Halaman

Sabtu, 19 Mac 2011

MENGINGATI ALLAH AKAN MENTENTERAMKAN (dipetik daripada buku 'La Tahzan' Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni))

      Kejujuran itu kekasih Allah. Keterusterangan merupakan sabun pencuci hati. Pengalaman itu bukti. Dan seorang pemandu jalan tidak akan membohongi rombongannya. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan agung pahalanya selain berzikir kepada Allah. Maksud firman Allah:

Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku nescaya Aku  ingat (pula) kepadamu... (Al-Baqarah : 152)

Berzikir kepada Allah adalah syurgaAllah di bumiNya. Maka siapa yang tidak pernah memasukiny, ia tidak akan  dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan goncangan. Dan zikir merupakan jalan pintas paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Untuk melihat faedah dan manfaat zikir, cuba perhatikan kembali beberapa pesan wahyu Ilahi. Dan cubalah mengamalkannya pada hari-hari anda, nescaya anda akan mendapat kesembuhan.

Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kegalauan, kecemasan dan kesedihan akan sirna. Bahkan dengan berzikir kepadaNya segunung segunung tumpukan beban kehidupan dan permasalahan hidup akan runtuh. 

Tidak menghairankan bila orang-orang yang selalu mengingati Allah sentiasa bahagia dan tenteram hidupnya. Itulah yang memang seharusnya terjadi. Ada pun yang sangat menghairankan adalah bagaimana orang-orang yang lalai dari berzikir kepada Allah itu justeru menyembah berhala-berhala dunia. Padahal...

(Berhala-berhala) itu mati tidak hidup dan berhala-berhala itu tidak mengetahui bilakah        penyembah-penyembahnya akan dibangkitkan. (An-Nahl : 21)

Wahai orang yang mengeluh kerana sukar untuk tidur, yang menangis kerana sakit, yang bersedih kerana sebuah tragedi, dan yang berdukacita kerana sebuah musibah, sebutlah nama yang kudus.

Semakin banyak anda mengingat Allah, fikiran anda akan semakin terbuka, hati anda semakin tenteram, jiwa anda semakin bahagia, dan nurani anda senakin sentosa. Itu, kerana dalam mengingat Allah terkandung nilai-nilai ketawakkalan kepadaNya, berbaik sangka kepadaNya, dan pengharapan kebahagiaan dariNya. Dia sentiasa dekat ketika si hamba berdoa kepadaNya, sentiasa mendengar ketika diminta, dan sentiasa mengabulkan jika dimohon. Rendahkan dan tundukkan diri anda ke hadapanNya, lalu sebutlah secara berulang-ulang namaNya yang indah dan penuh berkah itu dengan lidah anda sebagai pengakuan akan keEsaanNya. Sampaikan pujian, doa, permohonan dan permintaan ampunan anda kepadaNya. Dengan begitu nescaya anda - berkat kekuatan dan pertolongan dariNya akan mendapatkan kebahagiaan, ketenteraman, ketenangan, cahaya penerang dan kegembiraan. Dan...

...kerana itu Allah memberikan mereka pahala di dunia, dan pahala yang baik di akhirat... (Ali Imran : 148)

1 ulasan:

  1. ...tp ada org mengambil kesempatan atas kesabaran kita, katanya takpa dia kuat iman. kita dibiarkn sendirian...

    BalasPadam