Halaman

Isnin, 9 September 2013

MAJLIS RESTU ILMU


Majlis restu ilmu adalah majlis kemuncak yang disambut sempena anak-anak akan menduduki peperiksaan. Kalau kami di sekolah rendah, majlis ni disambut sebelum UPSR dijalankan. 

Kenapa perlu diadakan majlis restu ilmu? Sering dimaklumkan pada anak murid bahawa mereka perlu malah wajib menghormati guru-guru. Sekali cikgu kecil hati tak akan berkat ilmu yang kita terima. Memang semua guru akan halalkan segala ilmu yang mereka sampaikan, yang mereka ajar pada anak murid. Tetapi dengan adanya sambutan majlis sebegini, murid-murid akan lebih faham dah lebih amati betapa pentingnya menghormati guru. 


Apa yang menariknya, setiap murid tahun enam disuapkan dengan pulut kuning. Sedapnya. Zaman cikgu sekolah rendah dan menengah dulu tak ada pun majlis-majlis macam ni. Sendiri ingat la untuk mohon maaf dan restu dari guru. Beruntungnya murid sekarang.



Seringkali juga disampaikan kepada murid bahawa mereka perlu menghormati guru sebagaimana menghormati ibu bapa. Guru adalah ibu bapa kedua bagi mereka di sekolah. Mana tidaknya, sakit demam mereka di sekolah diselia oleh guru. Ibu bapa di rumah atau dintempat kerja. Gurulah yang membawa mereka ke klinik. 

Hormatilah guru. Mohonlah restu guru selepas ibu bapa. 

Ahad, 1 September 2013

MERDEKA BIRTHDAY


Bulan Ogos bulan kemerdekaan. Bulan kelahiran dua beradik Fahman dan Fawwaz. Biasanya kami sambut birthday mereka pada awal bulan. Tapi dek kerana awal bulan tu puasa dan sibuk beraya, kami tangguhkan ke akhir bulan. Boleh sambut sekali dengan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56. Makanya keknya pun ada Jalur Gemilang gitu.





Kalau birthday bulan Mei lepas kami selebrate di Pizza Hut, kali ni ubah selera sikit. KFC la pulak. Mereka berdua ni macam kembar. Dah ramai pun yang tanya macam tu. Memang kembar pun. Kembar bulan tapi tahun lain-lain. Bezanya dua tahun tapi badan sama besar. Happy birthday anak-anak umi. Doa dan harapan umi kalian menjadi anak soleh dan beroleh kejayaan dalam pelajaran. Bahagia dunia dan akhirat. AMIN...