Qudwah Hasanah

Qudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiap nilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup.


Rabu, 28 Mei 2014

TRIP SENANDUNG WAU

Cuti sekolah dah bermula. Sebagaimana yang dirancang, kami sekeluarga akan bercuti di suatu tempat yang istimewa. Bercuti bersama anak-anak. Anak-anak zaman sekarang tak pernah naik kenderaan awam. Sebab ibu bapa mereka aada kenderaan sendiri. Tak samandengan ibu ayah zaman dulu. Kalau berjalan atau bercuti ke mana-mana mesti naik bas. Anak-anak umi pun sama. Mereka bersungut tak pernah balik kampung dengan bas. Macam glamor benor naik bas.  Kesian...


Pernah sekali, kami balik kampung untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Kami balik dengan bas. Bukan main seronok mereka. Dapat naik bas dua tingkat kata mereka. Dapatla mereka merasa naik bas balik kampung. Ok la tu, ada juga pengalaman.

Kali ni, umi bagi mereka pengalaman baru. Kami bercuti dengan kereta api pula. Tapi destinasinya berbeza... Mungkin, suatu hari nanti umi akan beri peluang mereka merasai pengalaman naik kapat terbang. Kan ada tambang murah... Insya Allah...

Rasanya pun, inilah kali pertama dan terakhir kami naik kereta api. Kalau dikira masa perjalananya lambat. Tambangnya lebih mahal daripada tambang bas. Cuma boleh tidur. Tapi yang tidak menyeronokkan ialah ada penumpang yang merokok dalam kereta api. Selang setenga jam umi akan rasa sesak dada. Tersumpat paru-paru agaknya. Betul la kata doktor, merokok bukan saja membahayakan diri perokok, tapi jugz kepada orang sekeliling. Kurang asam betul orang tu. Dalam kenderaan awam mana boleh merokok. Tak ada kesedaan sivik langsung. Hilang terus keseronokan bila sesak nafas. Dalam hati umi berdoa supaya perokok tegar tu cepat-cepat tidur. Tapi rupanya umi yang tertidur. Sebab apa tau, tiap kali umi terjaga jam 1 pagi bau lagi asap baru. Jam 2 pagi bau juga asap baru. Dugaan sungguh percutian kali ni... bak kata P Ramlee cobaannn...

Sekarang jam dah menunjukkan pukul 6.45 pagi. Kami masih belum sampai-sampai ke destinasi. 

Ahad, 25 Mei 2014

HADIAH HARI GURU 2014


Alhamdulillah, dalam suasana sambutan hari guru yang serba sederhana, banyak juga hadiah yang cikgu dapat. Hampir 20 hadiah. Terima kasih tak terhingga cikgu ucapkan pada murid-murid cikgu. Tak lupa juga para ibu bapa mereka. Kiranya tahun ni lebih dari tahun-tahun sebelumnya. Tak percaya sebenarnya, cikgu garang pun ada juga murid bagi hadiah. Terima kasih banyak-banyak. 

Sebenarnya, ada satu lagi hadiah. Tapi dah jadi darah daging. Cikgu dapat sebiji buah tembikai hadiah dari murid cikgu. Sehari selepas sambutan hari guru, cikgu puasa. Cikgu buat jus untuk berbuka puasa. Alhamdulillah...

Jumaat, 23 Mei 2014

LAGU TEMA HARI GURU 2014

LAGU TEMA HARI GURU 2014: http://youtu.be/Hs8gmekceHI

Selasa, 20 Mei 2014

KEJOHANAN BOLA TAMPAR ZON

Hari ni berlangsungnya kejohanan bola tampar peringkar zon. Dah dua hari bertungkus-lumus menyiapkan sijil peserta, hadiah pengadil dan buku program kejohanan. Alhamdulillah, tamatnya game  final petang ni bemakna tamatlah sudah kerja bola tampar tahun ni. Kerana peserta sekolah ( lelaki & perempuan) cuma menjadi naib johan. Apa pun tahniah cikgu ucapkan kerana mereka telah mencuba yang terbaik. Majlis penyampain hadiah berakhir jam 7.00 petang dan disampaikan oleh tuan guru besar. Nak tau jam berapa cikgu sampai rumah hari ni? Buka pintu rumah tepat jam 7.50 malam. Emmm...apa pun itulah tugas.


Isnin, 19 Mei 2014

KAMI DIZIARAHI LAGI


Hari ni merupakan kali kedua kami diziarahi oleh penyelia. Sebelum ni, pada bulan Mac, kami dikunjungi dan diziarahi oleh JPN dan JPP.  Ziarah kali kedua ni kami dikunjungi oleh pihak PPD. Penyeliaan kali ini katanya sebagai ziarah anak beranak. Tuan penyelia cuma menyampaikan sedikit amanat untuk kami. Dua orang pembantunya memeriksa dan membuat seliaan peda buku rekod mengajar kami. 

Ahad, 18 Mei 2014

HARI GURU 2014


Tahun ni cikgu berpeluang kembali untuk merasai kemeriahan sambutan hari guru. Tahun lepas cikgu cuma mengintai dari kejauhan kemeriannya. Alhamdulillah, walaupun sambutannya biasa-biasa saja atau pun dengan penuh kesederhanaan, cikgu cukup gembira.



Sambutan hari guru dimulakan dengan majlis perhimpunan rasmi. Kemudian diikuti dengan bacaan perutusan Menteri Pendidikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En Ismail bin Omar. Seterusnya diteruskan dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan ikrar. Cukup sederhana.

Selepas jamuan ringan, berlansung pula acara perlawanan bola tampar antara guru dan acara sukaneka. Sambutan hari guru diakhiri dengan acara dewan. Iaitu persembahan murid. Ada dikir barat, ada yang bersajak, sketsa dan sebagainya. Cuma yang tak ada persembahan guru. Terkilan juga nak tengok persembahan cikgu. 

Setelah tamat persembahan murid, tibalah acara bertukar-tukar hadiah. Sendiri beli sendiri terima. Itulah cikgu...

Selasa, 13 Mei 2014

HARI GURU KE 18



Tinggal beberapa hari saja lagi untuk para guru menyambut Hari Guru. Tahun ini aalah tahun ke 18 cikgu menyambut hari guru. Rupanya dah 18 tahun jadi cikgu. Patut la... Dalam tempoh 18 tahun, sudah 6 buah sekolah cikgu mengajar. Banyak pengalaman yang dapat dikutip. Semua penglaman itu dapat digunapakai di sekolah baru. Alhamdulillah.

Selamat Hari Guru cikgu...buat semua insan yang bergelar guru. Terumanya pada guru-guru yang telah mendidikku di SK Tanjung Jenera dan SMU (A) Amir Indera Petra, Bachok Kelantan. Juga rakan-rakan guru di SK Sri Terentang dan SK Tanah Putih, Pekan Pahang, SK Semenyih,  SK Puchong Utama (2) dan SK Bandar Teknologi Kajang, Selangor. 

Ahad, 11 Mei 2014

SELAMAT HARI IBU



Selamat Hari Ibu khasnya kepada ibuku yang sekarang berada di Putrajaya. Semoga mok sihat dan sentiasa dirahmati Allah. Selamat Hari Ibu kepada semua ahli keluarga, kakakku, ipar-iparku, biras-biras, anak-anak saudara, rakan-rakan dan semua insan yang bergelar ibu. 

Kebiasaannya, aku akan beli hadiah untuk ibu kepada anak-anakku. Maklumlah, kalau kita tak beli tak ada la hadiah hari ibu. Ada...beberapa kuntum mawar merah dari anak-anak untuk uminya. Tapi sejak setahun dua ni tak sempat dan tak berpeluang lagi nak beli hadiah hari ibu. Banyak kekangan serta halangannya. 

Tiada lagi hadiah dan ucapan hari ibu...

Sabtu, 10 Mei 2014

RELIEF DI PONDOK NILAM


Hari ini hari Sabtu. Kami bekerja. Sekolah ganti. Tapi ramai pulak guru yang tak hadir. Masing-masing ada hal tersendiri. Ada yang belajar. Ada yang berkursus. Tak ketinggalan juga yang MC. Jadi, ada la reliefnya. Pepagi lagi kertas relief sampai. Seperti kebiasaannya, di sinilah destinasi pilihan cikgu. Pondok Nilam menjadi pilihan untuk mengisi waktu itu. Boleh la ambil kesempatan dan bagi peluang murid menambah bacaan Nilam mereka.

Ada juga ketikanya, cikgu fotostat kertas lukisan dan edar pada murid untuk diwarnakan. Kalau satu jam waktu reliefnya sempatlah siap aktiviti mewarna. Biasanya aktiviti mewarna ni bila cikgu dapat relief kelas tahap 1. Begitulah cikgu tukar-tukar aktiviti. Kalau tak tukar murid boring pulak. Di pondok Nilam ni disediakan banyak meja yang dihias dengan cantik. Ada juga bangku batu. Kalau dua kelas pun boleh dimuatkan di sini. 

Jumaat, 9 Mei 2014

PANTAI SRI TELONG CHALET



Jumaat, 2 Mei 2014

ZIARAH 1 MEI






CATATAN POPULAR