Aku bukan kaunselor. Tapi aku seorang pendengar yang baik. Aku mendengar luahan perasaan seseorang dan aku cuba meletakkan diriku dalam situasi itu. Sedih ceritanya menangislah aku. Gembira hatinya senang aku. Seorang rakan telah menceritakan kisah cintanya yang tersungkur di tengah jalan. Berakhir ceritera cintanya akibat fitnah durjana. Fitnah dari seorang sahabat yang tidak mahu melihat mereka bahagia. ....
Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Kita perlulah mencontohinya supaya dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang sejati.
Qudwah Hasanah
Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.
Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.
Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.
Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.
Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.
Sabtu, 27 November 2010
Khamis, 11 November 2010
DEBAR UPSR 10
Alhamdulillah... Allah telah memakbulkan doaku, doa mereka di sekelilingku yang turut ingin melihat 'dia' berjaya. Berkat usaha gigihnya juga. Gigih ke...? Satu persoalan tu. Sakit jiwa 'umi' nak tengok dia belajar di rumah. Stress gak la...
Pagi tadi tak sanggup rasanya nak melangkahkan kaki ke sekolah. Takut, bimbang, risau, semuanya bercampur baur. Tapi seorang rakan (SU Peperiksaan) menelefonku. 'Dah sampai sekolah lum kak? Pegi-pegi la.' Masa tu nak kata berharap sangat tak juga. Tapi jauh dalam hati sanubari nak sangat 'dia' dapat 5A. Untuk masa depan 'dia' juga. 'Tahniah kak, 5A' katanya. Terus air mata berderai. Terharu, gembira semua ada. Alhamdulillah, Allah telah makbulkan doaku...Lebih kurang jam 10 pagi aku melangkah turun untuk ke sekolah. Senyap tanpa sepatah kata. Di sekolah pun sama. Tak berani nak bercakap, sebenarnya bimbang masih ada. Bibir tetap mengukir senyum bila disapa.
Bila rombongan GPK 1 dan SU Peperiksaan sampai di sekolah, dan aku menyaksikan sendiri senarai nama murid yang mendapat 5A barulah hati lega dan terharu. Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik dan mengajar Muhammad Syamil Fadhlin bin Che Samsurikhan. Kerana didikan cikgu-cikgu lah 'dia' berjaya mendapat 5A. Terutama guru-guru SKBTK yang telah menjagar 'dia' dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Tak ketinggalan juga guru-guru Tahun 1 Bakawali di SK Semenyih tahun 2005. Akhir-akhir ini juga guru-guru SKS turut mencurahkan ilmu padanya di kelas tambahan. Terima kasih cikgu. Jasa mu tak terbalas oleh kami. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya.
Langgan:
Catatan (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Peringkat ketiga penghimpunan al-Quran berlaku pada zaman pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan r.a. dan beliau sendirilah yang menga...
-
PENGENALAN Ilmu Tajwid adalah satu ilmu yang berkaitan bacaan atau cara menyebut lafaz-lafaz al-Quran. Ia boleh juga dikatakan sebagai tu...
-
T erdapat beberapa keistimewaan yang dapat dicungkilkan dan diberi perhatian. Antara keistimewaan Rasm Uthmani ialah: Bersifat...
-
1. AMANAH Amanah adalah salah satu sifat wajib bagi rasul. Ia bermaksud menunjukkan kejujuran dan sikap tidak menyimpan...