Halaman

Jumaat, 11 Disember 2009

JASA GURU



At-Tabari di dalam kitabnya al-Awsat telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:

"Pelajarilah ilmu pengetahuan itu dan pelajari juga ketenangan jiwa dan kerendahan diri, serta rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajari kamu". 

Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidikku dari kecil hingga dewasa. Kerana kalian aku berjaya menjadi seorang GURU. Kepada semua guru yang mengajar dan mendidikku di Sekolah Kebangsaan Tanjung Jenera, SMU(A) Amir Indera Petra, tidak lupa juga para pensyarah di MPI sekarang dikenali sebagai IPG Kampus Bangi.   Kerana didikan kalian aku menjadi "orang".

Selepas empat tahun bertungkus lumus bersengkang mata, akhirnya aku berjaya menamatkan pengajianku juga kerana jasa seorang 'GURU'. Kami menggelarkan mu "TUTOR". Aku bakal menggenggam segulung ijazah. Alhamdulillah, aku bersyukur pada Mu Ya Allah, kerana aku dikurniakan guru-guru seperti mereka semua. Tak akan ku lupa jasamu GURU... TERIMA KASIH CIKGU, SYUKRAN JAZILAN YA USTAZ WA  USTAZAH, THANK YOU SIR AND TEACHER... JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA...

Jumaat, 4 Disember 2009

Ayat Kursi / اية الكرسيِّ

Kursi dari segi bahasa bermaksud tempat duduk. Akan tetapi dari segi istilah kursi bermaksud kekuasaan. Diberi gelaran ayat al-Kursi kerana di dalamnya terdapat makna yang besar. Ayat ini juga merupakan ayat yang paling agung di ddalam al-Quran. Ia juga penghulu bagi seluruh ayat al-Quran. Ayat ini diturunkan pada waktu malam.

Diriwayatkan bahawa ketika ayat kursi diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, maka turunlah bersamanya 70 000 malaikat yang mulia. Pada ketika iti juga Rasulullah SAW memanggil Zaid r.a selaku penulis wahyu untuk menulisnya.

KEAGUNGAN AYAT KURSI

Ayat Kursi adalah ayat yang paling agung di dalam al-Quran. Allah swt telah berfirman yang maksudnya:
"Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang Maha Hidup lagi terus menerus menguruskan (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.Allah mengetahui apa yang ada di depan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun tentang ilmu Allah melainkan apa yang dikehendali-Nya. KURSI Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya serta Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung".
Al-Baqarah : 255)

Jika diteliti maksud ayat Kursi secara umum, di dalamnya terkandung sifat utama bagi Allah swt. Antaranya ialah ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak. Sehubungan dengan ayat yang mulia ini Rasulullah saw bersabda dengan maksudnya:
"Sesungguhnya seagung-agung ayat di dalam al-Quran adalah ayat Kursi. Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapus keburukan daripadanya. Keburukannya dari ketika itu hingga keesokan harinya".

Khamis, 3 Disember 2009

Apa itu ISLAM?

ISLAM bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Islam berasal dari perkatan Arab (اسلم-يسلم-اسلاما)yang bermaksud tunduk atau patuh. Islam juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai.
Dari segi istilah Islam bermaksud cara hidup, iaitu cara bagaimana manusia perlu mengatur hidup mereka di dunia. Islam adalah agama wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Islam memberi maksud menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkan-Nya dengan penuh keyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.Firman Allah dalam Surah Ali Imran: 19 yang bermaksud:-
"Sesungguhnya agama yang diakui di sisi Allah adalah Islam"

AMALAN DALAM BULAN-BULAN ISLAM

Muharram -
* berpuasa sunat
* Bersedekah


Safar -
* Tiada amalan khusus


Rabuilawal -
* Memperbanyakkan amalan sunat


Rabiulakhir -
* Tiada amalan khusus


Jamadilawal -
* Memperbanyakkan amalan sunat


Jamadilakhir-
* Tiada amalan khusus


Rejab -
* Memperbanyakkan istighfar, zikir, tasbih, selawat setiap hari


Syaaban -
* Berpuasa sunat
* Memperbanyakkan istighfar, selawat dan zikir
* Memperbanyakkan amalan sedekah dan bacaan al-Quran


Ramadhan -
* Menunaikan puasa
* Mengerjakan solat sunat Tarawih dan solat sunat witir
* Memperbanyakkan amalan baik
* Memperbanyakkan sedekah
* Berighfar, berzikir dan berselawat
* Beriktikaf di masjid pada 10 hari terakhir Ramadhan
* Sentiasa membaca al-Quran
* Mengerjakan Qiamullail
* Membaca doa dan mengharapkan bertemu Lailatul Qadar


Syawal -
* Membayar zakat fitrah
* Menunaikan solat sunat Aidilfitri
* Saling bermaafan
* Berpuasa enam hari dalam bulan Syawal


Zulkaedah -
* Tiada amalan khusus


Zulhijjah -
* Melaksanakan solat sunat Aidiladha
* Melaksanakan ibadah korban
* Menunaikan ibadat haji