At-Tabari di dalam kitabnya al-Awsat telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:
"Pelajarilah ilmu pengetahuan itu dan pelajari juga ketenangan jiwa dan kerendahan diri, serta rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajari kamu".
Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidikku dari kecil hingga dewasa. Kerana kalian aku berjaya menjadi seorang GURU. Kepada semua guru yang mengajar dan mendidikku di Sekolah Kebangsaan Tanjung Jenera, SMU(A) Amir Indera Petra, tidak lupa juga para pensyarah di MPI sekarang dikenali sebagai IPG Kampus Bangi. Kerana didikan kalian aku menjadi "orang".

Selepas empat tahun bertungkus lumus bersengkang mata, akhirnya aku berjaya menamatkan pengajianku juga kerana jasa seorang 'GURU'. Kami menggelarkan mu "TUTOR". Aku bakal menggenggam segulung ijazah. Alhamdulillah, aku bersyukur pada Mu Ya Allah, kerana aku dikurniakan guru-guru seperti mereka semua. Tak akan ku lupa jasamu GURU... TERIMA KASIH CIKGU, SYUKRAN JAZILAN YA USTAZ WA USTAZAH, THANK YOU SIR AND TEACHER... JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA...