Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Memaparkan catatan dengan label SKTA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SKTA. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Oktober 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan unit uniform SKTA telah diadakan selama 3 hari bermula 16 Oktober 2014 dan berakhir pada 18 Oktober 2014 di Pudi Resort. Walaupun terdapat banyak halangan dan kekurangan, namun perkhemahan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

Jumaat, 8 Ogos 2014

RAYA-RAYA SKTA

Sambutan hari raya tahun cukup meriah walaupun agak sederhana. Sederhana jika dibandingkan dengan tahun lepas. Tahun ini sambutannya tanpa jemputan luar PPD atau JPN. Hanya kita-kita sahaja. Lagi meriah siap dengan hiasan pentas. Haa...sapa lagi kalau bukan cik lah. Itulah kerjaku. 


Ahad, 13 Oktober 2013

D'KORBAN 2013




Sabtu, 12 Oktober 2013

MASTER CHEF CILIK



MURAL PSS


Khamis, 26 September 2013

SKTA D'KL



Isnin, 9 September 2013

MAJLIS RESTU ILMU


Majlis restu ilmu adalah majlis kemuncak yang disambut sempena anak-anak akan menduduki peperiksaan. Kalau kami di sekolah rendah, majlis ni disambut sebelum UPSR dijalankan. 

Kenapa perlu diadakan majlis restu ilmu? Sering dimaklumkan pada anak murid bahawa mereka perlu malah wajib menghormati guru-guru. Sekali cikgu kecil hati tak akan berkat ilmu yang kita terima. Memang semua guru akan halalkan segala ilmu yang mereka sampaikan, yang mereka ajar pada anak murid. Tetapi dengan adanya sambutan majlis sebegini, murid-murid akan lebih faham dah lebih amati betapa pentingnya menghormati guru. 


Apa yang menariknya, setiap murid tahun enam disuapkan dengan pulut kuning. Sedapnya. Zaman cikgu sekolah rendah dan menengah dulu tak ada pun majlis-majlis macam ni. Sendiri ingat la untuk mohon maaf dan restu dari guru. Beruntungnya murid sekarang.



Seringkali juga disampaikan kepada murid bahawa mereka perlu menghormati guru sebagaimana menghormati ibu bapa. Guru adalah ibu bapa kedua bagi mereka di sekolah. Mana tidaknya, sakit demam mereka di sekolah diselia oleh guru. Ibu bapa di rumah atau dintempat kerja. Gurulah yang membawa mereka ke klinik. 

Hormatilah guru. Mohonlah restu guru selepas ibu bapa. 

CATATAN POPULAR