Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Khamis, 3 Disember 2009

Apa itu ISLAM?

ISLAM bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Islam berasal dari perkatan Arab (اسلم-يسلم-اسلاما)yang bermaksud tunduk atau patuh. Islam juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai.
Dari segi istilah Islam bermaksud cara hidup, iaitu cara bagaimana manusia perlu mengatur hidup mereka di dunia. Islam adalah agama wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Islam memberi maksud menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkan-Nya dengan penuh keyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.Firman Allah dalam Surah Ali Imran: 19 yang bermaksud:-
"Sesungguhnya agama yang diakui di sisi Allah adalah Islam"

Tiada ulasan:

CATATAN POPULAR