Halaman

Ahad, 11 Disember 2011

MENU SARAPAN SYAMIL



Alhamdulillah...pagi ni aku berkesempatan menyediakan sarapan pagi yang sedikit berat dan mengeyangkan. Biasanya pagi-pagi ni makan ringan-ringan je. Cekodok, roti, lempeng. Tapi hari ni rajin sikit master chefnya. Kebetulan tengah hari semalam aku masak banyak. Kononnya sampai malam. Malas nak masak 2-3 kali. Tapi anak-anak kenyang sebab petang tu makan ketupat sotong. Yang tak makan ketupatnya makan kuah dengan pulut. Malam tu makan roti aje. Nasi tak berusik walau pun aku masak rendang malam tadi. Aku simpan la nasi tu dalam peti ais. Ingat petua chef mana entah (dalam TV), kalau nak masak nasi goreng, nasinya mesti sejuk, lagi elok kalau simpan dalam peti ais katanya. Supaya nasinya pejal. Itu petua yang aku dapat. Kalau dulu-dulu, asal nak masak nasi goreng aku mesti masak nasi dulu sebab nakkan nasi baru dan panas. Rupanya terbalik. Nasi goreng nakkan nasi yang sejuk.

Musim ni musim demam master chef. Aku hidang la macam ni. Sampai anak sulung ku tanya "kenapa umi selalu buat macam ni?" "Saja suka-suka...kerja lain takder cuti-cuti ni, ini aje la kerja umi". Kata yang nombor 4 tu pulak, "Umi nak masuk master chef kan? sebab tu umi selalu belajar buat macam ni. Kalau chef Zubir tengok dia ambik umi masuk master chef". Aku gelak aje la. Kadang-kadang lucu jugak dengan kerenah mereka. Tapi yang penting aku seronok dapat masak dan sediakan makanan untuk mereka. Aku senang hati kalau mereka kenyang. Terutama bagi anak sulung aku yang tinggal di asrama. Inilah masa untuk dia makan dan merasa masakan aku ibunya. Masa cuti ni la aku nak jamu dia kenyang-kenyang. Bila persekolahan bermula, hilanglah peluang menjamah masakan umi lagi.

Bila dah siap hidang, aku panggil la dia orang makan. Aku ke dapur untuk bersihkan apa yang patut. Ke depan ke belakang, aku jengok meja, "Masya Allah..." terpacul keluar dari mulutku. Mana taknya, dah tinggal sebelah mangkuk. Baru tiga orang makan. Dua orang lagi masih tidur tak bangun-bangun. Tapi aku puas hati sebab mereka suka makan. Laju je. Macam tu lah anak-anak aku, kalau lama tak makan nasi goreng. Tapi kalau hari-hari aku masak menu yang sama mereka komplen pulak. "Asyik-asyik makan yang ni, takder yang lain ke?" Aku memang dah tahu perangai anak-anak, mereka nak makan menu berbeza setiap masa. Kalau asyik asak masakan sama sehari dua, mula la slow mereka makan. Kalau dah slow tu maknanya uminya kena la tukar menu. Dah tahu dah.

Tapi yang pelik bin ajaibnya, anak-anak aku tak pulak gemuk-gemuk walau pun makan tak berenti. Malahan aku pulak yang tambah berisi. Ini yang tak suka ni. Tolongggg...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan