Halaman

Sabtu, 21 April 2012

Jalan-jalan tenangkan fikiran...

Hari ni sekolah ganti. Ada kem bestari solat fasa 3. Ada juga bengkel Rakan Pembaca. Aku terlibat dengan kedua-dua program tersebut. Tapi macam mana? Takkan nak belah dua badan aku ni. Serba salah aku dibuatnya. Keduanya tugas penting aku. Aku ustazah yang diberi tugas membimbing murid-murid lemah dalam kem bestari solat. Aku juga guru rakan pembaca. Bengkel RP kali ni memang bawah bidang kerja aku. Mana satu nak aku utamakan kali ni. Segan pulak pada rakan-rakan ustazah. Mereka semua bertungkus-lumus memulihkan anak-anak didik yang belum menguasai fardhu ain. Aku  pulak sibuk di Pusat Sumber, dengan bengkel RPnya, sijil-sijil Nilam Sedaerahnya Isnin nanti, folio Kem Nilam Zon Semenyih minggu depan. Semuanya nak siap segera. Apa pun, maaf ya sahabat-sahabatku, kerana aku tak dapat bersama kalian hari ini. Dan,  terima kasih kerana memahami dan melepaskan aku ke destinasi yang lain.

Dalam kesibukan hari ini, aku suatu perkara yang aku tak sempat nak buat. Tapi percayalah, aku tak pernah lupa untuk melakukannya. Cuma kekangan masa hari ni. Sebab tu lah, bila pulang saja dari sekolah, aku terus menuju ke situ. KL Central. Mencari sesuatu. Alhamdulillah aku berjaya mendapatnya. Tak sabar rasanya nak tunggu hari Jumaat ni. Aduhhh... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan