Alhamdulillah pagi ni sekali lagi berkesempatan singgah di Masjid Muhammadi di Jalan Sultanah Zainab. Selepas selesai solat, aku mengambil peluang untuk sarapan di sebuah kedai yang sangat terkenal di depan masjid Muhammadi. White House Coffee. Kata orang kedai terkenal dengan roti bakar dan kopinya.
Keluar saja pintu pagar masjid sebelah muslimat, terus nampak kedai kopi White House. Dari jauh nampak penuh dengan pelanggan. Nampak gayanya kena tunggu giliran untuk dapatkan tempat duduk. Sambil berdiri menunggu meja kosong, sempat juga aku menemuramah seorang pelanggan. Katanya tinggal di Cheras. Dekat dah tu. Kami dari Kajang. Setiap kali balik ke Kelantan rumah saudaranya dia tak pernah lepaskan peluang untuk makan roti bakar special di kedai ni. Memang aku ke sini pun sebab nak merasa keistimewaan roti bakarnya. Pernah dulu, masa aku menginap di Khalifa Suite, mereka memperkatakan keistimewaan kopi dan roti bakar di White House. Tapi aku tak berkesempatan merasanya waktu itu. Kebetulan hari ini ada peluang. Tak akan ku lepaskan.
Tengok si Farhan makan nasi lemak sampai dua bungkus. Aku curi-curi merasanya. Memang sedap. Rasa nasi lemak kampung dulu-dulu. Ada kelainan pada rasanya. Aku pula order kopi tarik dan roti bakar. Roti bakar bersama kaya dan mentega. Tiga keping roti bakar tu harganya RM3. Memang padanan yang secocok. Pasangan yang tak dapat dipisahkan. Di mana ada roti bakar di situ ada kopi. Macam sarapan pagi orang kampung. Roti dia roti yang aku suka zaman kanak-kanak ku dulu. Roti bonjol aku panggil. Sekarang ni pun, kalau aku jumpa di mana-mana kedai aku akan beli nak cicah dengan air teh. Betullah orang kata, makin tua makin perangai macam kanak-kanak. Makin meningkat umur makin teringin nak makan makanan yang dimakan zaman kanak-kanak. Satu persatu aku cari makanan tersebut sampai dapat. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan