Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Sabtu, 29 November 2014

MANDI-MANDA DI PD


Selepas tiga tahun, alhamdulillah 2014 kami diizinkan Allah menjejakkan kaki ke bumi Port Dickson (PD). Kalau sebut PD pasti semua orang tahu. Bila sebut PD pasti terbayang keindahan pantainya. Deruan ombak yang lembut dan gemalai. Tempat mandi-manda kesukaan kanak-kanak. 

Tahun lepas 2013, baru setahun jagung kami di sini. Tiba saja musim cutii sekolah ada di kalangan rakan sekolah anak-anak yang bercuti di PD. Bila jumpa semula rakan-rakan di seekolah mereka bercerita tentang keseronokan mereka mandi-manda di PD. Anak-anak apa lagi balik cerita pada uminya keseronokan bercuti di PD. Merengek-rengek minta pergi ke PD cuti akan datangnya. Umi senyum je. Anak-anak umi tak pernah ke pergi ke PD? Tak jawab mereka serentak. Ala kesiannya. Tak apa la kalau tak pernah pergi PD pun, kita selalu malah setiap bulan pergi mandi-manda di Port Dickson dulu. tu lain kata mereka. Umi jawab sama pun mereka tak puas hati. Kesian anak-anak umi.

Alhamdulillah, cuti akhir tahun 2014 ni umi berpeluang memenuhii permintaan anak-anak untuk bercuti di PD. Umi pandu kereta bersama lima hulu balang umi dari Putrajaya ke PD. Hampir dua jam meredah hujan. Kereta hitam bertukar warna putih. Mana taknya redah air selut sepanjang jalan. Kami tak lalu highway. Ikut jalan biasa. Kami menginap di The Grand Beach Resort Port Dickson. Esoknya, pepagi buta lagi mereka bangun. Tak sabar nak terjun laut. Seawal jam 7 pagii mereka dah bersantai-santai di tepi pantai. Penat mandi-manda berjemur. Puas berjemur berenang semula. Kulit kelabu bertukar hitam. Bila terasa lapar mereka naik makan. Lepas kenyang mereka beralih arah pula. Terjun kolam. Ewah ewah ewah... seronok sungguh anak-anak umi. Mulanya umi jadi pemerhati. Bila hari dah panas umi tinggalkan mereka lima beradik di kolam renang. Baik umi berehat dalam bilik. Nyaman. Boleh nonton. Makan-makan. 

Selasa, 25 November 2014

ARIC n TOKSU

DEBAR UPSR



Esok 26 November 2014 merupakan tarikh pengumuman keputusan UPSR 2014. Pastinya calon-calon UPSR serta para ibu bapa sekalian berdebar menantikan keputusannya esok. Tidak ketinggalan juga para guru yang telah bertungkus-lumus mengajar anak-anak didiknya selama lebih lapan bulan sebelum ujian berlangsung. Pastinya juga esok semua sekolah akan dibanjiri dengan murid-murid bersama ibu bapa masing-masing untuk mengambil dan menerima slip UPSR. Semoga murid-murid SK Telaga Ara beroleh kejayaan cemerlang.  Insya Allah.

Sabtu, 22 November 2014

FLY T0 KL

Cuti persekolahan penggal kedua sesi 2014 dah pun bermula. Apa lagi, back to KL la. Kali ni umi baik hati. Umi bawa anak-anak umi 'fly'. Niat umi tak lain tak bukan nak bagi anak-anak umi merasa naik kapal terbang. Umi kesian anak-anak umi serba kekurangan. Umi nak anak-anak umi merasa naik kapal terbang macam orang lain juga. Lagi pun kebetulan jumpa tambang murah. RM60 seorang. Pergi balik hampir RM800. Sama jumlahnya dengan kos minyak kereta umi pergi balik sekolah sebulan. Cuti ni umii tak ke sekolah. Jadinya bolehlah umi belanjakan untuk kbeli tiket kapal lterbang.  Insya Allah...selagi terdaya dan selagi termampu. Semoga Allah murahkan rezeki umi untuk anak-anak umi juga. 

Jumaat, 21 November 2014

SELAMAT BERCUTI...


Selamat bercuti murid-murid semua. Selamat bercuti bersama ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing. Kalau sebelum ni seharian kita bersama. Daripada pagi sampai ke petang kamu bersama para guru di sekolah. Mendengar celoteh dan leteran guru-guru. Bermula 21 November murid-murid ustazah bersama ibu ayah dan keluarga masing-masing di rumah atau di mana saja.Sepanjang tempoh itu bukan bererti cikgu-cikgu alas mendidik dan mengajar kamu, tetapi kami para guru memberi peluang kalian bersama ibu ayah masing-masing. Masa cuti beginilah masa untuk memupuk dan mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Oleh itu, selamat bercuti para insan yang bergelar guru. Masa cuti begini ambillah peluang untuk bersama keluarga terutama anak-anak cikgu yang masih kecil Yang selama ini sedikit sangat masa cikgu luangkan untuk mereka. Keana masa cikgu lebih banyak bersama anak didik di sekolah. Sebelum ini, cikgu mendidik anak murid dengan tekun sedangkan anak cikgu sendiri ditinggalkan kepada pembantu rumah. Gunakanlah masa cuti yang hanya tiga minggu ini dengan sebaiknya.

#cuti-cuti Malaysia

Khamis, 13 November 2014

KHATAM AL-QURAN j-QAF

Selasa, 11 November 2014

HAPPY BIRTHDAY TUANKU

Selamat Hari Keputeraan yang ke 45 Tuanku Sultan Muhammad V. Tuanku Sultan Kelantan sangat disanjung dan disayangi oleh seluruh rakyat Kelantan kerana peribadinya yang mulia dan sangat bersederhana dalam kehidupannya. Kalau dilihat cara hidupnya tak ubah cara hidup rakyak jelata. Tak perlu diceritakan lagi kerana rata-rata ramai yang telah membaca dan melihatnya dalam facebook atau blog. Kami sebagai rakyat Kelantan sangat bangga dan bersyukur adanya sultan yang berjiwa rakyat dan sangat pentngkan agama. Alhamdulillah...

Isnin, 10 November 2014

KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2014



Surat dari JPN dan PPD mengarahkan pihak sekolah melaksanakan KM1M diminitkan atas nama Pn Fadzilah. Tercatat di atasnya Pn Fadzilah sila ambil tindakan. Mengikut perancangan awal KM1M akan dilaksanakan selama tiga hari serentak seluruh Malaysia iaitu bermula 4 - 6 November 2014. Walau bagaimanapun terpaksa ditunda kepada 9 - 10 November 2014 kerana cikgu Fadzilah diarahkan berkursus di ILIM Wilayah Timur sepanjang tarikh tersebut. 

Walaupun tempohnya dipendekkan, KM1M berjaya juga dilaksanakan dengan kesungguhan murid dan guru yang terlibat. Tujuh acara dipertandingkan. Antaranya pertandingan mewarna abjad bagi murid tahun 1 dan 2. Pertandingan mewarna poster untuk murid tahun 3. Bagi Tahap 2 acaranya lebih mencabar. Pertandingan Ulat Buku untuk Tahun 4, Pertandingan Big Book bagi murid Tahunn 5, Pertandingan Melukis Kulit buku dan Pohon Nilam bagi murid Tahun 6. Kesemua acara pertandingan diadakan pada 9 November 2014. 

Hari kedua adalah hari perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Tak ketinggalan penyampaian sijil dan cenderahati kepada murid yang layak menerima sijil Pengiktirafan NILAM. Majlis dimulakan dengan Membaca Bersama selama 14 minit. Diikuti dengan ucapan persmian dan seterusnya penyampaian hadiah dan sijil. Seramai enam orang murid Tahap 2 yang layak menerima sijil pengiktirafan. Dua orang menerima Sijil Gangsa, dua orang sijil Perak dan dua orang sijil Emas. Tahniah murid-murid cikgu. 

Khamis, 6 November 2014

KURSUS PdP

Rabu, 5 November 2014

SEPETANG DI KUALA BESUT

Selasa, 4 November 2014

SANTAI DI BUKIT KELUANG

Subhanallah...indahnya ciptaan Allah swt. Sampai saja di sini hati yang resah menjadi tenang. Fikiran yang kusut akan terlerai.

Isnin, 3 November 2014

TANGGAL 3 NOVEMBER




CATATAN POPULAR