Cuti-cuti Malaysia. Wahhh!!!...tahun ni berjalan sakan nampaknya. Bermula di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan destinasi terakhir Langkawi. Empat buah negeri aku jelajah dalam masa empat hari. Mana nak cari peluang terbaik macam ni.
Bermula 12.12.2012, kami bertolak jam 8.30 pagi. Negeri pertama yang kami lawati ialah di negeri Perak. Maklumlah, negeri pertama yang kami tempuhi dalam perjalanan menuju ke utara tanah air. Kami melawat di Jana kuasa Hidro Elektrik Temenggor. Kami diberi penerangan serba sedikit tentang pusat-pusat janakuasa yang terdapat di Malaysia. Antaranya di Tasik kenyir Terengganu, Pergau di Kelantan dan lain-lainnya di Perak. Sebenarnya lawatan ke sini sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa pentingnya berjimat cermat daam penggunaan elektrik. Alhamdulillah...ada kesedaran. Dalam perjalanan menuju ke tempat penginapan kami, aku demam selsema. tak tahu kenapa. Nasib baik ketua rombongan kami prihatin dan membawa aku ke farmasi untuk mendapatkan ubat. Lepas makan ubat aku terus tidur. Orang lain keluar lagi malam tu ronda-ronda dan makan-makan.
Hari kedua 13.12.2012, kami melawat Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Kulim Kedah. Selepas makan tengah hari di ADTEC, kami bertolak pula ke Pulau Pinang. Singgah di PKG Gelugur. Satu-satunya PKG di Pulau Pinang. Sedikit taklimat dari PTP 1. Kami dihidangkan dengan makan yang sangat sedap. Tapi sayang aku tak tahu apa namanya. Alhamdulillah...kami kekenyangan hari ni dua kali makan tengah hari. Selepas selesai makan, kami bergerak pula ke Bukit Bendera. Naik kereta api mendaki bukit Bendera. Ini kali kedua aku berpeluang naik Bukit Bendera. Pertama kali aku ke sana nun tahun 1993. Hampir dua puluh tahun yang lepas. Masa tu kereta apinya tak berpintu. Menjelang petang kami singgah di Komtar. Sebenarnya nak membeli belah jeruk di sekitar situ. Tercekik aku, walaupun cuma merasa tiga keping jeruk. Terus stop. Bimbang diserang 'athma'. Bimbang menyusahkan orang sekali lagi. Malamnya kami makan nasi kandaq sponsur UMNO cawangan Sungai Geluguq. Alhamdulillah free lagi makan malam kami. Selepas bersalaman dengan pemilik restoran Mami Azizah, kami menuju ke Pesta Pulau Pinang 2012. Cuma jalan-jalan.
Hari ketiga 14.12.2012, sepatutnya rombongan kami bertolak jam 6.30 pagi lagi. Tapi atas kecuaian aku dan teman sebilik, kami lewat setengah jam. Kami tak sedar langsung. Kepenatan agaknya. Maklumlah, hampir jam 2 pagi tidur malamnya. Malu juga rasanya. Prinsip aku dah tercemar. Prinsip aku 'jangan sampai orang tunggu aku, aku tunggu orang boleh la tahan'. Selepas lebih kurang sejam setengah perjalanan, kami sampai di BTPN Perlis. kami dihidangkan dengan sarapan pagi. Selepas tu ada sedikit taklimat. Kami bertolak menuju ke Jeti Kuala Perlis. Nak ke Langkawi pulak. Kami naik feri jam 10.30 pagi. Sampai di Langkawi kami makan singgah di PKG Kuah. Makan tengah hari. Sekejab saja kami di situ sebab orang dah nak solat Jumaat. Kebetulan pula mereka tak bekerja hari Jumaat. Hari minggu mereka. Apa pun terima kasih kami ucapkan atas kesudian menerina kedatangan kami. Lepas tu kami menuju ke tempat penginapan kami di Pekan Kuah. Kami menginap di Motel Medee. Selepas mandi dan solat, kami di bawa oleh pemandu pelancong ke KILIM GEOFOREST PARK. Wah!!!...Seronok naik bot mengelilingi pulau-pulau sekitar Langkawi. Sayangnya hujan lebat waktu tu. Pulau Kasut cuma dapat lihat dari jauh saja. Apa pun memang seronok dapat tengok helang, masuk gua kelawar dapat tengok batu mencari matahari. Di perkampungan nelayan dapat pula tengok belangkas. Kalau sebelum ni dengar namanya saja. Hari ni boleh tengok rupa bentuknya.
Lebih kurang jam 5.00 petang, kami balik semula ke pengkalan. Dari sini bermulalah era 'shopping menyoping'. Jam 5.30 petng kami sampai di Idaman Suri. Mabuk semua orang. Aku cuma beli coklat je kat situ. Lepas tu, kami ke pekan pula. Katanya di sini banyak kedai. Boleh pilih kedai mana nak masuk. Bawa duit je. Kami diberi peluang shopping sampai malam sebab tempat penginapan kami dekat saja dengan pekan. Boleh balik jalan kaki. Apa lagi. Dari satu kedai ke satu kedai aku berjalan. Sorang diri. Beli beg sekolah anak, coklat untuk anak. Kain batik sarung dan kain pelekat. Bila nak balik kami sesat. Nasib baik ada dua orang pemuda yang baik hati carikan tempat tinggal kami dan tunjuk jalan balik. Terima kasih banyak-banyak. Baguih betoi pemuda Langkawi ni na!... Jam 11.00 malam kami sampai ke bilik.Penat ada, takut pun ada, lapaq juga dok ada. Apa dok tunggu lagi, selepas simpan barang di bilik kami berdua keluaq lagi nak makan. Al-maklum la...dah tau jalan kan!...
Hari terakhir 15.12.2012, lebih kurang jam 8.30 pagi kami bertolak ke jeti. Feri yang akan membawa kami pulang katanya jam 10.30 pagi. Sempat lagi aku meronda-ronda. Mencari-cari sesuatu. Hadiah untuk diri sendiri belum beli lagi rupanya. Cenderamata untuk insan-insan tersayang semua dah beli. Untuk diri sendiri belum lagi. Alamak!!!... Mana boleh. Dalam kesibukan mencari, kawan telefon mereka dah beratur nak masuk ke jeti. Sedihnya. Takper lah...lagi pun aku nak pergi KL minggu depan. Mungkin di sana nanti ada rezeki aku. Dalam kesibukan memujuk hati, aku terdengar pengumuman kelewatan tiba feri yang menuju ke Kuala Perlis. Ha...ni la peluang aku. Aku cabut keluar semula. Sempatlah aku membeli hadiah birthday aku bulan depan. Beli awal takper...Pakai awal pun takper...asalkan beli. Itulah juga prinsip hidup aku. Menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai tanda penghargaan untuk diri sendiri. Kita sayang orang kita belikan dia macam-macam hadiah. Kenapa kita tak belikan sesuatu hadiah untuk diri kita sendiri sebagai tanda sayang pada diri sendiri? Itulah aku...
Sampai di rumah lebih kurang jam 1.00 pagi. Sepanjang perjalanan aku tidur kepenatan. Seronok berjalan. Tapi penat badan. Bukan penat sebab tak cukup rehat, tapi sebab duit banyak habis.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan