Halaman

Khamis, 15 Disember 2011

MAKARONI DADAR



Semalam masa aku keluar ke Hentian Kajang, aku beli majalah RASA Januari 2012. Memang aku suka beli dan simpan buat koleksi. RASA kali ni mengenai resepi si cilik. Salah satu resepi yang menarik minat aku ialah resepi ni. Bahan-bahannya semua dah ada. Pasta, telur, susu segar, keju mozarella, mayonis, lobak merah, sedikit lada sulah dan garam. Cara membuatnya pun mudah sangat. Semudah goreng telur dadar. Sebab tu la agaknya diberi nama makaroni dadar. 

Petang ni aku cuba membuatnya. Rasanya ok la kalau makan makaroni dadar sebab tengah hari tadi dah makan nasi. Rupa-rupanya dah dua tiga hari kami anak beranak tak makan nasi. Aku asyik masak pasta aje. Tiba-tiba anak aku yang nombor tiga komplen "dah lama kita orang tak makan nasi". La... rupanya sedap-sedap makan makanan lain, terasa juga rindu nak makan nasi. Jadi tengah hari tadi aku masak la nasi. 

Bila masak makaroni dadar ni, aku cuba makan, sedap jugak. Terasa lemak-lemak susu dan keju. Satu adunan yang aku bancuh ikut sukatan dalam majalah tu dapat dua biji. Aku potong lapan. Aku cuma makan sepotong saja. Terasa dah kenyang. Kira 'ok' latu. Yang selebihnya tu dapat la mereka tiga keping sorang.  Mengenyangkan juga menu ni walau pun ringkas. Yang paling penting berkhasiat untuk anak-anak. Dan, sememangnya anak-anak aku menggemarinya. Kalau anda nak cuba resepi ni beli la majalah RASA keluaran Januari 2012.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan