Alhamdulillah...umi bersyukur kepada Allah, anak umi seorang lagi berjaya menempatkan diri di asrama penuh. Ibu mana yang tidak bangga dengan kejayaan anak-anaknya. Terima kasih banyak-banyak kepada semua warga SK Datu Hashim kerana jasa mereka selama tiga tahun mengajar serta mendidik anak-anak umi hingga berjaya perloleh 5A. Hari ini terpilih untuk berada di sini.
Umi hantar anak umi ke sini bukan bererti umi tidak menyayangimu anakku... Kerana sayanglah umi berkorban masa dan tenaga demi kejayaan anak-anak umi. Biar pun jauh umi bersedia mengharungi penat lelah demi masa depan yang cerah untuk anak umi. Rajin-rajinlah belajar anak umi...Ingatlah susah payah kita selama ini. Berusahalah demi masa depan yang lebih baik.
Hari ini, umi serahkan anak umi kepada guru-guru yang baru.Umi sentiasa berdoa agar anak-anak umi menjadi anak yang soleh. Anak yang sentiasa mendengar kata ibu bapa dan guru-guru. Hormatilah guru-guru mu duhai anakku, kerana guru-gurumu itu adalah ibu bapa yang kedua bagi diri mu. Nescaya hidupmu berjaya dengan restu dari guru-guru mu .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan