Peringkat ketiga
penghimpunan al-Quran berlaku pada zaman pemerintahan Sayyidina Uthman bin
Affan r.a. dan beliau sendirilah yang mengarahkan melakukannya. Usaha pengumpulan dan
penulisan semula al-Quran ini menjadi suatu yang serius sekali pada zaman
pemerintahan beliau. Isu-isu yang timbul pada zaman tersebut telah menyebabkan
mushaf al-Quran yang sempurna itu ditulis kesemuanya semula dalam bentuk
naskhah al-Quran yang lengkap. Faktor-faktor yang mendorong kepada pengumpulan
semula al-Quran pada tahap ketiga ini ialah seperti berikut:
1. Wujudnya Mushaf Peribadi Para Sahabat
2. Perbezaan Qiraat Yang Membawa Pertikaian Umat Islam.
1. Wujudnya Mushaf Peribadi Para Sahabat
2. Perbezaan Qiraat Yang Membawa Pertikaian Umat Islam.
Kedua-dua
sebab di atas telah mencetuskan idea kepada berlakunya pengumpulan dan
penulisan al-Quran pada peringkat ketiga ini.
Wujudnya Mushaf Peribadi Para Sahabat R.A.
Wujudnya Mushaf Peribadi Para Sahabat R.A.
Mushaf Khalifah Abu Bakar tersimpan di bawah jagaan
Sayyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab. Selain daripada mushaf tersebut,
terdapat juga dikalangan para sahabat lain yang menulis al-Quran untuk rujukan
dan simpanan mereka sendiri. Antara mushaf-mushaf yang masyhur ialah mushaf Abdullah bin
Mas’ud, mushaf Ubai bin Kaab, mushaf Abu Musa Al-Asyari dan lain-lain lagi.
Sesetengah mushaf yang ditulis
adalah untuk tujuan peribadi. Al-Quran yang mereka tulis itu ada yang ditambah
dengan catatan mereka sendiri tentang maksud atau peringatan mengenai sesuatu
ayat. Ada juga di antara mushaf itu yang terputus dan tidak lengkap susunan
ayat-ayat atau surah-surahnya.
Perkara sedemikian berlaku kerana
tempoh penurunan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w. yang mengambil masa selama
23 tahun. Oleh yang demikian, tidak semua sahabat dapat mengikuti perkembangan
penurunan ayat-ayat al-Quran kepda Rasulullah s.a.w. Ada juga yang tidak sempat
memperolehinya secara terus daripada Rasulullah s.a.w. atau para sahabat yang
lain. Maka setelah selesai penulisan al-Quran semula al-Quran, Sayyidina Uthman
r.a. mengarahkan semua mushaf lain dimusnahkan bagi menyatukan umat Islam di
bawah satu mushaf sahaja.
Ini dibuktikan melalui Anas bin
Malik, beliau menceritakan bahawa:
فلما فرغ من المصحف, كتب عثمان الى أهل الأمصار : اني قد صنعت كذا وكذا , ومحوت ما عندي , فامحوا ما عندكم .
Maksudnya:
”Setelah selesai (Sayyidina Uthman) menulis al-Quran, beliau telah menulis
surat kepada para sahabat yang menjadi wakil beliau di setiap pelusuk; ”Aku
telah melakukan begitu dan begini (mengumpul dan menulis keseluruhan al-Quran),
setelah itu aku musnahkan mushaf yang aku ada, maka kamu juga hendaklah
musnahkan mushaf yang ada pada kamu”. (Surur Shihabuddin An-Nadawi. Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs An-Asim.
m.s.25)
Perbezaan Qiraat Membawa Pertikaian Umat Islam
Pengumpulan
al-Quran pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. adalah berbeza daripada
pengumpulan pada zaman Khalifah Abu Bakar r.a. Ini disebabkan permasalah yang
timbul juga berbeza antara dua zaman tersebut.
Pada masa pemerintahan Khalifah Uthman, Islam telah tersebar
luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia,
Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam telah hidup dipelbagai tempat di pelusuk
dunia, samada di kota mahu pun di desa. Disetiap wilayah dan daerah terdapat
seorang ’qari’ dari kalangan sahabat yang masyhur mengajarkan al-Quran kepada
penduduk setempat. Bacaan mereka menurut
kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. Di antara para sahabat yang masyhur itu ialah:
- Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Sayyidina
Umar bin Al-Khattab mengajar penduduk Mekah dan Madinah.
- Sayyidina Uthman bin Affan dan Abu Darda’
mengajar bacaan al-Quran kepada penduduk Syam (Syria).
- Sayyidina Umar bin Al-Khattab, Ubai bin Ka’ab,
Sayyidina Uthman bin Affan, Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa
Al-Asy’ari juga mengajar kaedah bacaan al-Quran kepada penduduk Basrah.
- Manakala penduduk Kufah juga
mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas’ud, Sayyidina Ali bin Abi
Talib, Sayyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit.
Kesemua
kaedah bacaan dan cara penyampaian para sahabat ini berbeza antara satusama
lain. Mereka hanya mengajar qiraat yang mereka tahu sahaja, di samping itu
mereka tidak mengajar qiraat yang tujuh kepada penduduk tempatan. Tambahan pula
mereka tidak mempunyai satu mushaf umum untuk dijadikan rujukan sekiranya
mereka menghadapi masalah. Ekoran daripada keadaan itu, timbul perbezaan bacaan
atau sebutan di kalangan penduduk pelbagai wilayah tersebut. Mengikut satu
riwayat, perbezaan kaedah bacaan itu membawa ke kancah pertentangan dan
perpecahan.
Diriwayatkan
dari Abu Qilabah, ia berkata: ”Pada masa Khalifah Uthman bin Affan r.a.,
seorang guru mengajar qiraah kepada seorang murid. Sementara seorang guru lain
mengajar murid yang lain pula. Kemudian apabila setiap murid tadi bertemu,
mereka akan bertengkar dan pertengkaran itu memuncak sehingga melibatkan guru
masing-masing, sehingga di antara mereka saling kafir mengkafir”. Maka
peristiwa itu sampai kepada Khalifah Uthman. Peristiwa ini berlaku pada tahun
24 Hijrah. Insiden itu telah Khalifah Uthman r.a. terfikir dan tergerak untuk
mengatasi permasalahan itu sebelum ia
merebak dengan lebih luas.
Manakala
pada tahun 25 Hijrah telah berlaku pula perbalahan yang hebat di kalangan
muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan. Seterusnya mendatangkan masalah dan
berlakunya perselisihan dari segi pembacaan al-Quran.
Mengikut
satu riwayat; Pada masa pemerintahan Al-Walid bin Uqba, Yazid bin Muawiyah
bersama Huzaifah berada di dalam sebuah masjid. Tiba-tiba seorang pegawai
berkata: ”Sesiapa yang mengikut bacaan Abu Musa pergilah berhampiran pintu
kinda. Dan sesiapa yang mengikut bacaan Abdullah pergilah ke sudut berhampiran
rumah Abdullah”. Mereka tidak sepakat membaca surah al-Baqarah ayat 196.
Kuzaifah menjadi sangat marah, matanya sangat merah lalu bangun dan membuka
qamisnya sehingga ke pinggang, walaupun pada waktu itu beliau berada di masjid,
beliau berkata: ”Adakah sesiapa yang akan menemui Amirul Mukminin atau saya
sendiri akan pergi?”
Keadaan
yang tidak sihat itu telah disampaikan oleh Huzaifah bin Al-Yaman kepada
Khalifah Uthman r.a. Huzaifah telah mencadangkan supaya Khalifah Uthman mencari
jalan untuk menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar
tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tentang bacaan tersebut.
Khalifah Uthman r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al-Quran yang
diketuai oleh Zaid bin Thabit dan dibantu oleh beberapa sahabat yang lain yang
terdiri daripada Abdullah bi Zubair, Said bin Al-As dan Abdul Rahman bin
Harith. Jawatankuasa ini dipanggil ”Panitia Empat”. Tiga dari kalangan mereka
adalah adalah dari kalangan Muhajirin (Quraisy), kecuali Zaid bin Thabit
seorang sahaja dari kalangan Kaum Ansar.
Tugas Panitia Empat ini ialah menyusun dan menyalin
lembaran-lembaran suhuf yang diambil dari simpanan Sayyidatina Hafsah untuk
dijadikan beberapa mushaf yang lain. Uthman berkata kepada tiga orang Quraisy
itu:
اذا اختلفتم أنتم وزيد بن ثابت فى شيئ من القرءان
فاكتبوه بلسان قريش , فانه انما نزل بلسانهم.
Maksudnya : ”Bila
kamu berbeza pendapat dengan Zaid bin Thabit mengenai sesuatu daripada
al-Quran, maka tulislah dengan bahasaa Quraisy, kerana al-Quran diturunkan
dalam bahasa Quraisy”.
Mereka melaksanakan perintah itu dengan baik. Penyalinan
semula kepada beberapa mushaf laki ini mengambil masa selama lima tahun,
bermula dari tahun 25 Hijrah sehingga ke tahun 30 Hijrah. Setelah kerja
menyalin semula al-Quran kepada beberapa mushaf, Khalifah Uthman mengembalikan
semula mushaf yang asal itu kepada Sayyidatina Hafsah. Seterusnya khalifah
menghantar nushaf-mushaf yang baru
tersebut ke pelbagai wilayah, dan memerintahkan agar semua mushaf yang lain
dibakar.
Jumlah Naskhah Mushaf Uthmani dan Ciri-cirinya
Jawatan kuasa Penulisan Semula
Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit telah menyusun dan menyalin semula
sebanyak enam mushaf. Jumlah ini adalah mengikut pendapat yang muktamad.
Abu Amr Ad-Dani menyatakan jumlah naskh Mushaf Uthmani itu ada enam.
Ianya dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Iraq dan satu lagi di Madinah.
Manakala Jalaluddin As-Suyuti pula menyatakan
jumlah naskhah Mushaf Uthmani yang dikirim itu ada lima iaitu untuk Mekah,
Syam, Basrah, Kufah, Iraq, Madinah. Dan beliau menambah, ada satu lagi mushaf
sebagai simpanan Khalifah Uthman yang dinamakan ”Al-Mushaf Al-Imam.” Di
namakan sebagai Mushaf Imam kerana mushaf tersebut adalah mushaf pertama yang
ditulis. Daripada Mushaf Imam itulah dibuat salinan mushaf-mushaf yang lain.
Mushaf tersebut bukan sahaja dikirim
dan dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah-wilayah tersebut, bahkan
dihantar seorang imam (qari) yang adil dan mutaqin di dalam bacaan al-Quran
untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka terdiri daripada:
- Abdullah bin
As-Saib r.a. dihantar ke Mekah
- Al-Mughirah bin Abi
Syahab r.a. dihantar ke Syam
- Abdul Rahman
Abdullah bin Habib A-Sulaimi r.a. dihantar ke Kufah
- ’Amar bin Qais r.a.
dihantar ke Basrah
- Zaid bin Thabit r.a. di Madinah.
Apa yang perlu kita ketahui ekoran daripada Mushaf Uthmani yang berasal
daripada beberapa naskhah itu telah berkembang percetakannya dengan pesat. Naskhah-naskhah
Al-Quran yang dicetak kemudian ini degelar dengan ”Al-Quran Mushaf Uthmani”
atau ”Al-Quran Rasm Uthmani” sebagai memperingati jasa beliau yang amat agong
itu.
Antara ciri utama Mushaf Uthmani ialah ia ditulis bersesuaian dengan
perbezaan bacaan ”Tujuh Qiraat”. Ia juga meliputi ciri-ciri al-Quran yang
dibaca oleh Rasululah s.a.w di hadapan
Malaikat Jibril a.s.pada tahun terakhir hayat baginda.
2 ulasan:
Salam. Puan. Trima kasih atas perkongsian. Boleh puan sertakan rujukan puan untuk penulisan ni?
Terima kasih, ustazah. Senang says nak study utk exam ting.3 ni
Catat Ulasan