Antara hikmah-hikmah memakan makanan
halal ialah:
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud, "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan
yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya." (riwayat At-Tarmizi).
Justeru, di samping kita memilih makanan yang berzat dan berkhasiat adalah
lebih penting lagi pada masa yang sama, kita juga hendaklah perlu memastikan
makanan tersebut dijamin bersih dan suci mengikut hukum syarak. Ini bertujuan memastikan makanan itu
tidak memudaratkan manusia itu sendiri.
Rahsia
di sebalik pengharaman atau larangan Allah dalam al-Quran terhadap
makanan-makanan yang jelas haram dimakan juga telah berjaya dibongkar melalui
kajian sains para saintis masa kini. Misalnya, Allah telah mengharamkan daging
babi kerana kajian sains membuktikan bahawa terdapat Cacing Pita dan Virus JE
(Japanese Encephalitis) di dalam daging babi. Kedua-duanya dikatakan sukar
untuk dibunuh.
Dalam
kajian yang lain juga saintis membuktikan bahawa daging babi mengandungi kuman
dan virus yang amat berbahaya kepada manusia. Kajian ini juga mendapati pada
kerongkong haiwan tersebut terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah
pelbagai kuman dan virus ini kepada
bentuk yang lebih berbahaya kepada manusia.
Makanan
yang haram sama ada daripada bahan yang dicampur najis atau benda bersumberkan
punca yang tidak halal akan mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakanannya.
Pertama,
makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakanannya sehingga dia lebih gemar
membuat kejahatan dan maksiat serta benci kepada kerja-kerja kebajikan dan
ketaatan. Kedua, doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah Taala dan yang
terakhir , dia akan mendapat keseksaan di neraka Allah pada hari kiamat nanti.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah :173
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah hanya
mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan
binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah.
3. Menjamin Maruah Diri.
Pasti
akan lahir dalam diri manusia keimanan dan Nur yang dapat memandu jiwa
manusia kea rah ketakwaan dan
peningkatan ibadahnya kepada Allah. Pemilihan makanan yang bersih dan halal
menjadi keutamaan dalam ajaran Islam.
Di
antara sebab umat Islam perlu memilih makanan halal ialah kerana ia akan
menjamin maruah agama supaya diakui yang terbaik dari ugama lain. Umat Islam
juga akan dihormati kerana mengikuti peraturan syarak setiap masa dan umat
Islam tidak mudah dirosakkan atau dipengaruhi.
4. Supaya Ibadah Mudah Diterima Allah
Pemilihan makanan
yang halal akan menjamin kesejahteraan hidup seseorang didunia dan diakhirat.
Doa yang dipohon daripada Allah SWT juga akan dimakbulkan.
Oleh itu Islam
mensyariatkan hukum halal dan haramnya
dalam setiap aspek kehidupan umatnya. Setiap orang Islam wajib memelihara dan
peka terhadap perkara yang halal dalam
memilih pemakanannya supaya tidak termasuk bahan yang haram yang akhirnya
menjadi darah daging.
Bagi
daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka api nerka bahan
pembakarnya. Ini jelas daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"
Setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram (yang hilang berkatnya),
maka nerakalah yang lebih utama bagi orang itu." (Hadis riwayat Ahmad dan
Tirmizi)
2 ulasan:
Islam agama yang mementingkan kebersihan. Kesannya kepada kesihatan umat Islam harus disyukuri.
Terima kasih atas perkongsian yang amat berguna ini! Izinkan saya gunakan bahan ini untuk huraian presentation saya ye
Catat Ulasan