Memandangkan hujung minggu kali ini tidak ada program di sekolah dan di mana-mana, ku ambil kesempatan untuk bawa anak-anak jalan-jalan. Terdengar di radio IKIM.FM, ada karnival ANA FOR GAZA di Stadium Kajang. Timbul rasa untuk ke sana. Tidak sia-sia rupanya, di sana kami berkesempatan berjumpa dengan artis nasyid terkenal iaitu kumpulan Rabbani. Fawwaz yang paling bertuah kerana dapat bersalaman dan bercakap serta bernasyid bersama Rabbani. Fawwaz agak berani daripada yang lain, kebetulan dia memang suka nyanyi lagu-lagu nasyid. Kebetulan Ustaz Azadan minta kanak-kanak menyanyikan salah satu lagu Rabbani. Fawwaz tidak melepaskan peluang itu. TAHNIAH Fawwaz...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan