Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


PROFIL

Di lahirkan pada 28 Januari 1972 di Bachok Kelantan. Anak kelima dari lima orang adik-beradik. Mula melangkah ke alam persekolahan di SK Tanjung Jenera. Meneruskan pelajaran ke peringkat Menengah di SMU (A) Amir Indera Petra, Beris Kubur Besar, Bachok Kelantan. Oleh kerana bercita-cita untuk menjadi seorang guru, terima tawaran KPM untuk menerima latihan keguruan di MPI ambilan 1994-1996. Sekarang dikenali dengan IPG Kampus bangi. Selepas 5 semester, tahun 1997 mula bertugas sebagai seorang guru dengan gelaran 'ustazah'.

 Lapan tahun kemudian, 2006 berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Terbuka Malaysia. Dalam tempoh empat tahun belajar, banyak kenangan pahit manis berlaku. Namun berbekalkan semangat suami, ibu, keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu, akhirnya berjaya memiliki segulung ijazah. Terima kasih semua.

Bermustautin di Kajang, Selangor. Masih bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan terus segar mekarkan semangat ke arah itu. Amin...

 

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR