Halaman

Ahad, 1 September 2013

MERDEKA BIRTHDAY


Bulan Ogos bulan kemerdekaan. Bulan kelahiran dua beradik Fahman dan Fawwaz. Biasanya kami sambut birthday mereka pada awal bulan. Tapi dek kerana awal bulan tu puasa dan sibuk beraya, kami tangguhkan ke akhir bulan. Boleh sambut sekali dengan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56. Makanya keknya pun ada Jalur Gemilang gitu.





Kalau birthday bulan Mei lepas kami selebrate di Pizza Hut, kali ni ubah selera sikit. KFC la pulak. Mereka berdua ni macam kembar. Dah ramai pun yang tanya macam tu. Memang kembar pun. Kembar bulan tapi tahun lain-lain. Bezanya dua tahun tapi badan sama besar. Happy birthday anak-anak umi. Doa dan harapan umi kalian menjadi anak soleh dan beroleh kejayaan dalam pelajaran. Bahagia dunia dan akhirat. AMIN...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan