Raya tahun ni sangat istimewa. Sambutan raya dan merdeka disambut pada minggu yang sama. Kalau tahun-tahun sebelumnya ada 'Kongsi Raya' dan ada juga 'Depa Raya'. Tapi tahun ni 'Merdeka Raya'. Sungguh istimewa. Kita menyambut hari kemenangan setelah berjaya berpuasa sebulan Ramadhan dan juga melawan hawa nafsu. Di samping itu juga kita menyambut hari kemenangan kerana negara kita bebas dari penjajah. Sudah 53 tahun kita merdeka.
Raya tahun ni anak-anak dah besar. Abang dah pun tingkatan 1. Fayyadh dah 4 tahun. Sehari sebelum raya, macam biasa sibuk memasak untuk hidangan pagi raya. Subuh-subuh hari pergi pasar Kajang beli daging, ayam, santan semuanya fresh. Bermula dari subuh akan berakhirnya maghrib. Sambung lagi sebelah malam. Itu kebiasaannya. Tapi berlainan pula tahun ni, sebelum berbuka dah siap semuanya. Alhamdulillah, tak ada la yang hangit-hangit sebab tertidur. Semuanya menjadi mudah dan cepat kerana bantuan anak-anak yang semakin membesar dan kian matang. Banyak membantu ku di dapur tahun ni.
Farhan: anak kedua ku, menolong ku kupas bawang besar dan bawang putih. Masa yang sama aku potong daging dan limpa untuk masak rendang. 2 kg daging dan 3 kg limpa. Satu periuk besar la jugak. Kiranya banyak la jugak bawang yang Farhan kupas. Sama siap dengan aku potong daging. Berair-air mata dia.
Fahman: anak ketiga, membantuku kikis halia dan lengkuas. Sambil memberi tunjuk ajar pada fahman cara-cara kikis halia, aku memotong serai. Rasa lapang dada ku melihat anak-anak semuanya tidak kekok menolong ku di dapur raya tahun ni. Agaknya kerana mereka dah pun besar. Aku pula kisar semua bahan-bahan yang telah siap dikupas. Sambil tu potong serai. Bila semua bahan kisar siap dikisar, mulalah sesi menumis. Aku hidupkan dapur yang satu lagi tu di luar rumah.
Fawwaz: anak keempat ku, tidak henti-henti mengacau kacang dalam kuali. Kacang tu untuk masak kuah kacang. Makan nasi impit dengan rendang saja tak sedap. Kalau ada kuan kacang sekali baru best. Itulah kebiasaan yang aku buat. Pada mulanya fawwaz tak merungut langsung. Goreng kacang dengan tekun sekali. Tapi selepas siap kerja fahman, mulalah dia merungut penat. Kalau difikirkan memang logik pun dia penat. Lama jugak nak tunggu kacang tu benar-benar masak. Mana tidaknya, api dapur kecil sangat untuk pastikan kacang sekilo tu tak hangit. Aku pun minta bantuan si Fahman bergilir-gilir kacau kacang dalam kuali. Mereka pun bergilir-gilir buat kerja tu. Memang lenguh pun kalau kacau berterusan sampai kacang masak. Kalau tak kacau nanti hangit pulak.
Fadhlin: anak sulungku mengambil alih kerja-kerja menumis tu. Aku cuma masukkan minyak. Bahan-bahan kisar ku letakkan di tepi dapur. Satu persatu aku masukkan dalam periuk dan aku biarkan Fadhlin yang kacau bahan tu tak nak bagi hangit. Sambil-sambil tu aku tumis pula bahan untuk masak kuah kacang. Aku jenguk juga la dapur si abang tu takut hangit. Lepas satu bahan masak bahan lain pula ku masukkan dalam periuk. Kiranya kerja si Fadhlin sampai rendang tu masak. Rendang Fadhlin la tahun ni, bukan rendang umi...
Fayyadh: anak bongsu ku, si kenit tu..."Yad, semua orang tolong umi kat dapur, Ayyad pun kena la tolong" usikku. "Ala...dia orang semua dah besar, Fayad kecik lagi, masih kanak-kanak lagi mana boleh bat tu, nanti luka kena pisau", jawab Fayyad. Si kenit tu memang petah bercakap, mengalahkan abang-abang dia. Cara cakapnya pun macam orang dewasa. Begitulah komen abang-abangku bila mereka dengar si Fayyad bercakap.
Bila kuah kacang masak, aku jerang pula perik nasi impit. 50 biji ketupat daun kelapa dan 30 biji ketupat mini adabi. Kira-kira 6.30 petang semua masakan ku dah siap dimasak. Rendang dah masak. Kuah kacang dah masak. Ketupat pun dah masak. Semua tu aku bahagi 2. Sebahagian untuk hidangan rumah aku dan sebahagian lagi di rumah kakakku. Selepas berbuka mereka datang ambil semua masakan tadi. Sebagai hadiah, kakak ku belikan aku alas meja yang sangat cantik. Dah lama aku idamkan alas meja macam rumah dia. Tapi aku pendankan saja sebab harga alas meja tu RM170. Memandangkan tahun 2011 ni dapat bonus raya, aku pesan pada kakak belikan alas meja tu. Tapi tak ku sangka ia menjadi hadia pula. Selamat duit aku...
Pagi-pagi hari raya ku hiaskan meja, aku hidangkan semua makanan. Ada ketupat palas, ketupat nasi, rendang, kuah kacang. Satu lagi masakan tak dapat aku masak. Nasi hujan panas dan ayam masak merah. Satu kemalangan berlaku pada malam raya tu. Aku terpijak mainan si fayyadh. Kaki aku luka besar.Berbalut sebab darah keluar bila berjalan. Jalan terhinjut-hinjut. Sebab tu aku jadi malas nak masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan