Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Memaparkan catatan dengan label PPIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPIM. Papar semua catatan

Isnin, 24 Julai 2017

MUKHAYYAM PERDANA PPIM KELANTAN

Tarikh 20-23 Julai aku mengutip bersama PPIM Kelantan. Ia merupakan sesuatu yang indah dan tidak dapat aku lupakan. Bukan sekadar menjalankan tugas secara paksa rela, tetapi aku secara tidak langsung mengutip ilmu bersama anak-anak didik. Maklumlah, sebagai orang baru dalam unit uniform Pergerakan Puteri Islam, banyak perkara yang belum diketahui selok-beloknya.








Khamis, 15 Jun 2017

IHYA RAMADHAN PPIM

Teriring salam hangat untuk jama'ah semua, selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 1432 H, mohon maaf bila ada kesalahan baik sengaja maupun tidak sengaja.

Semoga dengan hadirnya bulan Ramadhan kita menemukan fitrah sejati. Semoga kita bisa merasakan kebahagiaan bersama Allah dalam setiap amal ibadah, sehingga kita memperoleh ampunan, berkah dan rahmat dari Allah SWT. Amin.






Ihya Ramadhan atau menghidupkan Ramadhan dengan berbagai aktiviti yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bulan yang penuh berkah, rahmat dan ampunan ini hendaklah diisi dengan pelbagai ibadah kepada Allah swt, memperpanjang ruku’, sujud, solat tarawih, bermunajat kepada Allah, memperbanyak solat nawafil, sentiasa berzikir, tilawah dan tadabbur al-Quran, I’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, mengurangkan waktu tidur pada siang hari (Dimana Rasulullah dan Ummatnya selama Ramadhan begitu aktif dalam beramal ibadah).

Disamping itu aktiviti dalam bulam Ramadhan juga harus dapat memperkukuhkan hubungan dengan sesama Islam, seperti memberikan zakat, infaq dan sedekah, ifthar (buka puasa bersama) dll. Menjauhkan diri dari perbuatan lagha (sia-sia). Bulan Ramadhan adalah fursah (peluang) untuk memperbanyak ibadah sehingga kita dapat menjauhkan diri dari hal-hal yang mengganggu waktu ibadah, seperti menghabiskan waktu hampir seharian di dapur untuk menyiapkan makanan berbuka, kerana saat yang terbaik untuk pengisian roh dan penyucian jiwa akan hilang begitu saja dengan pengisian perut dan pengotoran jiwa seperti menghabiskan waktu di depan televisyen dan perbuatan lain yang cenderung kearah tersebut.


Jumaat, 5 Mei 2017

BENGKEL BUKU LOG PPIM

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah syukur, saya dapat turut sama menghadiri bengkel ini atas jemputan dan jasa baik PPIM Daerah Pasir Puteh. Saya sebagai guru pengiring yang mengiringi empat orang PUTERI dari SKBP turut sama berbengkel. Rasa syukur yang amat kerana diberi peluang untuk menambah ilmu dalam bidang ini. Dapat la diterapkan pada anak-anak PUTERI di sekolah lepas ni. Insya Allah...


Tatacara perjumpaan

Bengkel buku log

Peserta PPIM Bachok
AJK PPIM Pasir Puteh & Guru Besar SK Wakaf Raja

Peserta Bachok & Pasir Putih

Rabu, 22 Februari 2017

MESYUARAT AGUNG PPIM BACHOK

Pengerusi PPIM Bachok, En Patma (PP PPD), PKKO SMKDP, Pn Noraidah JPNK
Barisan J/kuasa Pentadbir PPIM Bachok

CATATAN POPULAR