Majlis perpisahan Tahun 6 kali ini bertemakan majlis perkahwinan. Ada pengantin cilik dan pengapit yang comel. Takder la terasa sedih dan pilu macam majlis-majlis tahun lepas, menyaksikan dan mendengar ucapan-ucapan yang memilukan. Meremang bulu roma dan bergenang juga air mata. Tapi kali ini, majlis dimulakan dengan penuh kemeriahan. Mana tidaknya, berarak masuk pasangan pengantin cilik diiringi ibu bapa mereka yang dilakonkan oleh pentadbir sekolah.
|
Perarakan diiringi paluan kompang |
|
Pihak pentadbir sebagai ibu bapa pengantin |
|
Tetamu jemputan terdiri daripada murid Tahun 6 |
|
Saudara mara pengantin lelaki sebab pengantin lelaki tu anak cikgu |
|
Acara menepung tawar pengantin oleh GB |
Tahniah kepada guru-guru Tahun 6 kerana telah berjaya mengadakan majlis yang meriah dan menarik ini. Kami dapat rasakan kemeriahannya seperti kenduri yang sebenar. Dan...terima kasih atas jemputan. Makanannya 'ssodap' sangat...macam majlis kenduri sebenarlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan