikasikan dalam pendidikan. Teknik serta kaedah, serta pendekatan pengajaran perlu dirancang oleh para pendidik sama ada ibu bapa atau pihak institusi pendidikan. Prinsip pengajaran yangdiaplikasikan perlu berdasarkan kebijaksanaan dan ketelitian dalam merancang mampu menjayakan proses pengajaran yanglebih berkesan.

 Secara kesimpulannya sifat fatonah  para rasul wajar diaplikasikan dalam segenap bidang dan ruang kehidupan umat Islam kini, bagi memperolehi kajayaan dalam segenap sector kehidupan yang berlandaskan Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan