Pagi ni aku masak roti celup telur je. Senang dan cepat. Sebabnya aku nak keluar. Ada urusan sikit dan yang paling besar nak jalan-jalan. Borring sangat dah terperap kat rumah. Roti ni banyak ceritanya dalam kehidupan aku. Sejak aku sekolah menengah lagi.
Dulu... aku sekolah agama Arab (SMUAIP). Kawan-kawan aku yang sekolah menengah biasa ada belajar ERT. Dia orang belajar memasak dan menjahit. Aku yang sekolah agama ni tak ada belajar semua tu. Bila tengok buku masakan kawan-kawan terliur juga nak cuba. Lagi pun aku memang suka memasak. Aku mula memasak sejak aku darjah enam lagi. Masak untuk ayah. Sebab mak selalu tinggal kami pergi rumah kakak jaga kakak bersalin. Aku belajar masak pun dengan kakak jugak. Masa tinggal rumah kakak 40 hari. Masa tu emak dan ayah aku pergi Mekah. Jadi, minat untuk masak tu dari kecil lagi. Bila selak-selak buku masakan mereka aku tertarik dengan menu ni. Aku selalu cuba buat roti celup telur ni tapi sayangnya tak pernah menjadi. Sebab terlebih minyak. Maklumlah, dulu-dulu mana ada kuali leper. Aku cuma guna kuali biasa aje. Bubuh pulak terlebih minyak. Tak lalu nak makan bila terlebih minyak. Belajar sendiri-sendiri la katakan. Tapi lama-lama menjadi jugak. apa lagi, selalu la aku masak untuk ayah.

Bila habis belajar sekolah menengah, aku dapat masuk maktab. Di sana, aku masuk unit uniform pengakap. Jadi selalu la aku kena pergi berkhemah. Ikut kumpulan. Dalam kumpulan, aku la tukang masaknya. Malam-malam abis aktiviti aku buat la roti ni. Ya la, setiap kumpulan dibekalkan dengan beras, gula garam telur. Itu yang wajib. Lauk pauk yang lain akan diberi bila setiap kali waktu memasak. Best juga makan sambil sembang-sembang makan roti celup panas-panas lagi. Dalam hutan pulak tu. Bertemankan bunyi cengkerik dan lain-lain serangga. Lebih sedap lagi ada bau-bau asap. Sebab kat hutan masak dengan kayu. Emmm...itu semua tinggal kenangan.
Tak sangka bila kawin, aku masak roti ni suami aku. Dia pulak suka sangat makan roti ni.. Tapi kali pertama aku masak dia komplen. "Abang suka, sedap, tapi lagi sedap kalau manis". Ya...itulah suami ku. Semuanya nak manis. Aku ikut resepi zaman sekolah aku tu letak telur dan secubit garam. Takde pulak letak gula. Jadi itu la yang aku buat sampai aku kawin. Rupanya suami aku suka yang manis. Sejak dari hari tu, aku sentiasa buat yang manis. Emmm...nak suruh cik abang sayang.
Sampai la aku ada anak lima. Masih lagi suka buat roti celup ni. Cuma, sekarang ni aku ubah sikit bahan-bahannya. Untuk anak-anak aku tambahkan susu segar. Tak pun susu cair. Ya la, susu kan bagus untuk kanak-kanak. Bukan setakat roti, tapi semua jenis makanan atau kuih yang aku buat mesti masukkan susu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan