Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Khamis, 15 Jun 2017

IHYA RAMADHAN PPIM

Teriring salam hangat untuk jama'ah semua, selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 1432 H, mohon maaf bila ada kesalahan baik sengaja maupun tidak sengaja.

Semoga dengan hadirnya bulan Ramadhan kita menemukan fitrah sejati. Semoga kita bisa merasakan kebahagiaan bersama Allah dalam setiap amal ibadah, sehingga kita memperoleh ampunan, berkah dan rahmat dari Allah SWT. Amin.






Ihya Ramadhan atau menghidupkan Ramadhan dengan berbagai aktiviti yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bulan yang penuh berkah, rahmat dan ampunan ini hendaklah diisi dengan pelbagai ibadah kepada Allah swt, memperpanjang ruku’, sujud, solat tarawih, bermunajat kepada Allah, memperbanyak solat nawafil, sentiasa berzikir, tilawah dan tadabbur al-Quran, I’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, mengurangkan waktu tidur pada siang hari (Dimana Rasulullah dan Ummatnya selama Ramadhan begitu aktif dalam beramal ibadah).

Disamping itu aktiviti dalam bulam Ramadhan juga harus dapat memperkukuhkan hubungan dengan sesama Islam, seperti memberikan zakat, infaq dan sedekah, ifthar (buka puasa bersama) dll. Menjauhkan diri dari perbuatan lagha (sia-sia). Bulan Ramadhan adalah fursah (peluang) untuk memperbanyak ibadah sehingga kita dapat menjauhkan diri dari hal-hal yang mengganggu waktu ibadah, seperti menghabiskan waktu hampir seharian di dapur untuk menyiapkan makanan berbuka, kerana saat yang terbaik untuk pengisian roh dan penyucian jiwa akan hilang begitu saja dengan pengisian perut dan pengotoran jiwa seperti menghabiskan waktu di depan televisyen dan perbuatan lain yang cenderung kearah tersebut.


Khamis, 8 Jun 2017

TRAGEDI 7 RAMADHAN 1438H



Berita Harian
Jumaat, 2 Jun 2017 | 4:25pm

KUALA KRAI: Keceriaan 12 pelajar tahfiz untuk menghadiri program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan, Kota Bharu, bertukar ngeri apabila enam daripada mereka maut selepas van dinaiki terbabas di Kampung Telekong di sini, pagi tadi.

Dalam nahas jam 9.30 pagi itu, lima pelajar termasuk seorang berasal dari Thailand, maut di lokasi, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Krai (HKK).

Lima pelajar yang meninggal dunia di lokasi ialah Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Muhamad Rahman Rozali, 17; Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, dan Sarifuddin Muhammad, 14, (Thailand) manakala Ahmad Farhan Zulkifli, 14, dan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17, meninggal dunia di HKK.

Kemalangan itu juga menyebabkan enam lagi pelajar tahfiz dan dua guru pengiring parah. Mereka kini dirawat di HKK dan Hospital Machang.

Sabtu, 3 Jun 2017

SOLAT SUNAT TASBIH

Ramadhan Kareem...

Saya google cara untuk menunaikan solat Tasbih. Saya jumpa blog apa entah tak ingat. Saya save gambar-gambar ni supaya senang saya nak hafal kaifiyatnya. Lepas tu saya fikir baik saya save jugak dalam bolg saya. Maaf ya tuan punya sebab saya dah lupa blog mana satu. Jazakllahu khairan kathira...

Jumaat, 2 Jun 2017

PERISTIWA 7 RAMADHAN 1438H

                                                                                                                                      انا لله وانا اليه راجعون
                                                                                                                         اللهم اغفرلهم وعافهم واعف عنهم

Berita sedih buat warga Tahfiz seluruh Kelantan khususnya. Van Maahad Tahfiz Al-Hashimi Dato' Adnan Hashim dilaporkan kemalangan di Telekong, Kuala Krai, Kelantan.

14 orang mangsa yang terlibat, 2 orang ustaz dan 12 orang anak-anak Tahfiz Al-Hashimi. Laporan awal mengesahkan bahawa 5 orang anak-anak tahfiz telah meninggal dunia di tempat kejadian. 2 orang meninggal ketika sedang menerima rawatan di hodpital Kuala Krai. Selebihnya cedera.

Dikatakan anak-anak tahfiz ini menuju ke Qariyyah Ramadhan Kota Bharu untuk menyertai program Daurah Tafsir Al-Quran pagi ini. ALLAHU AKBAR. Kematian yang indah. Kematian yang amat kami cemburui. Mati di hari Jumaat dalam bulan Ramadhan dan bergerak untuk pergi menuntut ilmu. Syurga Firdaus milik mu.

Semoga ahli keluarga para pelajar tahfiz dan para guru mereka diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang berat ini. Berhentilah bersedih wahai ayah bonda dan keluarga, kerana mereka semua "Syuhada' Ramadhan" yang semestinya syurga bagi mereka.

Pemergian indah yang sangat dicemburui, tetapi sangat perit untuk diterima. Memang tidak dapat bayangkan jika hal ini berlaku pada ahli keluarga sendiri. YA ALLAH kepada MU sahaja kami berserah...

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Khamis, 1 Jun 2017

KELEBIHAN CUTI RAMADHAN II

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini lebih bermakna. sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Ramadhan tahun ni permulaan disambut diawal cuti persekolahan. Umi dan anak-anak semua bercuti. Kebetulan pulak abang pun tengah cuti panjang baru habis asasi. Peluang baik kali ini umi ambil dan guna sebaiknya.

Bermula 1 Ramdhan, anak-anak bertadarrus bersama umi. Lancar ke merangkak ke tak kisah. Umi tasmik dan betulkan bacaan yang salah. Yang dah lancar Alhamdulillah umi semak bacaannya. Bagi yang belum lancar bacaannya, Insya Allah akan bertambah lancar dengan izin Allah. Semoga kesempatan cuti dua minggu ini kami dapat khatam al-Quran. Itulah target dan hasrat hati seorang umi. Dua juzuk sehari insya Allah dapat khatam dalam tempoh dua minggu. Kalau tak sempat khatam pun, Insya Allah akan diteruskan dengan tiga beradik saja. Sebab lepas buka sekolah dua orang akan masuk asrama semula.

Oleh kerana waktu tadarrusnya selepas solat subuh setiap hari, maka beginilah rupa keadaan anak-anak umi setiap pagi. Mula-mulanya elok. Tapi masuk pusingan kedua sorang tumbang. Maklumlah baru 10 tahun. Belum khatam pun lagi. Tapi bacaannya agak baik. Tajwidnya agak bagus. Panjang pendek bacaan cukup dijaga. Tng dengung memang class. Cuma bacaan sangkut-sangkut sikit. Terima kasih ustazah kelas qiraati Pengkalan Chepa kerana Berjaya mengasuh dan mendidik anak-anak didik dengan baik. Buktinya bacaan anak umi yang sorang ni.

Round ketiga, biasanya tamat giliran mereka, akan tumbang dua orang lagi. Sebab satu juzuk biasanya tiga pusingan. kalau lebih pun umi akan tamatkan. Memandangkan ramai yang dah tumbang. Alhamdulillah dah dapat tadarrus. Jam 7.30 pagi dah selesai. Yang tidur terus melingkar. Abang-abang akan kutip Quran adik-adik yang dah terlena. Biasanya pun, malah setiap pagi begitulah keadaannya. Dah enam hari Ramadhan hari ni. Enam hari berpuasa. Kami masih istiqamah. Sesekali rasa kasihan pada anak-anak. Tapi inilah cara untuk umi mendidik anak-anak. Cara masing-masing berbeza.

Berbeza pula gayanya bila tadarrus selepas solat Zuhur. Masing-masing dah segar bugar selepas bagun tidur. Mana taknya berjam-jam tidur. Biarlah. Biasanya masuk waktu Zuhur umi akan kejutkan mereka untuk solat. Nak tunggu semua siap, daripada bangun dari tidur, mandi mahu makan masa satu jam. Atau mungkin lebih. Jam 2.00atau 2.30 petang baru boleh solat berjamaah. Lepas solat Zuhur kami sambung terus dengan tadarrus al-Quran. Setiap hari lepas tadaruus umi boleh terus masuk dapur untuk menyediakan juadah berbuka. Alhamdulillah, semoga Ramadhan tahun ini kami dikurniakan kelebihan malam Ramadhan Kareem. Yang mana 1 malam bersamaan dengan 1000 bulan. Itulah kehendak dan citi-cita setiap muslim dan mukmin. Insya Allah, semuanya dengan izin Allah.

CATATAN POPULAR